Bismillah
Assalammualaikum korang semua. Kali ini kami sekeluarga ke Pulau Perhentian pula. Perjalanan kami naik bas sahaja, sebab takut penat selepas mandi manda kat laut kan. So hari jumaat tu kami drive ke TBG (terminal bas gombak) tinggal kereta kat situ, caj satu hari RM10 sahaja. Terus ke platform kami untuk menaiki bas ke Kuala Besut.
Bas lewat dalam 15 minit dan alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi dengan selamat. Sampai pun dah hampir jam 7.00 pagi. Dari stesen bas kami jalan kaki ke jeti.
Perkara pertama kami buat, ambil tiket bot dahulu dan tukar pakaian terus sebab ikut pakej yang kami tempah, snorkeling dahulu. Selepas tukar baju dan ambil tiket kami bersarapan dahulu. Sarapan pun kelam kabut sebab nak cepat dan tempat tu ramai orang. Siap segala, kami terus ke jeti. Ada 2 bayaran kat jeti ini, satu bayaran caj jeti, satu lagi bayaran taman laut. Kat situ nanti kene tanya dan cari siapa pic untuk korang kenalpasti bot korang.
Siap segala, kami pun menuju ke Pulau Perhentian Kecil buat pengalaman kami pertama kali ke sini.
Sampai sahaja di jeti, ada salah faham dengan agen, mula kata tunggu di jeti, tunggu dalam 15 minit kita tanya, dia suruh jalan ke hotel. Adui..tahu aje lah dah jam 11 pagi tu panas macammana. Kami jalan ke hotel, tapi tak boleh check in lagi, tinggal semua bag kat kedai seperti yang diarahkan.
Terus ke snorkeling spot, ikutkan tidur dalam bas semalam tu tak lena pun, ngantuk oi hahahahha.
Kami di bawa ke beberapa tempat snorkeling. Jujur, baik korang ke pulau redang lah, lagi lawa nak snorkeling. Selesai semua spot, kami di bawa makan di Kampung Nelayan. Kat sini banyak penduduk tempatan, sekolah, klinik semua ada kat sini. Harga makan nasi campur kami untuk 4 pax mencecah RM100 tau. Haa tu dia harga pulau....
Selepas itu kami di bawa balik dan check in bilik, rehatlah kami selepas penat mandi manda snorkeling pagi tu.
Petang pula kolin dan suami dapat explore pulau tu. So dari pantai kami, naik bukit, lalu hutan-hutan sikit kami dapat pergi ke satu lagi pantai untuk lihat sunset. Sebab pantai kami stay tu sunrise.
Best juga sebab pantai yang kami pergi tu banyak baby shark wei. Air bersih dan jernih. Cuma nak ke windmill tu tak tau naik arah mana.
Ini lah masalah agen yang kolin booking tu. Masa sebelum booking elok layan. Kata itu ini, dah booking sampai sana alahai..servis hauk. Bukan suh guide, cuma bagitau dalam wasap tu. Buat template dan tunjukkan lah mana nak pergi, jalan mana, ke mana. Memang tak puas hati wei booking pakai agen. Patutlah masa kat jeti tu ramai yang selalu pergi, mereka booking semua sendiri. Tiket beli sendiri, booking hotel sendiri, snorkeling pun cari aje sendiri. Pakai agen sangat lah tak best. Kome tahu berapa kami 4 pax kena, hampir 1k juga tau. Itu lah harga travel dalam negara, mahal.
Okay patah balik ke aktiviti selepas sunset dan maghrib. Kami dinner, harga munasabah jugalah sebab ada ambil ikan bakar kan. Lepas tu kami tengok pertunjukkan api. Hurm...tourist sangat perhentian kecil, nak duduk atas tikar tu RM30 ye. Tak ada air apa pun.
Kat langkawi at least, dapat duduk bila order air kan kalau tengok fire show. Ni semata-mata buta-buta bayar RM30 nak tengok api tu, lepas tu ronda lagi bawa tabung. Sebenarnya tak kedekut pun nak bagi, tapi rasa macam ntah....tak best.
Malam tu rehat aje lah, anak-anak kolin ajelah pergi minum-minum kopi dekat cafe yang ada.
Esok pagi, selepas subuh, melayan sunrise pula. Try juga naik tranparent canoe tu, harga dalam RM60 untuk sejam. Lepas tu buat lah aktiviti snorkeling juga, ada juga ikan rupanya kat tepi-tepi tu hehehe.
Siap sedia jam 11 pagi kami pun keluar check out sebab nak kejar bot 12pm, bas kami 3pm. Nak jalan memang jauh wei, kami naik traktor RM10 setiap pax. Tunggu bot lama juga, dia suruh kami naik jam 2pm. Kami tunjuk tiket bas, rezeki dapat juga naik awal. Sama juga, agen diam membisu tak reti nak advise apa-apa. Aku MARAH betul lah agen ni hahahahahhaha
Sampai jeti kuala besut, kami makan lunch dan beli sikit keropok, sata dan kuih muih. Bas sampai lewat sikit dan terus kami balik ke KL. Alhamdulillah selamat kami, sampai aje TBG ambil kereta dan balik rumah. Kami travel pun bag kecik aje ala-ala backpakers. Next destinasi belum pikir lagi untuk kami sekeluarga.
Semoga mami and papa kaya raya, murah rezeki nak bawak anak-anak travel lagi. Spend time dengan diaorang sebelum masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri.
Family stay forever ~

.jpg)





No comments:
Post a Comment
loving me..loving you