Friday, November 30, 2018

Raikan Hari Natal dengan meriah di Concorde Hotel Shah Alam

Assalammualaikum korang semua ! Ini berita baik bagi peminat makanan Western semasa sambutan Hari Natal atau Krismas tu. Selalu korang mesti nak rasa makanan masa perayaan itu kan. Tapi nak mencari yang HALAL mesti menjadi masalah. Jangan risau, hari ini kolin nak berkongsi dengan korang semua EXCLUSIVE CHRISTMAS TREAT di CONCORDE HOTEL SHAH ALAM yang menawarkan pelbagai hidangan yang bakal membuat korang semua menelan air liur! Hidangan Christmas Eve Buffet Dinner yang berharga RM120 nett untuk seorang manakala kanak-kanak yang berumur 4 tahun sehingga 12 tahun sama jua dengan warga emas mendapat diskaun sebanyak 50% dan 30% mengikut kategori. 

Yule Log Cake

Wednesday, November 28, 2018

PPZ- MAIWP terus mara dengan melancarkan kempen terbaru mereka 'Jadi Kaya Dengan Zakat'

Assalammualaikum korang semua !!!! Kolin harap sangat perkongsian kali ini membuat korang tergerak hati sikit untuk terus berzakat dan percayalah harta kita tak pernah kurang dengan berzakat. Magik kan....Kalau korang dah mula berzakat, jangan lupa ingatkan kawan-kawan lain okay.



Menuju gerbang terakhir tahun 2018, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) mengadakan kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' bagi menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum.


Saturday, November 24, 2018

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam di Selangor 2018

Assalammualaikum korang. Tahniah buat semua penjawat awam di Selangor!


Tahniah kepada semua penjawat awam dan terima kasih buat YAB Dato Menteri Besar Selangor untuk bantuan khas kewangan ini. Diharap dapat meringankan beban buat ibubapa yang bakal buat persediaan untuk naik sekolah tahun baru nanti.


Bantuan Khas Kewangan ini bakal dibayar pada 20 Disember 2018 nanti ye. So buat penerima yang bertuah, jimat tau. Tahun depan pembayaran bonus dah guna mekanisme lain pula.

Sekali lagi, terima kasih MB!


Love, 

Kolin Zainal 

Wednesday, November 21, 2018

Teknik goreng cendawan ranggup dan tak hangit

Assalammualaikum semua, kali ini kolin nak share dengan korang yang kaki makan cendawan. Kolin sekeluarga kalau makan cendawan goreng tu, sekilo pun tak cukup tau. Itu yang sekali goreng memang sekilo. Nak murah dan berbaloi kena pergi beli kat AEON Big lah. Cendawan tiram putih atau kelabu satu paket 500gram tu baru RM6 tak silap. Beli dua paket masak lah sampai jemu orang kata. Dan kalau ikutkan semua nak yang ranggup, tak mau berminyak atau hangit. So ini lah dia kolin nak cerita macam mana kolin masak cendawan goreng tepung ini. 



Tuesday, November 20, 2018

Salam Maulidur Rasul

Assalammualaikum semua

Salam MAULIDUR RASUL buat semua. Jom baca sesama perkongsian ini ye. Menarik sangat tau 

DIANTARA SIFAT-SIFAT MULIA RASULULLAH SAW

1. Baginda Rasulullah SAW selalu diam.
2. Berbicara ketika perlu.
3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .
4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
5. Hatinya selalu sedih (Inginkan umatnya dalam kebaikan dan terlepas dari azab Allah SWT).
6. Selalu menundukkan pandangan kerana Tawaddu’.
7. Berfikir terus-menerus.
8. Menghargai nikmat sekecil apa pun.
9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan, jika tidak maka ditinggalkannya tanpa mencelanya.
10. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
11. Marah bukan kerana nafsu.
12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
13. Apabila marah Baginda akan memalingkan wajah.
14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji yang melampaui batas.
16. Tidak pernah berteriak-teriak (menjerit-jerit).
17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan dan berlapang dada.
18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad (mempertahankan bukan berlawan) di jalan Allah SWT.
20. Apabila menghadapi dua  perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat.
21. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang mencuci pakaian, memerah susu (haiwan) dan membuat sendiri segala keperluan diri.
22. Ketika duduk ataupun berdiri, Baginda selalu berdzikir.
23. Raut Wajahnya selalu ceria. Perangainya boleh menjadi suri tauladan dengan mudah, lemah-lembut dan peramah.
24. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak (menjerit-jerit), lebih-lebih lagi mencela orang lain.
25. Tiga perkara yang dijauhi Baginda : perselisihan, perdebatan dan segala yang tidak diperlukan.
26. Tidak pernah mencela dan memaki orang lain.
27. Tidak pernah mengetahui rahsia orang lain.
28. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang mendatangkan pahala.
29. Cara berbicaranya menarik dan siapa pun yang mendengarnya terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
30. Sesiapa yang melihat Baginda sepintas, maka ia akan tertarik dan hormat terhadapnya.
31. Sesiapa yang selalu bergaul dan telah dekat mengenali Baginda, maka ia akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
32. Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk dan tidak membezakan di kalangan mereka.
33. Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
34. Tangan Baginda selalu terbuka kepada siapa saja tanpa pilih kasih. Baginda adalah Ayah bagi mereka semua (umat).
35. Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu dan sabar serta amanah.
36. Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.
37. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya : Menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan dan kebajikan orang asing.
38. Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.
39. Paling berlapang dada.
40. Paling tepat dalam berbicara.
41. Paling halus keperibadiannya.
42. Paling ramah dan beradab dalam pergaulan dan Muamalah (kemasyarakatan)nya.

