Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Makan Ketam Gemok di Crazy Crabs Ara Damansara

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa suka makan ketam, kena baca entri ini sampai habis ok. Terletak di Oasis Square Ara Damansara, kalau nak tahu dalam perjalanan ke Subang Airport tu kat situ lah Restoran CRAZY CRABS. Senang sahaja nak cari kalau mengunakan WAZE. Sekarang memang kolin banyak bergantung dengan aplikasi ini kalau nak mencari tempat yang belum pernah kolin sampai. Nampak kan food blogger yang terkenal tu..
Siapa tak kenal Mahamahu aka Mahadi kan...food blogger yang terbaik kat Malaysia.



Tempat makan yang lawa dan selesa sangat. Sebab apa kolin cakap lawa, sebab berhadapan dengan kolam dan fountain air yang sangat cantik dekorasinya apabila waktu malam. Lagi satu nak bagitahu, kolin ke CRAZY CRABS atas jemputan Zomato.my. Kalau korang nak tahu apa itu ZOMATO, senang sahaja. Ada di Instagram. ZOMATO adalah satu aplikasi untuk memudahkan kita semua tengok review tempat makan yang belum pernah kita cuba. Siap alamat, harga dan no telefon untuk penempahan. Kepada yang nak booking untuk bos atau reunion boleh lah gunakan aplikasi ini untuk lebih banyak info. 

Pelbagai hidangan ada di Crazy Crabs, terima kasih Mr. Bruce dan Ms. Bryna sebab sudi melayani kami semasa makan malam. Terima kasih juga kepada Fieza dan Qhi dari Zomato. Tanpa mereka, memang tak dapatlah merasa hidangan ketam dari Australia ini. Besar pinggan ketamnya oii..







Ini antara info yang kolin dapat snap masa makan kat sini. Harap list menu dan harga tu dapat membantu korang kalau nak tahu bajet makan kat sini kan. Cuma nak cakap, ketam dia fresh !! Itu aje...



Kami semua dihidangkan dengan kambing bakar dan satay ayam dahulu. Kambing tu kolin suka sangat sebab dah berperisa. Tak pedas, malah manis dan tak liat langsung. Rasa lain dari kambing bakar yang pernah kolin makan sebelum ini. Kalau korang ke sini. Sila cuba ok !

Lala Meehoon

 Roast Australian Crab

 Kam Heong Lala

 Kangkung Belacan

Spring Chicken 

Ladies Finger

Chili Crab

Buttermilk Crab

Inilah antara hidangan yang disajikan malam tu. Memang semua menelan air liur sebab sedap sangat dah kan. Korang yang tengok gambar mesti terliur jugak kan hehehehe

Tak tipu, ketam tu memang besar. Sepit ketam aje dah besar tapak tangan kolin. Happy sangat dapat makan ketam wei..


 Dan inilah semua hidangan setelah disusun sebelum kami semua bersantap !!


Makan lah kami beramai-ramai. Nasib ada yang kaki tak suka membazir, so semua hidangan ini habis licin di makan oleh lebih kurang 11 orang tetamu duduk semeja. Buat korang yang masih mencari tempat nak makan seafood yang berbaloi dan segar patut letakkan CRAZY CRABS dalam list korang. 

Kalau nak tahu harga sebelum sesuatu hidangan di pilih, semua staff di sini boleh membantu. 
Air pun ada banyak pilihan untuk di pilih. Kolin pilih untuk minum hot chinese tea sebab dengan semua hidangan yang ada ini nanti mudah kenyang. 

Great night with a great people !!

Seronok dinner dengan semua yang ada. Terima kasih CRAZY CRABS dan terima kasih ZOMATO MY

Ada rezeki kita jumpa lain kali ya...


 Love, 

Kolin Zainal

8 comments:

  1. Salam.Tahu x status halal kedai ni?masakan dia ada letak wine or alcohol x?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. halal dari JAKIM memang takde sebab mereka served akohol. Tapi kalau dalam masakan confirm TAK ADA. Sebab ramai juga pelanggan mereka di kalangan orang yang ambil kisah pasal HALAL. Pekerja mereka juga ada yang beragama Islam. :)

      Delete
  2. salam jln2 tgk review kedai ni dr dulu nk pi tp rasanya mkn ketam je la kot ayam daging x sure...ke cmne? sbb nk bwk ofismate ni huhu tq

    ReplyDelete
  3. Ada surau or tmpt nk solat tak area bedekatan?

    ReplyDelete

loving me..loving you