Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

YAYASAN KEMANUSIAN MALAYSIA DAN TEACH FOR MALAYSIA BERUSAHASAMA UNTUK MEMPERKASAKAN PELAJAR KURANG MAMPU DENGAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN

SEMENYIH, SELANGOR, 29 DISEMBER 2023 – Pertubuhan bukan untung, Yayasan Kemanusiaan Malaysia (“Malaysian Humanitarian Foundation/MHF”) menjalinkan usahasama dengan organisati pendidikan, Teach for Malaysia (“TFM”) dalam mengenalpasti pelajar dari isi rumah B40 dengan menawarkan biasiswa untuk menghadiri program SuperCamp.

Bagi edisi Disember yang dianjurkan dari 18 hingga 22 Disember 2023 di Paradise Valley Broga Resort, Semenyih Selangor ini, tujuh (7) pelajar dari beberapa sekolah dalam Lembah Klang telah disenaraikan dipendekkan oleh TFM untuk menghadiri SuperCamp.

"Kami melaksanakan sebuah sistem untuk memanjangkan peluang seperti ini kepada pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan. Kekangan dalam kewangan untuk membiayai program seperti ini tidak seharusnya menjadi alasan yang menghalang mereka untuk terus maju dan mencapai kejayaan pada masa akan datang. Kami berharap, bermula dari tahun 2024 kami dapat menambah bilangan penerima biasiswa ini kepada sekurang-kurangnya 50 pelajar setiap tahun kata Henry Teh Kok Kheng, Pengarah Eksekutif MHF (郑国庆).

MEMPERKASAKAN BAKAL PEMIMPIN MALAYSIA

Vassenthen A/L Devendren, 16 teruja kerana terpilih untuk menghadiri SuperCamp. Pelajar SMK (L) Methodist Sentul tersebut mendedahkan, dia berasa rendah diri apabila mula menghadiri sekolah kebangsaan daripada sekolah jenis kebangsaan Tamil selepas gagal mendapatkan keputusan yang diingininya semasa menduduki UPSR. Dia juga berasa kurang yakin kerana bertubuh besar.

Vassenthen mahu membuatkan ibunya, Mogana Sunthari bangga dengan pencapaiannya di sekolah

MAJLIS GRADUASI #CALONSPM2023

Pantas masa berlalu, siapa sangka anak bujang kolin bakal menduduki SPM 2023 bermula Januari 2024 nanti. Ikutkan debaran memang "merimaskan" tapi ini lah laluan nak berjaya. Kolin ni memang sejenis kaki drama kalau ada benda-benda penting macam ini. Semacam 'gelabah' kalau bab anak-anak. Drama hahahah

Awal bulan Disember 2023 yang lalu, inisiatif pihak sekolah mengadakan majlis graduasi sebelum SPM bermula. Sangat manis kenangan yang mereka cipta. Ucapan tahniah buat semua pengurusan sekolah dan murid-murid yang terlibat. 

KAK HA NASI KERABU, KUALA KRAI

Assalammualaikum semua

Tak ingat berapa kali dah sampai Kelantan. Masa kecik-kecik dulu arwah abah yang bawa tapi masa tu lupa lah jalan dia macam mana. 

Disebabkan ada kenduri adik ipar, memula pikir nak naik flight, tapi bila rasa anak-anak dah besar ini, kami memilih untuk memandu. Selalu travel ke sana memang naik flight aje hehehe.

Adoi, jalan dia memang tak mesra ya. Patutlah balik raya jem selalu. So dah faham, jalan agak sempit pula yang kolin lalu gua musang tu. Harap masa akan datang akan lebih baik.

Bertolak jam 9 malam, syukur kami semua selamat sampai. Dan ini lah tempat sarapan kami yang pertama di Kuala Krai. KAK HA NASI KERABU

Ada aje gerai-gerai lain, tapi kedai ni penuh wei. So biasa lah atas emosi terus masuk hahaha. Nampak la kuih banyakkkkkk, ayam lak bakar bau sedap. Kami pun masuk duduk makan. Kedai simple, kecik aje.

BEAUTY AROUND THE WORLD, CENTRAL I-CITY SHAH ALAM


Assalammualaikum korang semua! Dah berakhir pun BEAUTY AROUND THE WORLD dari Guardian Malaysia di Central I-City Shah Alam. Ianya berlangsung meriah dari 25 - 26 November 2023 yang lalu.

