Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

3 HARI 2 MALAM DI MAKASSAR, INDONESIA

 Assalammualaikum korang semua

Bulan Mei yang lalu kolin ada rezeki lebih sikit berjalan-jalan ke Makassar, Indonesia. Ikutkan tak pernah ada dalam wishlist pun, tapi why not kan! kita selusuri Makassar, buat kenangan manis dalam hidup

DAY 1

Flight kami jam 2.30 petang dan ke Makassar lama juga tau sebab dia atas dari Bali tu, so dalam 3 jam 45 minit kami sampai pun dah 6.00 petang, suasana malam dah. Sana subuh awal, petang pula gelap cepat. 

Sampai di sana selesai urusan imigresen, terus ambil grab dan check in hotel. Macam biasa kalau ke Indonesia, kami tak tempah supir awal-awal sebab sana grab mudah untuk didapati.

                           bawah hotel ada kedai ni..

Selesai check in di Celebes Hotel, kami terus pergi makan malam. Hotel ini tak ada lif tau, kami pula dapat tingkat 3. Jangan risau bag semua ada staff tolong,tapi letih wei turun naik tu. Bab harga dan lokasi memang best. Tapi tak ada lif lah.

Makan malam di Saigon Bistro, sebab ada live band. Sekali meriah sebab ada sambutan hari lahir juga. Makanan dia 3/5, tempat dia lawa, harga boleh lah pricey sikit. Tapi rupiah tengah murah, kita enjoy. 

Selesai dinner, kami balik hotel. Tapi kami decide tak mahu balik terus, terus berjalan tengok-tengok tempat. Kami sempat ke Pantai Losari, tengok bagaimana street food dan orang lokal berlibur. Dapat lah tengok kapal Pinisi tu. Sebelum balik, sempat lah shopping kat IndoMart tu, beli face mask, serum muka dan bermacam-macam lah sebab murah!

DAY 2

Hari kedua pagi-pagi kami bersiap untuk ke Pulau Samalona. Antara tarikan kami ke sini sebab ke sini. Harga kami dapat agak mahal sebab ambil private trip. Kalau open trip dalam RP200k tapi sebabkan kami ambil private trip sekali dengan makan, bot, guide, video dron dan video snorkeling kami kena RM2.3 juta. Berkongsi 4 orang, tak sampai lah RP1 juta. Still jimat dan selesa. 

Bersekali dengan makanan lunch juga tau. Kami berehat dan nikmati Pulau Samalona sampai jam 2 petang dan selepas itu pulang ke hotel untuk berehat. 

Petang tu dalam jam 5.30 petang kami ingat nak tengok sunset di Pantai Losari tapi hujan. So plan bertukar kami ke Nipah Mall. 

 


Kat sini kami makan dinner di "TIMUR" MAKANAN KHAS INDONESIA TIMUR. Shopping skincare di Socialla dan akhirnya kami pulang berehat malam itu. 

DAY 3

Flight kami sebelah petang dalam jam 6.20 petang. So untuk hari terakhir kami upah supir untuk bawa kami bersiar-siar sekitar Makassar. 

Untuk pengalaman pertama kami di bawa ke Dairy Land Gowa yang terletak satu jam dari bandar Makassar. Perjalanan penuh liku tau, maklumlah jalan raya di sana memang mencabar sikit. Lawa Dairy Land Gowa ni tau, so kalau ke Makassar jangan lupa ke sini. Pemandangan indah sangat. 

Selepas itu kami ke makan tengahari, lupa lah sup rusuk tu nama apa. Agak femes juga di Kota Makassar, dan akhir sekali kami ke Masjid 99 Kubah untuk jamak zohor dan asar. Alhamdulillah....

Lawa sangat masjid. Nanti kat sini ada petugas yang boleh bantu korang untuk bergambar dan video. Jangan lupa tau bagi tips. Bagi lah selayaknya...anggap sedekah. 

Selesai semua supir hantar kami ke airport. Sampai airport selesai urusan imigresen, korang boleh sambung shopping dan makan juga. Sana luas dan banyak sangat kedai tau. 

Flight kami delay ke jam 10.30 malam, memang puas lah melepak kat airport Makassar. 


 

Selesai simple trip 3 hari 2 malam kami. Lepas ini tak tahu lah  rezeki kolin ke tempat lain pula ek. Total hangus trip ini sekali dengan makan dalam RM1200 sahaja. Murah kannn!!

Terima kasih baca blog :) 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you