Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TERIMA KASIH REPVBLIK BAND

Jujur kolin sebenarnya bukan lah peminat tegar Repvblik Band. Tapi kawan kolin jemput untuk menyaksikan konsert ini pada 11 Ogos 2023 yang lalu, memang pergi. Sebabnya dah lama tak pergi konsert hahaha. Lepas dendam oi

Dah lah esok tu 12 Ogos 2023, hari mengundi, kolin pula bertugas sebagai sukarelawan SPR. Tapi tak apa lah sebab konsert tu dalam jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam sahaja. Jom la kita dating dengan suami kan.



Overall, suka sangat dengan vibes Repvblik Band. Suka...terus jatuh cinta dengan band ini. Suara sedap, lagu pun best. Yang pasti kolin cuma tahu 3 ke 4 lagu sahaja. Tapi tetap enjoy okay.

Dianjurkan oleh Aytie Management, memang meriah. Kolin tak rasa masalah dengan management. Nanti hujung blog kolin tulis apa yang tak bestnya pasal konsert ini. Tapi lagu, lighting, speaker, tempat duduk semua okay. Kolin happy sangat weiii


Nyanyi sampai terkeluar anak tekak. Antara lagu yang kolin tau sandiwara cinta, selimut tetangga, aku sayang sampai mati. Tapi dia siap nyanyi lagu exist wei. Lagi tambah best, band ini pandai berinteraksi dengan semua peminat dia. Pendek kata, humble!!!

okay nak senaraikan apa isu tak best masa nak tengok konsert ini.

YANG TAK BEST

1.  Arahan tak betul, macam tiket standing dan seated. Kita dah beratur panjang-panjang penat ni. Sekali dia kata yang standing sini, dan yang mana seated tolong ke LG1 untuk masuk. Ya ampun, beratur dah panjang kut!!!! Memang masa ini benggang giler

2. Ada body checking dan bag checking. Buat pengetahuan korang, aku ni baru tengok konsert Siti Nurhaliza. Dedulu pun tengok juga, tak pernah lak kena macam ini. 

3. Rokok, vape, lighter, makanan dan air mineral tak boleh bawak masuk. Dia boleh suruh anto ke kereta semula. Apa bonzer ini ingat kereta tu parking dekat ke!!! Aku masa ni memang rasa nak balik aje!!!!

4. POWER BANK TAK BOLEH BAWAK MASUK, come on ZEPP KUALA LUMPUR (dia kat lala port tu). Kita naik kapal terbang MAS Airlines pun boleh bawa power bank masa atas langit tu!! Ko kat situ ..shoppping mall biasa aje kut. Tak boleh bawak powerbank masuk. 

Bila semak dengan PIC dia kata ZEPP KUALA LUMPUR punya hal. 

Well korang kalau nak tengok konsert lain kali kat ZEPP KL tu. Jangan jadi macam aku. So apa segala barang yang ZEPP KL ni kekwat aku terpaksa sewa loker RM10. 

Pendek kata, aku memang malas lagi nak ke konsert kalau ianya di ZEPP KL. Sekian terima kasih lah

Tahniah buat penganjur, konsert korang best, tapi tempat berlangsungnya konsert ini aku bagi 1 bintang!! Tak suka


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you