(Dipetik dari Biografi Lengkap Rasulullah SAW oleh Prof Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Allahumma Shalli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad.

Majlis Ta'lim Al Muhtadin
Salam Maulidur Rasul 1440H


Monday, November 19, 2018

Semoga diberikan kesembuhan

Assalammualaikum 

Bila Tuhan nak duga, kita tak pernah terfikir adakah kita mampu nak hadapi, tapi Tuhan Maha Adil kan. Dia tak pernah uji kemampuan hambanya di luar kemampuan. Tiada apa yang dapat dititipkan kecuali doa dan terus berharap diberikan kesembuhan. 

Kolin minta semua yang sudi singgah sini, doakan adik ipar kolin ye. Semoga dia cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Keep fighting!


Harap cepat la sihat .. Sihat cepat okayyyyy 










Love, 

Kolin Zainal 

Wednesday, November 14, 2018

TAHNIAH !!! Pelancaran Album NORRELA, bertajuk MOONSTRUCK

Assalammualaikum dan buat yang lain salam sejahtera. Bukan nak kata apa, kolin bertuah dapat hadir sama di NORRELA'S ALBUM PREVIEW AND LAUNCH HI TEA yang telah berlangsung hujung minggu yang lalu di WOW, Kuala Lumpur (tempat lama Saloma Bistro). Sebelum apa-apa, kolin perkenalkan korang dengan Norrela atau nama sebenarnya Puan Norrela Iznin  Abd. Ghani, iaitu seorang penulis untuk buku 'Memancing Hati Anak Remaja'. Malahan beliau adalah seorang Profesional Trainer dan Hypnotherapist yang Bertauliah. Beliau sudah pun berumahtangga malahan mempunyai 3 cahaya mata lelaki. Tambah buat kolin kagum dengan kesungguhan beliau, beliau juga mempunyai Degree in Applied Biology. Seorang wanita yang hebat!




Tuesday, November 13, 2018

Pak John Steamboat & BBQ di IOI Mall Putrajaya

Assalammualaikum korang semua, hari ini kolin nak berkongsi lagi cerita beb. Cerita bab makan pulak laa kali ini, kolin sekeluarga hari minggu memang suka lah nak pergi makan kat luar. Al-maklum lah kalau hari bekerja, masak ala kadar dan makan kedai yang dekat dengan rumah. Hari minggu, quality time kan, masa ini lah kami sekeluarga mencari-cari tempat makan baru untuk dicuba. Dan kolin dengan rasa gembira nak share dengan korang semua pengalaman kolin. Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di GE-11, Ground Floor, IOI City Mall Putrajaya ini senang untuk dicari. Korang terus ke Symphony Lane tu, bahagian luar ada kolam air. Haaaa..sepanjang mengadap taman luar tu, korang boleh lah cari restoran ini. 


Monday, November 12, 2018

Santai Petang bersama Mufti Wilayah Persekutuan anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah

Assalammualaikum korang dan harap semua sihat-sihat selalu. Minggu lalu, kolin gembiralah bila di jemput hadir sama ke Majlis Santai bersama Mufti Wilayah Persekutuan iaitu S.S. Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Siapa yang nak lepaskan peluang kan, berjumpa dengan orang hebat dengan ilmu. Dapat tengok dengan jarak dekat memang 'dream come true'. Jangan kata jumpa artis aje kolin excited, jumpa Dato' Seri Mufti pun kita excited tau. Haaaa... Buat yang tidak kenal tuuuu, inilah orangnya yang duduk di tengah-tengah. Ingat tak surat terbuka buat Neelofa tuu. Ini laa dia Mufti Wilayah Persekutuan. Orangnya simple aje :) 



Saturday, November 10, 2018

Kasut sekolah demi kesihatan kaki dari SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog kolin yang sudi bertandang hari ini. Kita dah nak cuti sekolah, tapi persiapan untuk naik sekolah di tahun baru tetap ada kan. Ada yang dah mula cari kasut, persiapan baju, alat tulis malah kasut sekolah. Hari ini kolin nak buka minda korang mengenai kasut sekolah dari SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE yang memberikan perlindungan penuh kepada si pemakai. Mesti korang cakap, eh budak-budak ada masalah kaki ker, boleh ke sakit kaki atau sakit belakang. Yeee memang boleh laaa wahai ibu bapa semua. Anak-anak kita kadang dalam tidak perasan beli sahaja kasut sekolah yang di pasaran dan ianya tidak memenuhi kesihatan kaki anak. Gambar kat bawah tu, semua anak-anak sedang gayakan kasut sekolah dari Sunfeet lah tau. 



