Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review

Selamat hari kemerdekaan ke 57 Malaysia !

Assalammualaikum

Hari ini hari lahir kolin ke 34 tahun
Istimewa rasanya lahir di tarikh yang super special ini
Extra mayonis plsss hehe

Saya anak merdeka yeay
Dob: 31 August 1980


Dan pada tarikh yang istimewa ini jua kolin menamatkan zaman bujang kolin. Semoga kami terus jatuh cinta hingga ke syurga.

Tarikh pernikahan: 31 Ogos 2004 till now
Its our jubli perak celebration!!! 10 tahun sudah..dan kami masih bercinta...
May Allah SWT bless us!!


Buat semua ucapan dari watsapp, sms, facebook, instagram, call
Tak terhingga terima kasih kepada kalian yang mendoakan kolin
I am soooo touched..

Kolin happy..
Kolin seronok...
Kolin bersyukur...
Kolin rasa best

Pendek kata...selamat menyambut kemerdekaan ke 57
Semoga Malaysia terus aman damai, makmur dan sejahtera selama lamanya....

Disini lahirnya sebuah cinta


Manik pada Jubah

Assalammualaikum

Haaa manik abg zill siap ok
Bertungkus lumus nak menyiapkan ni tau
Dengan jemputan beraya yang tak pernah putus

Kolin nak ucapkan ribuan terima kasih kepada
semua rakan taulan yang menjemput
Semoga dimurahkan rezeki yaa

Jum review manik jubah ungu yang lawa nih

terima kasih menempah yee..



MELAWAT KE FORBIDDEN CITY BEIJING, CHINA

assalammualaikum

kolin macam tak percaya akhirnya dapat jejak kaki kat sini
selama ini tengok dalam tv, filem dan gambar.
tak dapat dibayangkan pada masa ini kolin melihat sejarah lama negara china yang agung.
ukiran, warna dan senibina yang ada kat sini memang mengagumkan.

dengan penuh aksi tour guide kami bercerita....
sekejap aje berminat..lepas tu acara sawan gambar bermula




lihat saja aksi si eric ini..
pada mulanya eric ini sangat menyenangkan dan best
but ending of our holiday..buweekkk
eric tak best!!! Dia nak kami shopping tempat yang mahal tu banyak-banyak. 
Siap minta tips tau, direct aje minta. Macam tak faham bukan ker pakej kami dah siap bayaran upah dia. Dia seolah-olah tak puas hati kami ni bajet traveller. Dia nak kita spend, dia ingat orang Malaysia kaya-kaya kut. So end story dia memang tak best!


haa percaya tak ..kolin dah sentuh pun pintu ini
pintu yang ada dalam filem anak will smith berlakon tu..lupa tajuk eh! The Karate Kids!!


pose again and again..
ramai lah pelancong masa tu..pelancong dalam negara mereka sendiri pun ada
tapi kat sini best..sebab kebanyakkan mereka mudah tersenyum


cantik kan warna bangunan ini..
my dream come true..salah satu tempat yang teringin nak jejak. 
Semoga lebih banyak lagi tempat kolin boleh jelajah next time.

next destination kami akan ke taman larangan pula..
ohsem!!!...winter is going and spring is coming
bunga gardenia mula berkembang...i like.!! Segala-gala nampak cantik dan berwarna warni. Nasib baik musim sejuk dah berlalu. Tak larat weiii kalau berjalan musim sejuk. So korang kalau ada bajet sila lah ke Beijing di China. Tempat yang senang mencari makanan halal, jangan risau. Komuniti islam di Beijing ramaiii..Terima kasih sudi baca entri ini ya. Babai


MALAYSIA BERDUKACITA DEMI MU MH17


Kisah mu sebuah kisah duka
Duka membawa hati yang lara
kami meratapi setiap gambar dan nama
Bersemadilah MH17

Kini semua pulang ke asal
pulang bagi megubati hati saudara
bersemadi lah jasad
pusara mu kini bertanda

airmata ini gugur lagi
sebar tak terperi
semoga terus kental wahai hati
menghadapi ujian Yang Esa ini

Malaysia Berkabung demi MH17
MH17 sentiasa di hati....


*salam takziah buat semua keluarga mangsa MH17
Al-fatihah

Manik simple untuk dress kuning

Assalammualaikum

Dress yang sangat cantik ni untuk anak dara cilik
Well kolin harap dia suka
Rezeki!!! dapat juga lah tampung belanja anak-anak sekolah. Kadang-kadang kita semua tak sangka dengan minat dan hobi yang ada boleh menjana pendapat. Buat suri rumah jangan duduk saja tau, korang kena giat mencari pendapatan. Antara yang korang boleh buat ialah menjahit manik. Tapi kalau rasa modal besar, buat sahaja lah aiskrim malaysia tu. Memang satu peluang dan ruang untuk menambah pendapatan keluarga. Dapat juga duit beli lauk kan untuk keluarga sehari-hari.




