Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

NASI BRIYANI LOBSTER FOR DINNER

Sesekali makan malam mewah ajer sis! tapi sebenarnya tak mahal mana pun hidangan ini, hanya RM25 satu set untuk hidangan lengkap. Jujur cakap hidangan ni ikhlas sangat rupanya. Nasi melebihi lauk! hahahah. Dah beritahu pun seller tu, ustaz sebenarnya agak berusia. Dia memang pandai masak briyani, kari dan sebagainya. So dia punya nak ikhlaskan dalam perniagaan, nasi banyak sangat! Sampai lebih nasi banyak. Nanti korang rasa lauk tak cukup. Sebenarnya cukup tau, cuma nasi memang over. Pemurah betul penjual nasi nya :)


HI -TEA DI HOLIDAY INN KUALA LUMPUR GLENMARIE

Terima kasih bangat lah dengan cik roza yang beriya organize minum petang ni. Sebenarnya kolin sendiri tak tau Holiday Inn ada buat promotion untuk hi-tea. Dan surprisingly, sangat murah iaitu RM55 untuk 2 pax. Kalau korang nak pergi kena booking dulu ye. Korang terjah lah instagram mereka dan booking. 

TERIMA KASIH SEMUA! ~SAMBUTAN HARI LAHIR TAHUN INI 2020

 Assalammualaikum semua! Tiada kata nak ukirkan buat semua kawan, sahabat dan keluarga yang berusaha membuatkan kolin bahagia pada hari lahir ke 40 tahun ini. Separuh perjalanan hidup dah kolin lalui. Dan bersyukur sangat dikurniakan dengan insan yang baik-baik keliling kolin. Sedih dan sayu hati sebenarnya. Kolin ini bukan lah orang yang baik, tapi ada juga yang sudi berkawan. I am sad plus happy. :(

Terima kasih mama aka cik timah lahirkan kolin pada tarikh 31 0gos 1980. Buat arwah abah yang ada dengan kolin sampai umur 15 tahun, mohon semua kawan-kawan sedekahkan doa ya. Buat arwah abah! Bersyukur selama hidup ini, semua lengkap, tak ada apa yang nak kolin tukar ganti dengan apa pun. Korang doakan kolin tau. Doakan kolin kuat dan sihat selalu.

Untuk yang bagi bunga dan hadiah!! I feel want to cry! Why korang baik sangat! 

Sekali lagi, terima kasih semua! Untuk semua hadiah dan ucapan hanya Yang Maha Esa dapat membalasnya! 

It's My Birthday Babe!! hahha


PANTAI KUALA LINGGI, MELAKA

Pertama kali tau kat situ ada pantai, memang terkejut. Iyelah yang kolin tahu kat melaka ada tanjung bidara atau pengkalan balak. Hari tu dah agak lewat, kami terus ambil keputusan untuk ke Kuala Linggi. Dalam masa sejam kami dah sampai, senang aje. Dari kl terus ke tol pedas linggi, dalam 20 minit perjalanan terus sampai. Nanti korang akan lalu kat jambatan yang memisahkan antara negeri sembilan dan melaka yang viral masa PKP tu. Yang kisah kakak dan ayah dia jumpa kat kawat duri bagi lemang masa raya. Ingat tak?

KUALA LINGGI, MELAKA


Sebenarnya ini plan last minit, jadi kami redah ke Kuala Linggi tanpa booking hotel pun. Jadi terus ke pantai, nampak ada public toilet so anak-anak nak mandi laut lah. Best lah sini, sunset memang cantik sangat. Plus kalau korang ke sini, sila bawa baldi ye boleh cari remis tau. Kalau menginap bawa lah dapur yang portable, periuk dan serai. Boleh masak remis fresh dan makan tepi laut. 


Sekitar situ ada motel dan juga rumah homestay. Cuma cuti berderet semua habis. Selesai dinner, kami hunting tempat nak menginap, memula nak terus balik KL. Tapi dah penat kan, cari hotel murah-murah la gamaknya.




Memusing hampir sejam tak jumpa, sayang betul tak dapat spend satu malam kat kuala linggi. Kolin jatuh cinta sangat dengan tempat ini. Tak sesak, tak sendat mungkin sebab belum ramai yang tahu tempat ini kan. 

Sempat lah bergambar sekeping dua dengan anak dara. Suka sangat pantai kuala linggi ni. Tak tau kenapa kalau ada duit juta-juta boleh beli tanah kampung kat sini!!