Meriah wei, siapa yang tak pergi hari tu rugi wei. Kolin dan anak memang enjoy sakan kat event BATW dari Guardian Malaysia. RM20 sahaja tiket, tapi ada diskaun RM5. So untuk RM15 kami dapat pelbagai aktiviti. Yang paling dinantikan ialah buat rambut dan mekap-mekap, ala orang perempuan kan.

BELI CASING HANDPHONE DARI SHOPEE

Zaman sekarang pilihan lebih cantik dan menarik kalau pembelian menerusi online. Malah nak beli emas pun murah lagi kalau dalam talian.

Bila kolin ni nak beli casing hp pun memang mencari kat shopee aje. Sebabnya bila ke kedai, harga agak mahal dan kurang lak comel dia. Pelik lak online tu lagi lawa eh.

CASING HP BARU KOLIN

Disebabkan dah beberapa kali pergi kedai cari casing, tapi tak ada langsung yang berkenan. Kolin terus order dari shopee. 

Comel kan! Sama tau dengan gambar dalam online tu. Memang sweet sangat,siap ada chain nak letak kat tangan tu. 

Sesapa nak beli boleh try klik link ini https://shope.ee/4ppMGMtvxh

Serius lawa lah semua casing yang dijual. So sekarang kolin memang beli online sahaja. Senang,  cantik dan juga murah tau.

M DINING - CONTEMPORARY THAI RESTAURANT

Buat korang yang mencari-cari tempat makan baru yang hendak dicuba, kolin nak kongsi satu tempat makan baru iaitu M Dining - Comtemporary Thai Restaurant. Baru beroperasi selama 5 bulan dan ianya terletak di 105M Jalan SS21/37 Damansara Utama 47400 Petaling Jaya, Selangor. Dibuka dari jam 12pm - 3pm, 5.30pm - 10.00pm. 

Dibuka hari-hari tau, Isnin sampailah Ahad. 


Restoran ini mempunyai pelbagai tarikan buat peminat yang suka bergambar. Pelbagai sudut dan ruang memang cantik sangat. So mana-mana yang mencari port baru untuk  melepak, boleh ke sini bersama yang tersayang.


 

TIKET BEAUTY AROUND THE WORLD- GUARDIAN MALAYSIA

Kepada semua kawan-kawan yang ada masa lapang hari sabtu ini, jom beramai-ramai untuk sertai GUARDIAN BEAUTY AROUND THE WORLD

Bermula 25 dan 26 November dari jam 10.00 pagi sehingga 8.00 malam di Ground Floor, Central Concourse, Central I-City Shah Alam.

Nak sertai mudah sahaja!!

 

SELAMAT TINGGAL NBG1855 - KANCIL850

Kalau korang nak tahu, ini lah kereta pertama kolin beli selepas grad dari Uitm dan mula kerja. Zaman tu gaji kecik wei, susah nak buat loan, tapi ada juga rezeki. Kancil ni kereta pertama kami sekeluarga tau. Merata-rata kami pergi dan banyak betul jasa dia buat kami sekeluarga, cik timah family. 

Beli masa tahun 2000 atau 1999 tak silap. Dah macam-macam rosak dan tiada siapa yang nak handle. Kita terpaksa jual. 
 

PPZ-MAIWP SERU BAYAR ZAKAT AWAL SEBELUM 31 DISEMBER 2023

Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menganjurkan program FIT ZAKAT 2023 pada sabtu, 18 November yang lalu sekaligus melancarkan Kempen Year End Zakat (YEZ) 2023 di Taman Tasik Metropolitan Kepong. 


FIT ZAKAT 2023

Dan ini lah fun run pertama untuk 2023 kolin join. Best rupanya, kolin lari 3km sahaja wei. 

