Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Hi-5 Brings Slumber Party to The Stage di Istana Budaya Kuala Lumpur

assalammualaikum dan salam sejahtera

Rancangan TV Hi-5 adalah satu TV series yang terkenal di kalangan kanak-kanak. Bukan kanak-kanak sahaja suka, kolin pun suka tengok ini. Dan anak-anak kolin membesar dengan melihat rancangan Hi-5 yang sangat berwarna-warni dan informasi. Belajar dan bergembira siapa tak nak kan!


Bertuahnya kita tahun ini, Hi-5 akan berada di Malaysia! Ya, di Istana Budaya Kuala Lumpur. Akhirnya kita boleh jumpa semua bintang Hi-5 iaitu Stevie, Mary, Dayen, Tanika dan Ainsley yang membawakan World Of Dreams ke Kuala Lumpur. 

Hi-5 : House of Dreams live show ini dirasmikan oleh Datuk Jared Lim, founder dan chairman bagi Tremendous Entertainment Group yang memiliki jenama Hi-5. Bercakap di sidang media baru-baru ini, Datuk Jared Lim menyatakan Hi-5 adalah satu rancangan TV show yang terbaik yang telah berada secara global iaitu di Asia, Australia, New Zealand, Latin America, North America dan negara timur tengah juga. Malahan ada juga sekolah yang mengunakan perinsip Hi-5 dalam pembelajaran di sekolah mereka. Datuk Jared Lim berbesar hati untuk tahun ini berkongsi kebaikan ini dengan semua peminat Hi-5 di Malaysia. Pesanan beliau juga "Jangan lupa datang"!

Datuk Jared Lim

Ms. Julis Greene, adalah Creative Director bagi Hi-5 turut hadir sama di sidang media di Istana Budaya. Keterujaan bersama kanak-kanak melihat TV show Hi-5 ini sememangnya menjadi impian saya. Inilah sebabnya kami buat dan memberikan komitmen 100% atas apa yang dipersembahkan. Hi-5 adalah satu rancangan memberi keseronokan kepada kanak-kanak di samping menerapkan nilai pembelajaran di setiap episod. Kanak-kanak yang riang dan gembira tidak akan berhenti belajar dan inilah konsep Hi-5.

Ms. Julie Greene

  Turut memberikan kata-kata aluan pada sidang media hari itu ialah Dato' Mohamed Juhari Shaarani, Ketua Pengarah Istana Budaya yang merasa bangga menerima kunjungan bintang Hi-5 bagi tahun ini. Di samping menjanjikan persediaan tempat terbaik untuk persembahan tahun ini. Istana Budaya juga bakal menerima banyak tetamu-tetamu cilik yang bakal memenuhi ruang Istana Budaya bagi Hi-5.


Akhirnya bintang Hi-5 muncul di sidang akhbar dengan penuh ceria. Memberikan dua buah lagu yang dinyanyikan secara acapella ini sememangnya menyeronokkan. Kolin pun selalu teman Alisa dan Imran tengok Hi-5. Siap memang boleh hafal dah lagu tema mereka ini. 

One, two, three, four..Hi-5...one, two, three, four, ....Hi-5

 Ainsley, Dayen, Tanika, Mary dan Stevie

Gamat suasana sidang akhbar apabila semua bintang Hi-5 mula beraksi. Memang tak sabar nak tunggu persembahan mereka di Istana Budaya Kuala Lumpur pada Disember 2015.  Tiket boleh di dapati di www.ticketcharge.com.my bagi pembelian dan sebarang pertanyaan. Inilah jadual persembahan mereka:

Tempat: Istana Budaya, Kuala Lumpur

Tarikh: 10-13 Disember 2015

Masa: 
Khamis, 10 Disember - 10.30 pagi, 2.00 petang dan 5.00 petang
Jumaat, 11 Disember - 10.30 pagi dan 3.00 petang
Sabtu, 12 Disember - 10.30 pagi, 2.00 petang dan 5.00 petang
Ahad, 13 Disember - 10.30 pagi dan 2.00 petang
  
Harga tiket bagi persembahan Hi-5 adalah seperti berikut:
RM120- B Reserve
          RM220- A Reserve
RM270 - VIP 2
RM300 - VIP Mosh Pit
*Ticket prices include 6% GST but do not include ticket processing fees 

Persembahan Hi-5 kali ini adalah dibawakan oleh HSBC (M) yang menjadi penaja bagi pertunjukkan dan Istana Budaya bagi tempat rasmi pertunjukkan. 