PENGALAMAN MAKAN DI RESTORAN IKAN BAKAR TERAPUNG FORT SUPAI KUALA LINGGI

Ini pengalaman kolin sendiri tau makan kat sini. Minggu cuti merdeka tu kolin sekeluarga ke Kuala Linggi dan terjumpa la tempat makan ni. So pertama kali kami ke RESTORAN IKAN BAKAR TERAPUNG FORT SUPAI KUALA LINGGI. Agak padat sebenarnya maklumlah ada cuti umum. So tunggu dan dapatlah tempat duduk. Bila dah duduk, kena masuk untuk order pulak. Pilih makanan laut apa kita nak makan. Tempat lawa, lampu cantik dan memang kalau nak tengok sunset sini lawa sangat!

ini harga yang dipaparkan ye. Dah pilih semua lauk pauk yang kita nak makan, kita beritahu nombor meja dan tunggu sahaja lah. Nasib kurang baik sebab datang time cuti umum, hampir sejam baru air minuman dan makanan sampai. Nasib baik ada buskers nyanyi tu tak lah boring sangat. 


 

tu lah antara lauk yang dah kami pilih untuk dinner malam tu. Udang 5 ekor, kerang, kupang, ikan, sotong dan ketam.



ini bahagian dalam restoran. Ada free air kat luar dan juga bahagian dalam. So boleh pilih nak duduk mana. Tapi elok pula tak hujan masa kami makan sini. 

GUARDIAN PERKENAL HEALTHY BEAUTY AWARDS 2020

 

Guardian Malaysia, peneraju farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit hari ini melancarkan Anugerah Healthy Beauty 2020, yang memberikan peluang kepada lebih tiga juta pelanggannya untuk mengundi jenama-jenama kegemaran mereka serta memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000.

Undian bagi peraduan anugerah apresiasi jenama tahunan ini bermula pada 2 September 2020 dan bakal berakhir pada 30 September 2020.

Sebelumnya dikenali sebagai Anugerah Most Voted Brands, ia kini ditukar kepada Anugerah Healthy Beauty.


Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata: “Pencarian jenama-jenama terbaik oleh pelanggan Guardian ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada pelanggan untuk memilih produk kecantikan sihat yang terbaik di dalam industri yang ditawarkan di semua stor Guardian. Jadi saya menyeru kepada semua pelanggan untuk menyuarakan pandangan dan pilihan anda.”

“Di Guardian, para pelanggan adalah keutamaan kami dan platform undian pelanggan sebenar yang unik ini adalah sangat relevan pada masa ini kerana Guardian didorong untuk menjalinkan hubungan yang mantap dengan pelanggan dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan dan tingkah laku mereka yang sentiasa berubah dan berkembang.”

“Saya percaya Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian Malaysia adalah di antara anugerah paling berprestij dan paling definitif di dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat.”

“Tambahan pula, undian diambil secara keseluruhan, ini akan memberikan gambaran yang adil terhadap jenama yang paling menawan dan memberi impak kepada pelanggan. Jenama-jenama akan memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang pemilihan jenama oleh pengguna dengan lebih 70 pemenang dalam 6 kategori anugerah iaitu ‘Jenama Baru Terbaik’, ‘Undian Tertinggi Pilihan Influencer’, ‘Kosmetik’, ‘Penjagaan Kulit’, ‘Penjagaan Diri’ dan ‘Penjagaan Kesihatan’,” jelas Anna.

Meraikan gaya hidup digital majoriti pelanggan masa kini, proses undian akan dikendalikan sepenuhnya dalam format digital. Ini bermakna, semua undian akan diadakan di dalam talian.

“Dan untuk undian tahun ini, tiada pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan. Apa yang pelanggan perlu lakukan adalah untuk mendaftar di www.hba2020.guardian.com.my melalui platform media sosial mereka atau daftar secara manual dan mula mengundi. Tiada had bilangan penyertaan dikenakan jadi pelanggan boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang mereka mahu,” tambah Anna.



Selepas mengundi, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh dituntut di Stor Dalam Talian Guardian dengan pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan berlangsung.

Dan semua pelanggan yang mengundi juga berpeluang memenangi salah satu daripada 186 hadiah dan baucar Guardian yang bernilai sehingga RM50,000 termasuk Hadiah Utama sebuah Kerusi Urut Osim uDivine V dan Baucar Tunai Guardian bernilai RM250.


Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan dengan undian yang paling tepat dengan senarai keseluruhan pemenang Anugerah Healthy Beauty 2020.

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat penuh Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian dan undian, sila layari http://www.hba2020.guardian.com.my/.

Jadi mulalah mengundi dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat September ini!