Medal pun dapat juga, comel sangat. Leh la simpan tuk kenangan

FIT ZAKAT 2023

 

Pusat Pungutan Zakat Wilayah - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengundang anda untuk menyertai acara penuh keceriaan, FIT ZAKAT 2023, yang akan berlangsung pada 18 November 2023, Sabtu, di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur.

jangan lupa hadir ramai-ramai

Pelbagai Aktiviti Menarik

Merentasi acara ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang menanti anda. Dari Fit Zakat Fun Run yang menggembirakan, senamrobik yang menyihatkan, score the goal  yang mencuit hati, hingga timbang bola yang mengujakan. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa daripada selebriti terkenal seperti Caliph Busker, Ikhwan Fatanna, dan Persembahan Busker PPZ akan menghidupkan suasana.

 


MENGINAP 2 HARI 1 MALAM DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES SHAH ALAM

 Assalammualaikum semua....

Jom healing sama-sama nak? tak perlu jauh-jauh tau. Kalau mana yang nak jimat masa, minyak tu, boleh lah datang menginap di MARDHIYYAH HOTEL & SUITES SHAH ALAM

Bilik yang kolin menginap hari itu ialah Deluxe King. Cukup besar untuk kami anak beranak. Katil pun saiz king, kawasan juga lapang lah kalau nak berehat. 

Kadang-kadang perlu juga "short getaway" macam ini. Relax sekeluarga lepaskan stress yang ada di rumah. 

Maklumlah kalau kat rumah asyik buat kerja tak berhenti, kalau di pejabat pun sama juga. So kalau korang rasa dah sangat 'battery drained' try pergi check in mana-mana sekeluarga ok. Tak perlu jauh, tak perlu mahal pun. Janji rehat!

 

CAMPERS & KOPI

haii korang, jom kolin kongsi satu tempat healing di dalam Selangor dah ianya cuma 15 minit sahaja dari Batu Caves. 

CAMPERS & KOPI ini adalah tempat yang sama dengan River & Glamp yang terkenal dalam sosial media. Dan kalau nama dia dulu ialah Nur Laman Bestari Eco Resort. Dulu ianya tempat rekreasi untuk team building tak silap kolin. Tapi sekarang sudah dikomersialkan mengikut permintaan semasa yang lebih suka camping atau glamping. 

Untuk trip kali ini, kawan-kawan kolin  memilih untuk Glamping. So jom kolin cerita apa ada di CAMPERS & KOPI.

 

LAKSAM SEDAP

Sebenarnya kolin ni tak berapa pandai makan laksam tau dulu. Makanan orang pantai timur ni memang jarang betul kolin dapat merasa. Tapi disebabkan satu pejabat dengan kolin ada yang suka buat dan jual, terus cuba.

Memula tu ingat macam laksa hahahah. Kalau laksa utara tu biasalah makan, setiap kali raya memang makan laksa kan. Tapi LAKSAM ni lain laaaaa...suka betul kolin. Banyak dah cuba makan laksam, tapi LAKSAM SEDAP yang ini memang no syatuuuuu


Kalau korang duduk area Shah Alam, Dengkil nak order tuk jamuan atau apa-apa boleh sangat!! Dia memang cover 2 kawasan ini. Kalau selain itu korang kena call lah Kak Gee 011-39346764

ROJAK DAN POPIAH S.S. ALI DI SHAH ALAM

Assalammualaikum semua

Buat peminat rojak, popiah basah atau popiah goreng, kalau datang shah alam kena cuba makan di POPIAH S.S. ALI yang terletak betul-betul depan Plaza Alam Sentral Shah Alam

Korang hanya perlu ke pintu utama shopping mall ini dan ianya  betul-betul berada di hadapan mall. 

Selalu memang kolin makan popiah, tapi korang kena try rojak dia wei. Padu!

 

SEMINAR PERCUMA PECUTAN SEPARUH AKHIR SPM 2023 ANJURAN INTEC EDUCATION COLLEGE

Buat semua mak ayah macam kolin yang ada anak calon SPM kat rumah. Jom kolin kongsi ada seminar percuma cara menjawab soalan SPM yang bakal tiba nanti.


Seminar Percuma Pecutan Separuh 

 Akhir SPM 2023

 

Tarikh: 18 & 25 November 2023

 (Sabtu)

 

Masa: 8.00 pagi sehingga 1.00

 petang

SELAMAT HARI LAHIR - 31 OKTOBER

 Alhamdulillah....

Happy birthday papa!!