Buat semua ibubapa dan peminat Hi-5 jangan lepaskan peluang keemaasan ini. Bukan senang nak tengok persembahan LIVE Hi-5 di Kuala Lumpur. Sila buat penempahan anda sekarang. Sebab apa kolin cakap macam ini, sebab inilah persembahan terakhir dari Stevie setelah 8 tahun bersama Hi-5. Ianya pasti persembahan yang sangat emosi kerana akan ada tayangan video bersama Stevie di penghujung pertunjukkan nanti. I will miss you Stevie!

Kolin with Stevie and Mary

 Inilah Dayen dan Mary

Buat yang baru mengenali rancangan TV Hi-5 ini, rancangan ini telah dilancarkan semenjak tahun 1998 di Australia. Hi-5 mempunyai peminat di serata dunia kebanyakkan berumur dari 2-8 tahun. Rancangan Hi-5 ini telah menerima lebih 10,000,000 penonton di serata dunia. Bagi Tremendous Entertainment Group (TEG) adalah satu kuasa Asia Leading Family Entertainment yang memberikan global dan iconic brands untuk hiburan keluarga dan memberikan persembahan LIVE yang terbaik. 
 Jumpa korang kat sana ye...I really can't miss my Hi-5 in Istana Budaya this December. 
I am sure Ali Imran dan Alisa Maisara will get excited for this!
See you Hi-5

Love,

Kolin Zainal

27 comments:

  1. WAH! get to meet with the Hi5 group. So lucky lo you.

    ReplyDelete
  2. Sounds amazing.. My daughter went for the last Hi 5 concert at KL Convention Centre....

    ReplyDelete
  3. look great the show. It is worth for money?

    ReplyDelete
  4. I really want to watch this. See you there, Kolin

    ReplyDelete
  5. Wow! Such a great show!! I remember I used to watch this when I was young :D

    ReplyDelete
  6. At first, I thought it was the Hi-5 bread. Just shows how out of touch I am. hahaha!

    ReplyDelete
  7. Great, I can bring my son for this too..he adores Hi-5 and usually dance in front of TV

    ReplyDelete
  8. Oh Hi 5! Still remember when my sister used to watch it a lot on the TV hehe. Was the show good?

    ReplyDelete
  9. I used to love watching Hi-5! Until they changed the cast .. But nontheless kids will enjoy it as much as I did!

    ReplyDelete
  10. Wow! You are so lucky to meet the Hi5!! : ) Jealousnya saya :P
    Cheers, https://siennylovesdrawing.wordpress.com/

    ReplyDelete
  11. wow, you get to meet them. Love the picture of you and them. You are so lucky!

    ReplyDelete
  12. I love Hi 5 since I was a little girl and I am still loving it till now. :D

    ReplyDelete
  13. Ah my girls love Hi 5 too! They will dance and sing along when watching it hehe

    http://waiyee.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. it is such a great event :) you are so lucky to see dem

    ReplyDelete
  15. We too had Hi-5 show here in singapore though my kids are not yet fan of it so skipped it.

    ReplyDelete
  16. so cool, wish to meet the hi-5 gang again, ops i mean my kids want to meet haha

    ReplyDelete
  17. Its funny how i actually grew up watching hi5 with my sister. Best sngt. Tpi tk tau pulak yang dorg ada cast baru. hehe

    ReplyDelete
  18. hi-5 ! i didn't get invited to this. so sad :(.. my boys love this show!

    ReplyDelete
  19. Best nyer... love this show. Next in the list

    ReplyDelete
  20. Best nyer... love this show. Next in the list

    ReplyDelete
  21. I've been hearing and seeing Hi-5 before... but haven't really watched it. My nephew will prolly like this.

    ReplyDelete
  22. Used to watch High5 too! can't believe this show is still ongoing after so long!

    ReplyDelete
  23. Thanks for sharing with us this interesting event, guess my niece will love it and wants to go :)

    ReplyDelete
  24. hi-5! My nephew would have loved this. Definitely next on the list :)

    ReplyDelete
  25. My kids love hi5 so much!! So, this would be Stevie last show here?

    ReplyDelete

loving me..loving you