assalammualaikum dan salam sejahtera
Tahniah JUNGLE GYM PLAYLAND atas sambutan ulangtahun ke 8 mereka di Bangsar Shopping Centre baru-baru ini. Buat yang tidak tahu, di BSC ada tempat beriadah buat korang sekeluarga ok.
Lokasi yang strategik, terletak di aras 4, Bangsar Shopping Centre ini memang mudah bagi korang yang mempunyai anak-anak kecil yang suka bermain. Di sinilah mereka boleh bermain dengan selamat dan tak perlu risau akan kebersihan tempat ini. Yang paling penting, anak-anak gembira.
Kalau korang nak tahu, Jungle Gym Playland ini ada dua satu di Bangsar dan satu lagi di Atria Shopping Gallery. Bangsar agak kecil sedikit dan di Atria memang besar sangat. Korang boleh lah pilih lokasi yang mana nak bawak anak-anak beriadah kan. Kalau nak tengok lebih lagi mengenai Jungle Gym Playland ini sila lah singgah di link bawah ini. Jangan lupa klik LIKE dan FOLLOW ya
Kolin nak jemput korang semua ke dalam kawasan playland mereka. Tempat ini dijaga rapi malah kasut buat ibubapa dan juga anak-anak di sediakan tempat khas. Cuma kalau korang ke sini, sila bawa sarung kaki dari rumah. Tapi kalau terlupa pun tak mengapa. Sebab di sini ada menjual sarung kaki buat ibubapa dan juga kanak-kanak.
Tak sabar nak kongsi gambar segala permainan yang ada di JUNGLE GYM PLAYLAND
Pelbagai aktiviti yang disediakan tau. Boleh memanjat, boleh melompat dan ada juga bergayut.
Kalau nak tahu, kolin pun turut sama bermain dengan anak-anak.
Tempat ini memang selesa dan siap berhawa dingin kan.
Sesuai juga kalau nak biarkan anak-anak bermain di sini. Sebab di sebelah tempat ini ada cafe, jadi kalau buat date dengan kawan-kawan senang sangat. Biarkan anak-anak bermain, kita boleh lah berborak kat cafe. Boleh jua release stress anak dan mak kan.
Berwarna-warni kan dan semuanya bersih !
Nampak tak Ali dan Alisa yang senyum lebar tu. Seronok dapat main gelongsor katanya. Maklumlah sekarang cuaca kan tak menentu. Dengan adanya Jungle Gym Playland ini memang mudah untuk anak-anak bermain dan selamat kan. Kalau korang teringin boleh la naik juga hehehhe
Kalau hendak ke tandas, tak perlu keluar dari kawasan ini sebab, di dalam kawasan permainan disediakan tandas dan siap selipar lagi. Buat lelaki warna biru dan perempuan warna merah. Bersih dan selesa.
Inilah antara permainan atau fasiliti yang ada di Jungle Gym Playland Bangsar. Hujung minggu kalau korang ada waktu lapang dan tak tahu untuk kemana. Boleh lah cuba ke sini kan. Dah selesai bermain kolin dan anak-anak nak sertai parti ulangtahun mereka pula.
Jom kita ke parti sambutan ulangtahun ke 8 buat Jungle Gym Playland.
Ada tatoo, cotton candy, goody bag dan pelbagai games yang disediakan. Bukan anak-anak sahaja gembira, mak budak pun gembira. Kalau korang perhatikan kawasan ini lapang kan. Inilah gelanggang kalau anak-anak nak bermain roller blade. So kalau datang ke sini, ada dua tempat riadah yang boleh korang pilih. Nak main gym tu atau pun main roller blade. Lagi selamat sebab kat sini semua fasiliti di pantau rapi.
Ini lah roller blade yang ada kat sini. Best kan !!
Alisa pilih Zebra Tatoo kat pipi.
Jangan risau, basuh sahaja semua dakwat tu akan hilang.
Tidak merbahaya buat kanak-kanak tau.
Siapa tak suka cotton candy kan !! Kolin pun sapu sekali wei hahahha
Dah tiba masa untuk berparti.. Tahniah JUNGLE GYM PLAYLAND
Antara tetamu yang cilik ada di sekitar parti ulangtahun ke 8 Jungle Gym Playland.
Tarian pembukaan bagi majlis ulangtahun hari tu.
Ini semua staff Jungle Gym Playland tau. Berbakat sungguh !!
Selepas tarian pembukaan, semua tetamu cilik di ajak menari bersama-sama.
Ada Mr. Bear dan juga karakter terkenal iaitu Pikachu.
Ada games, pertandingan pakaian kostum berbaik dan juga pemberian goody bag kepada semua kanak-kanak yang hadir pada parti ulangtahun ke 8 Jungle Gym Playland.
Antara games yang Ali dan Alisa main ialah pass gelung getah kepada kawan mengunakan straw yang digigit. Memang bisinglah dan kecoh semua orang nak pastikan gelung getah tu tak jatuh.
Terima kasih Jungle Gym Playland sebab sudi menjemput kami hadir sama pada ulangtahun kali ini.
Dah selesai semua acara, parti mestilah ada makan-makan kan.
Lihat lah sendiri keseronokkan mereka. Sharing is Caring
Sebelum balik kita posinglah dulu dengan Mr. Bear dan Pikachu ini
Comel sangat. !!!!
Kepada kawan-kawan kolin yang teringin nak bawak anak-anak korang ke sini. Boleh lah pergi masa cuti hujung minggu nanti. Sure korang akan lihat sendiri, anak-anak korang happy sangat bermain di sini.
Ini lah rate mereka, jangan lupa singgah dan cuba semua fasiliti yang ada di Jungle Gym Playland. Surau pun di sebelah playground mereka sahaja. Senang kan.
Kemudahan lengkap dan selesa untuk jaminan yang boleh kolin cakap semasa anak-anak bermain disini.
Lagipun memang ramai staff Jungle Gym Playground sangat membantu dah peramah.
Dah selesai cerita kolin, yang penting korang kena pergi dan have fun ya !!!
Love,
Kolin Zainal
Entrance fee untuk anak sahaja ke?
ReplyDeleteParent x perlu bayar?