Mana yang kenal dan wish suami kolin, terima kasih tau atas doa-doa kalian. Doakan kami sekeluarga sihat dan selalu dimurahkan rezeki tau. 

Anak dah besar-besar ini sempatlah papa dan mami keluar berdua dating sambut birthday. Sesekali rasanya okay juga, tapi balik tetap bungkus makan tuk anak-anak hahaha. Rasanya semua mak bapak sama kan. Tak sampai hati bila keluar berdua makan sedap-sedap tapi tak bagi anak-anak rasa. 

So inilah dia kami berdua gambar dating-dating, sawit kannn

 

PERTANDINGAN FOTOGRAFI LENSA KUALA LUMPUR 2023

 Assalammualaikum

Buat kaki suka ambil gambar, suka main kamera tu, boleh lah join pertandingan ini. Mana tau rezeki korang menang wei. Hadiah agak lumayan juga tu. Kalau tak menang pun, ada lah pengalaman join pertandingan kan. 

ANJURAN DBKL

Tarikh tutup 19 November 2023. Hari ini 2 November so masih ada masa lagi kalau korang nak join. 

MASAKAN IBU PALING DIRINDUI

 "MASAKAN IBU PALING DIRINDUI"

Ini memang betul kan. Kita sendiri yang dah tua ni pun kalau mak masak, kelam kabut cari nasi pi makan hahah.Kolin percaya masakan memikat hati anak-anak. 

Sebenarnya kolin ni masak hujung minggu selalunya. Kalau hari biasa, 1 lauk sahaja. Itu yang mana tengok media sosial kolin nampak masak banyak tu sebenarnya sekali seminggu tau. Itu pun sebab meraikan anak balik asrama dan anak dara kolin yang selalu pergi sekolah makan roti tu. Kadang kita masak nasi dengan lauk pun dia makan roti. Budak perempuan memang suka roti lah rasanya. 

Jom kolin kongsi masakan kolin hujung minggu yang lalu.

 
Dalam diam siap hampir 5 lauk untuk hidangan kami sekeluarga. 
 

CARA BUAT KEK BATIK YANG PALING SENANG

Sekarang ini kan memang kolin suka betul makan "kek batik". Ni semua gara-gara reunion dengan kawan-kawan baru ini. Sedap pula makan kek batik dengan air panas macam kopi O atau teh O. Try lah korang


Buat yang nak cuba buat tu, tak susah pun, tapi kalau nak mudah, order sahaja. Cuma kalau order ni kadang-kadang tempahan penuh pulak. Dah kita ni teringin sangat.

Jom kolin ajar cara buat kek batik yang sangat simple dan senang aje nak buat.

PASAR SELAYANG

Weii..jom kolin tunjuk keadaan Pasar Selayang yang terkini. Kolin baru sahaja pergi ahad lalu dan rasanya sesiapa yang nak berjimat tu, perlu ke sini tau. 

Ahad masa kolin pergi tu, modal RM130 tapi bawa balik lauk lumayan betul. Boleh lah kalau nak makan 1 ke 3 minggu. Lagipun keluarga kolin kecil, so masak boleh jimat-jimat. 

Untuk korang yang suka ikan kembong. Nah tengok ni harga sekilo berapa!


Lepas tu kan memang jadi tamak wei hahaha. Kolin jumpa pula ikan selar RM4 sekilo, semua segar-segar bukan busuk atau ikan lama ye. RM10 untuk 3 kilo, terus en. suami beli 3 kilo. Tak sabar nak stim ikan tu dan buat air asam. Makan pulak nasi panas-panas kan. 

BUNGKUS KAW KAW

Tempat makan ni kalau tak kongsi dengan korang semua rasa bersalah lah. Jom korang try makan kat BUNGKUS KAW KAW, cawangan yang kolin pergi kat Sunway Putra Mall.

Dia punya makanan, portion kecik-kecik aje. Tapi nasi lemak dia sedap, kolin suka bihun siam dia. Kalau melepak untuk breakfast sekeluarga sesuai sangat. Harga boleh lah tak mahal sangat.


CHARCOAL PURIFYING BUBBLE CLEANSER BY CHRISZEN

Kalau nak cerita pasal skincare kat pasaran memang banyak dah sekarang. Dari jenama International sehinggalah jenama Malaysia, malah produk SME pun dah banyak juga.