Thursday, November 8, 2018

Laluan Hutan / Forest Trail di Taman Tugu, Kuala Lumpur

Assalammualaikum semua !!! Best tak cuti panjang sempena Pesta Cahaya, kolin macam biasalah duduk rumah. Manafaatkan cuti panjang dengan melepak dengan anak-anak dan keluarga. Dan semalam kolin ada pergi satu tempat yang kolin rasa mesti ramai yang suka nak pergi. Maklumlah sekarang kan ramai suka run, masuk hutan, panjat bukit, panjat gunung kan. Ini ada satu tempat di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tempat yang sangat mendamaikan dan best giler. Tak perlu keluar modal banyak pun, hanya keluarkan peluh sahaja. Kesilapan kolin bila ke sini tak plan. So tak bawak air, tak pakai pakaian yang sesuai tapi tetap dapat cover sikit trail yang ada kat Taman Tugu ini. Ianya adalah tapak semaian bersekali dengan laluan hutan yang ada. Ada banyak kalau korang tengok peta kat situ. Menarik kan.






Monday, November 5, 2018

Menu hari hujan - Nasi Goreng Udang Banjir

Assalammualaikum dan haiii korang semua. Musim hehujan ni memang perut senantiasa lapar kan. Tak dinafikan keluarga kolin memang pemakan dan suka lapar bila malam. Nak jadi cerita nak keluar pun hujannnnn, kita pun masak nasi goreng. Kebetulan masa tu ada nasi lebih tapi lauk dah habis. Kolin tumbuk cili, bawang merah dan bawang putih. Tumis sampai naik bau, masuk terus garam dan serbuk kunyit. Sambil-sambil tu hiris la sikit lobak atau carrot tu. Kang kata tak seimbang pulak, makan tak ada sayur kan.

Bila dah tumis siap semua...  Kita masukkan udang. Udang masak bau wangi tu, masukkan nasi sejuk tu. Nasi sejuk adalah nasi terbaik nak buat nasi goreng tau. Dah gaul rata-rata dan siap untuk di hidangkan. Tak tipu, satu kuali habiss tau. Siapa tak tau masak nasi goreng tu, ikut laa cara simple kolin tu ok. Sedapppppp dan udang tu kolin beli RM26 sekilo kat pasar chow kit tu. Inilah dia nasi goreng udang banjir untuk musim hujannnn



Saturday, November 3, 2018

MAJLIS PELANCARAN ZAKAT2U 4.0

assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahniah Pusat Pungutan Zakat Wilayah yang baru sahaja melancarkan kempen terbaru mereka iaitu 

ZAKAT2U Versi 4.0 


Objektif pelancaran kempen terbaru ini adalah untuk memberitahu korang semua lah. Hebahan yang bakal memberikan satu maklumat terbaru terutamanya buat semua Warga Wilayah yang korang dah ada satu lagi kemudahan berzakat tau. Ianya adalah pembayaran secara 'troli zakat' dan lain-lain lagi kaedah baru menerusi zakat2u versi 4.0 yang baru sahaja dilancarkan.



Thursday, November 1, 2018

FLOWER CHIMP akhiri tahun 2018 dengan Kempen yang best-best

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin pernah berkongsi dengan korang rasanya mengenai servis mereka ini. 'Lafazkan dengan bunga' melalui Flower Chimp. Semua korang boleh, nak hadiahkan sebab sayang, tanda terima kasih, semoga cepat sembuh dan pelbagai cara lagi. Sekali lagi di blog picisan ini kolin nak berkongsi dengan korang semua kempen yang ada. Di penghujung tahun 2018 ini, Flower Chimp telah melancarkan kempen di bulan November dan Disember ini. Antaranya bermula dari bulan November, mereka akan melancarkan kempen baharu ini bagi semua para pelanggan menikmati bunga-bungaan segar pada harga berpatutan dengan penghantaran secara PERCUMA ke seluruh negara di semua pasaran iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan jua Singapura.


 Solo pun seronok, sambutan 11.11

Walaupun korang ni belum berpunya atau single tu, boleh aje kalau nak menceriakan hari dan order lah bunga segar untuk rakan anda. Manalah tau korang boleh menukar hari seseorang yang murung kepada yang lebih gembira kan. Tambahan pula sekarang mereka promo diskaun 11% tu. Jangan lupa untuk tengok jambangan bunga klasik seperti Jade atau 12 kuntum bunga rose merah, atau tengok sahaja bunga Purple Hues yang dijual harga biasa pada harga RM99 sahaja. Promoi ini sah dari 1 sehingga 11 November 2018 di Malaysia tau.