TERIMA KASIH

terima kasih buat yang sudi menempah dengan kolin. Ini lah support yang mereka sudi berikan pada kolin. Buat korang yang nak tempah, sila lah mesej kolin. Manik simple atas lace aje kolin hasilkan kali ini. Terima kasih baca ye...babai

Manik untuk dress budak

assalammualaikum

ingat tak kolin pernah jahit manik dress lycra untuk anak kecil.
haa inilah mia tuan punya baju. Mama dia dah pakaikan dan mia 
sangat happy dengan lace kecil-kecil kat baju dia.
kemain anak dara cilik sekarang kan.

terima kasih mia sebab happy
auntie kolin pun happy..


Semoga mia suka lah dengan manik-manik simple auntie buat tu ye
doakan auntie murah rezeki ye

cara masak tempoyak daun kayu

Assalammualaikum

Lauk ni memang jadi kegemaran kolin sejak mengenalinya. Kali pertama kolin makan di rumah mak sedara di negeri sembilan. Yaa ampun, kolin tak pernah makan tempoyak, tapi sekali cuba nasi bertambah-tambah lah.

Kali ini sebabkan dah gian sangat kolin cari resipi dan cuba buat. Kredit kepada blog Dapur Tanpa Sempadan ini kolin berjaya merealisasikan lauk kegemaran kolin ini.

Sedap sangat ok! Bila post kat FB semua kata perlu dipekatkan sedikit. Well...usaha tangga kejayaan kan. This is my 1st time cooking it dan sedapppp!!!



Bahan-bahannya
1 cekak pucuk ubi, cuci dan toskan
5 helai daun kunyit muda
1/3 cawan isi petai
1 liter santan
1 keping asam gelugor
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 camca besar penuh tempoyak
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan cili padi kampung (cm campur hijau dan merah)
3/4 inci kunyit hidup
4 batang serai, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi dan daun kunyit, dimayang halus seperti bunga rampai, petai dipotong dua setiap satu dan ikan bilis ditos, perah dan tumbuk kasar. Ketepikan
  2. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar halus, tempoyak, ikan bilis dan santan, kacau rata dan biar mendidih dengan api sederhana. Kacau hingga kelihatan pekar sedikit. Masukkan petai dan masak sekejap. Tambah daun pucuk ubi dan daun kunyit. Gaul rata.
  3. Masukkan asam gelugor, perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga pekat (seperti dalam gambar). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng......sedapp okehh!..
THANK YOU TO BLOG DAPUR TANPA SEMPADAN 
 

cara jahit bunga manik tabur

Assalammualaikum

Rezeki kolin
Rezeki anak anak...syukur alhamdulillah
Rezeki Allah SWT bagi...

Baju ini kolin manik dengan bunga dan tali air seperti yang dikehendaki oleh tuan punya baju.
Lebih kurang seminggu lebih juga kolin nak siapkan satu helai baju tu.

Terima kasih sudi menempah ya semua

 


BERHARI RAYA BERSAMA KAWAN SEKERJA

Assalammualaikum

Selepas bercuti panjang beraya kolin comeback to office dengan penuh semangat ok.
 For my 1st day...pose with friends yaa
pantang nampak orang pegang kamera!!
meh snap kan weiii...


Lepas tu lepas rindu dengan anak hayam cik khaty
bergambar di kaunter depan ditemani ketupat lelampu
beraya sangat aku kann..


Lepas tu lepas rindu ngan ex anak hayam cik farahain
sesekali dating dengan orang sepang nyah
havoc makan assam laksa pak ali ok!


Yang ini pula sufia..kawan mak hayam
sufia yang kunun jauh yang berada di uganda tu
payah betul nak jumpa dia


kolin akan cuba jumpa semua kawan-kawan sempena raya
mana yang ada buat open house tu jangan.lah segan nak jemput kolin hihi

Adios










Jahit manik atas kain lycra

Assalamualaikum

Syukur dah abis raya masih ada tempahan
Terima kasih menempah dan semoga yang menempah dimurahkan rezeki selalu ye





PERSIAPAN MENYAMBUT HARI RAYA

Assalammualaikum

Kalau dah namanye perempuan memang hari raya bersiap dari hujung rambut ke hujung kaki lah. Kolin memang suka ke salon dari dulu. Pantang free memang tempat tu kolin tuju.

Ini bukan pertama kali alisa join kolin



Haa macam dah besar sangat kan
Siap trimmed rambut dan wash dan blow
Meriah ko alisa!!

Inilah namanya
"Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi"


JAHIT MANIK DAN RIBEN

Assalammualaikum

Baju raya alisa kolin serikan dengan riben hijau dan pearl
Memang sesuai dan comel untuk anak anak
Yang penting alisa happy





JAHITAN MANIK SIMPLE



Assalammualaikum

Manik bajet katanye
Semoga dia suka...

Terima kasih menempah

UPAH JAHIT MANIK

Assalammualaikum

Sebelum raya tak sempat
Meh belanja gambo manik satu



Syukur rezeki masih ada
Terima kasih menempah

syawal 2014

Assalammualaikum

Haiiiiii.....kolin tahu dah syawal ke 8
Tapi kolin sekeluarga tetap ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin


Yang ini gambar last year
For this year...


Kami beraya di kg. Pauh Yan Kedah
Sayu ayah mertua tiada lagi
Untuk hilang rindu kolin
Mak kolin sekali dibawa beraya bersama yeay

Buat semua....again and again
Selamat hari raya♡♥♡♥