Baru-baru ini kolin diberikan satu produk pencuci muka baru dari Chriszen. Charcoal Purifying Bubble Cleanser by Chriszen memberikan satu pengalaman baru tuk kolin tau.

Korang kalau nak tahu, senang betul kalau guna cleanser ini sekiranya kita travel dan nak remove make up kita. 

BREAKFAST DI PADANGS ON WHEELS DAMANSARA UPTOWN

Buat yang dah boring breakfast tempat yang sama, boleh lah baca story ni sampai habis. Tak baca habis rugi lerrrr

Kalau nak reunion atau berdating datanglah sini. Kolin pergi yang cawangan kat Padang On Wheels Uptown Damansara yang beralamat 92g Jalan SS 21/62 Damansara Utama 47400 Petaling Jaya Selangor. 

Breakfast di Padangs On Wheels Damansara Uptown kalau pergi pagi-pagi banyak tempat letak kereta. Tapi kalau dah masuk tengahari kedai ni sesak tau. Silap-silap kena tunggu meja kosong. Ramai serbu sebab tempat dia selesa untuk sekeluarga dan makanan pula sedap.

Haa tengok penuh meja hahaha. Ini lah baru nama 'breakfast like a king'. 

TUALA WANITA - ATHENA WASHABLE CLOTH SANITARY PAD

 Assalammualaikum 

Tuala Wanita ni memang satu benda wajib untuk semua perempuan bila akil baligh. Bercakap hal ini, memang nak malu apa, ini lah keindahan menjadi seorang wanita. 

Seiring dengan zaman, tuala wanita atau pad yang kolin pakai adalah pakai buang. Maknanya memang tak ada lah nak recycle atau kitar semula. 

Baru-baru ini ada pihak berkongsi  mengenai ATHENA WASHABLE CLOTH SANITARY PAD. 

LAUK HUJUNG MINGGU

Assalammualaikum korang

wei korang, dah ada idea tak nak masak hujung minggu nanti. Kalau tak ada idea lagi, kolin nak share  menu kolin. Tapi menu biasa-biasa aje lah.Masakan lauk pauk kampung. Tapi janji, lauk kolin marhaen bagi kelas B40 tau, macam kolin ni. 

Untuk lauk minggu lepas kita buat simple sahaja.Yang penting semua berselera makan dan nasi kita habis sis!!! Suka..Alhamdulillah


LAUK HUJUNG MINGGU

Nampak tak sis? berselera tak. Okay tak lauk macam ni.

Konsert Galau Singapura , malam penuh ‘healing’ - Sufi Rashid

 

Bakal menganjurkan Konsert Galau buat pertama kalinya di Singapura, penyanyi dan Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid menyifatkan penganjuran konsert tersebut bagaikan satu malam berkonsep ‘healing’ buat para penonton.


Menurut Sufi, penganjuran konsert yang akan diadakan pada 9 dan 16 Disember ini di Singapore EXPO itu telah direncanakan bersama sebuah unit komiti yang menyaksikan pemilihan barisan artis juga diundi oleh orang awam.


 

WORLD OF PHALAENOPSIS, ULU YAM BARU

 Assalammualaikum semua

Buat peminat bunga orked wajib datang sini wei. Kolin sebenarnya tak tahu pun tempat ini. Kawan-kawan duk search selepas trip glamping di ulu yam tuk lepak lunch. WORLD OF PHALAENOPSIS tempat terbaik weiii

Nak ke sini jalan dia tak susah, boleh waze sahaja. Tapi kalau pergi peak hours tu mungkin parking agak sukar. Tapi ada pegawai yang jaga parking, jadinya jangan risau. 

Tempatnya lawa betul lah. Penuh bunga-bunga orked yang segar dan warna-warni. Gemuk-gemuk bunga orked macam kolin, sihat betul hahaha.


 

JANGAN LUPA SERBU AIKEN GLOW-ON-THE-GO TRUCK

 Assalammualaikum korang

Nak berkongsi dengan korang semua ini, kalau nak dapat barangan percuma dari Aiken dan nak beli produk mereka dengan diskaun 40% kena serbu lah Aiken-Glow-On-The-Go 

Bermula dari 25 Ogos sehingga 3 Sept 2023, 11.30am - 8.00pm lori Aiken akan berada di beberapa lokasi yang dekat dengan korang semua. 



