Pertama kali tau kat situ ada pantai, memang terkejut. Iyelah yang kolin tahu kat melaka ada tanjung bidara atau pengkalan balak. Hari tu dah agak lewat, kami terus ambil keputusan untuk ke Kuala Linggi. Dalam masa sejam kami dah sampai, senang aje. Dari kl terus ke tol pedas linggi, dalam 20 minit perjalanan terus sampai. Nanti korang akan lalu kat jambatan yang memisahkan antara negeri sembilan dan melaka yang viral masa PKP tu. Yang kisah kakak dan ayah dia jumpa kat kawat duri bagi lemang masa raya. Ingat tak?
KUALA LINGGI, MELAKA
Sebenarnya ini plan last minit, jadi kami redah ke Kuala Linggi tanpa booking hotel pun. Jadi terus ke pantai, nampak ada public toilet so anak-anak nak mandi laut lah. Best lah sini, sunset memang cantik sangat. Plus kalau korang ke sini, sila bawa baldi ye boleh cari remis tau. Kalau menginap bawa lah dapur yang portable, periuk dan serai. Boleh masak remis fresh dan makan tepi laut.
Sekitar situ ada motel dan juga rumah homestay. Cuma cuti berderet semua habis. Selesai dinner, kami hunting tempat nak menginap, memula nak terus balik KL. Tapi dah penat kan, cari hotel murah-murah la gamaknya.
Memusing hampir sejam tak jumpa, sayang betul tak dapat spend satu malam kat kuala linggi. Kolin jatuh cinta sangat dengan tempat ini. Tak sesak, tak sendat mungkin sebab belum ramai yang tahu tempat ini kan.
Sempat lah bergambar sekeping dua dengan anak dara. Suka sangat pantai kuala linggi ni. Tak tau kenapa kalau ada duit juta-juta boleh beli tanah kampung kat sini!!
Akhirnya kami ke Pangkalan Balak jam 12 malam ye dan jumpa satu aje bilik kosong. Disebabkan tak booking awal, harga agak mahal RM180 satu malam. Dapat pun satu katil king sahaja, kami berhimpit tidur. Ala satu malam dan dah biasa pun hahahah. Sesekali kena ada adventure macam ni gaiss...so anak-anak seronok ada memori :)
HOTEL PINANG SEBATANG, PANGKALAN BALAK MELAKA
Hotel yang sederhana aje, dekorasi ala-ala P.Ramlee dan rakan-rakan tu agak menarik. Nama hotel pun HOTEL PINANG SEBATANG. Nama jalan sekapur sireh, Cafe pak maun dan bilik kami menginap, namanya Saloma.
Jalan kaki sikit ke depan terus jumpa laut. Boleh naik banana boat dalam RM10 aje seorang. So korang kalau ke PD dah bosan, alihkan minat mandi laut ke Melaka okay. Lagi best tak lah sendat sangat.
Kat sini ada juga remis tapi tak semewah kuala linggi lah. Memang agak terkilan tak menginap sana. Next round kolin akan pastikan booking sebelum datang hahaha
Yang pasti kolin akan repeat ke Kuala Linggi dan nak stay sana. Sana sangat tenang, best dan jeles sangat dapat tahu ada kawan-kawan kampung kat sana. Seronok!!
Kalau kaki pancing sila bawak semua gear korang okay. Tempat memang best tau.
Terima kasih baca entri ini, KUALA LINGGI nanti kita jumpa lagi okay!!!
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you