Pastikan korang tengok tarikh-tarikh kat bawah ini dan dapatkan freebies dan harga istimewa kalau beli produk Aiken. 

PRODUK MAKANAN HALAL TAIWAN KINI DI MALAYSIA

PELAJAR MALAYSIA BERSAING UNTUK KEPUJIAN TERTINGGI DALAM PERTANDINGAN MEMASAK MENGUNAKAN PRODUK HALAL DARI TAIWAN

Berikutan sambutan yang mengalakkan terhadap Pertandingan Memasak Halal Taiwan tahun lepas, Majlis Pembangunan Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) telah ditugaskan oleh Biro Perdagangan Luar Taiwan untuk menganjurkan Pertandingan Masakan Halal Taiwan yang ke 2 semasa Taiwan Expo 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pertandingan memasak tahun ini diadakan pada 26 Ogos 2023 yang lalu dan penganjur telah meningkatkan cabaran dengan menawarkan pelbagai bahan baru. Pada tahun sebelumnya pertandingan memberi tumpuan kepada pengunaan dating tumbuhan halal sebagai bahan utama, bagi tahun ini pengajur telah  menyediakan rangkaian makanan yang lebih luas. Rangkaian bahan yang lebih luas ini memberikan lebih banyak peluang kepada peserta untuk meneroka pengunaan produk halal Taiwan dalam mencipta rasa menarik yang berbeza dan mempromosikan makanan Taiwan berkualiti tinggi kepada lebih ramai penguna di Malaysia.  

AS-SAFINAZ MARDHIYYAH HOTEL & SUITES AKAN MEMBUKA TIRAI KEPADA TETAMU

Terletak di tengah bandaraya Shah Alam, Mardhiyyah Hotel & Suites telah membuka tirai untuk mengumumkan pembukaan aras eksklusif, As-Safinaz. Hanya beberapa minit dari Kuala Lumpur, konsep mewah As-Safinaz ini menawarkan servis hospitaliti tempatan yang baik dengan penuh ketelitian yang ekslusif. As-Safinaz yang terletak di aras 17, 18 dan 19 hotel memberi kemudahan tambahan yang dilengkapi dengan fasiliti lebih istimewa. Serikan hari anda dengan kenangan bersama Mardhiyyah Hotel & Suites di samping dijamu dengan pemandangan bandaraya Shah Alam.
 
 
KEISTIMEWAAN AS-SAFINAZ @18 LOUNGE
 
Bagi mereka yang mencari ruang istirehat yang eksklusif lagi moden, tetamu boleh mendapatkan layanan terbaik, di mana kemewahan dan juga nilai-nilai Islam dan perjalanan kulinari digabungkan dalam satu bentuk yang sempurna.

Tetamu akan menikmati pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan, Taman Tasik Shah Alam yang tenang dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mempesonakan serta keramahan rakyat Malaysia.
 

TERIMA KASIH REPVBLIK BAND

Jujur kolin sebenarnya bukan lah peminat tegar Repvblik Band. Tapi kawan kolin jemput untuk menyaksikan konsert ini pada 11 Ogos 2023 yang lalu, memang pergi. Sebabnya dah lama tak pergi konsert hahaha. Lepas dendam oi

Dah lah esok tu 12 Ogos 2023, hari mengundi, kolin pula bertugas sebagai sukarelawan SPR. Tapi tak apa lah sebab konsert tu dalam jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam sahaja. Jom la kita dating dengan suami kan.


PENGINAPAN DI LANGKAPURI INN, CENANG LANGKAWI

Heyy..siapa nak pergi langkawi boleh lah cuba penginapan baru LANGKAPURI INN di Pantai Cenang, Langkawi. Sekarang kan, kolin memang tak suka pergi hotel lama, perabot lama, katil lama, tilam lama semua lama-lama, tak suka. Sekarang suka pergi hotel baru, butik hotel dan yang kecik-kecik tu. Rasanya lebih menarik. Kadang-kadang lagi selesa tau.

 


Untuk Langkapuri Inn ini, dahulunya terkenal dengan nama Langkapuri Resort. Kalau dari airport kena waze nama tu. Asalnya dia buat chalet atas tanah sahaja. Now dah buat hotel setinggi 5 tingkat dan bilik semua baru-baru dan cantik. Cuma kolin tak nasib baik dapat bilik mengadap jalan masa menginap hari tu. But overall suka, sebab lif dia pun pakai akses kad. Keselamatan terjamin!!

SALANG SAYANG RESORT DI PULAU TIOMAN

Dream come true, bila kolin berpeluang ke Pulau Tioman. Dah lama teringin sangat nak ke sini. Akhirnya ada juga rezeki.Untuk penginapan 3 hari 2 malam SALANG SAYANG RESORT DI PULAU TIOMAN menjadi pilihan hati. 

Untuk ke Salang, kami kena naik feri dari Mersing. Kalau korang ramai kena pakai agen nak booking. Tiket 2 hala adalah RM120.00 dan untuk ke Salang iaitu perhentian paling hujung sekali lebih kurang 2 jam ke 3 jam. Jadinya kolin nasihatkan korang leh makan siap-siap dan dalam feri rehat, lelap mata. 

ni lah view dari dalam feri, jeti dia macam tu lah. Ada banyak perhentian tau.


WARDAH LIGHT MATTE SUN STICK SPF 50PA++

Hey korang semua. Korang selalu pakai tak pelindung matahari atau SPF. Kolin ni terus terang mula pakai dalam 3 ke 4 tahun lepas. Tapi untuk anak-anak seawal remaja kolin dah paksa pakai. Dan memang nampak kulit memang lebih elok tau. So siapa yang tak pernah pakai, sila pakai. Kalau tak pakai nanti cepat kedut haaaa..nak kedut ke hahahah

WARDAH LIGHT MATTE SUN STICK SPF 50PA++ 

 

CETAPHIL OPTIMAL HYDRATION

Baru-baru ini kolin ke Derma Workshop yang dianjurkan oleh Guardian Malaysia. Di masa yang sama jenama terkemuka memperkenalkan range terbaru mereka iaitu CETAPHIL OPTIMAL HYDRATION.

Buat korang yang mencari pelembab atau moisturiser kolin cadangkan guna yang ini. Ianya terbukti secara 'dermatological' untuk membantu kulit wajah yang bermasalah. Lagi lah kalau korang ada sensitif skin, elok guna Cetaphil. 

KUNDAL BODY WASH

 Assalammualaikum korang.

Pernah tak korang terasa kadang-kadang nak tukar selera bab syampu atau mandian? Kolin ni memang ada perangai macam tu. Setiap bulan bila beli syampu ke mandian ke, atau apa-apa sahaja tak akan setia dengan satu brand sahaja. Kadang suka nak try pelbagai sebab sekarang ini pun dah banyak sangat brand yang best dan harga jua rahmah. 

Kalau duduk dalam guardian atau watson memang ambil masa lama sangat. Dan untuk bulan Ogos kali ini kolin memilih KUNDAL BODY WASH


 

Alami Kemeriahan Pesta Pertengahan Musim Panas Sweden dengan IPC Shopping Centre

 

IPC Shopping Centre dengan sukacitanya mengumumkan sambutan pesta warisan turun-temurunnya dari Sweden untuk tahun keempat berturut-turut dengan kerjasama IKEA. Kerjasama menarik ini menyasarkan untuk membawa Percutian ‘Sweden’ kepada para pembeli yang meraikan pesta itu, dengan menawarkan pengalaman Sweden yang luar biasa. Mulai hari ini hingga 30 Julai 2023, pusat beli-belah itu akan menganjurkan pesta Pertengahan Musim Panas yang sememangnya terkenal dan penuh dengan keajaiban serta pelbagai aktiviti menarik khusus untuk para pembeli. Tahun ini, IPC berusaha untuk memeriahkan lagi acara sambutan dan mahu membawa para pembeli ke kawasan perkampungan Sweden yang indah menerusi pelbagai zon pengalaman yang membolehkan mereka merasai sendiri budaya serta keceriaan sambil merebut peluang untuk menebus pelbagai barangan eksklusif menerusi pembelian yang dikumpulkan. 

IPC Shopping Centre turut menampilkan ruang pengalaman Pertengahan Musim Panas yang terletak di tingkat satu (Aras 1) di mana para pembeli akan dibawa ke pesta Pertengahan Musim Panas Sweden yang dihiasi dengan hiasan bunga-buangan dan mengikut tema. Tumpuan utama pesta itu, tiang ‘maja’ setinggi 9 kaki turut dipamerkan dengan hiasan bunga-bungaan di mana para pembeli boleh berpusing-pusing mengelilinginya bagi menarik tuah. 

REPVBLIK BAND INGIN CIPTA KENANGAN SEMPENA 19TH ANNIVERSARY REPVBLIK BAND LIVE IN KUALA LUMPUR

Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati antara lagu-lagu popular kumpulan dari Indonesia iaitu Repvblik Band.

Sudah pasti peminat-peminat kumpulan muzik ini mengingati dan menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut dan seringkali di pilih sebagai lagu kegemaran. 

Kini peminat-peminat di Malaysia jangan ketinggalan untuk bersama-sama dengan Repvblik Band yang hampir 9  tahun tidak turun ke KL. Kumpulan yang berasal dari Bogor, Indonesia ini akhirnya membuat keputusan membuat persembahan mereka di Kuala Lumpur pada Ogos 2023. 



Ianya bagi meraikan ulangtahun mereka ke 19 tahun di dalam industri. 

BAJU DARI MUAZ WHOLESALE EMPORIUM

 Hey korang!

Tahun ini kan viral beli baju murah-murah aje untuk hari raya hari tu. Tapi baju mahal pun tetap ada juga yang beli. Cuma kolin ikut mood dan kemampuan pada masa itu lah. Baju  mahal pernah merasa, baju murah pun merasa.

Tapi tahun 2023, Aidilfitri yang lalu kecoh pasal baju ekonomi dari MUAZ Wholesale Emporium

Tak dinafikan, murah betul baju, tudung dan semua lah murah. Tudung RM5 pun ada. Terpulang kita saja nak pakai duit kita macam mana. Selendang biasa jual RM10 kan, tapi MUAZ ni RM4 pun ada tau. 

So raya hari tu kolin beli lah satu. Kunun nak pakai raya aidilfitri. Tapi tak sempat, so Raya Aidiladha lah kita gayakan.

Kolin beli batik yang ada lace ini pada harga RM129 di MUAZ Wholesale Emporium. Dan kalau korang nak tahu, baju yang sama, warna yang sama RM290 ye kat luar.

Lagi best kain pario tu getah keliling. So kolin tinggal sarung terus wei. Tak payah hegeh-hegeh nak memintal pario yang terlepas-lepas tu. 

MAKAN LONTONG DARAT DI KLUANG, JOHOR

Buat korang yang nak ke Kluang jangan lupa makan Lontong Darat. Kolin pergi masa ada kerja luar hari tu. Tak ingat pula jalan atau taman apa, rasanya kalau waze jumpa kut. 

Ada sikit tempat parking kereta, tak luas mana. Tempat makan dia pun simple aje,  kedai kampung kan. 
 
Dan sudah tentu kolin order lontong darat biasa. Kalau lontong darat special dia letak telur. Itu sahaja bezanya
 
 

Cetaphil Bright Healthy Radiance Melancarkan Duo Hebat Multi-Tindakan Untuk Keserian Segera dan Berkekalan dengan Hasil Terbukti Secara Klinikal dalam tempoh 14 hari

 

CETAPHIL®, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia* dengan bangganya memperkenalkan dua produk tambahan dalam rangkaian Bright Healthy Radiance – Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dengan 7x kelebihan dan satu-satunya pembersih muka 3 dalam 1 Cetaphil yang pertama, iaitu Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser. Produk inovatif ini menggunakan Teknologi GentleBright, lantas menandakan era baharu dalam penjagaan kulit. Dengan hasil yang terbukti secara klinikal dalam tempoh 14 hari sahaja, teknologi ini melangkaui tindakan pencerahan kulit dan membina keunggulan dengan Duo Hebat dan faedah pelbagai tindakannya. Memandangkan Cetaphil mengutamakan penjagaan menyeluruh untuk setiap kisah kulit, Cetaphil sentiasa komited untuk mengekalkan profil toleransi produknya oleh semua.