Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Selamat hari raya haji!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat Hari Raya Haji!
Selamat Hari Raya Qurban!
Selamat Hari Raya Aidiladha!

Haaa....pilih lah mana satu yang selalu kita sebut kan. Yang penting raya. Setiap tahun raya haji ini kolin sambut secara sederhana aje. Teringat kenangan pertama kali Ali Imran pergi tengok ibadah qurban. 
Balik rumah, papa dia terpaksa dukung sebab lutut lembik tengok ..hahah.
Terus tertidur sampai ke petang dia masa tu dalam umur 5 tahun rasanya. 

Bila dah menganjak umur 7 tahun, Imran pergi ke surau tanpa disuruh. Dan lebih bangga masa dia umur 8 tahun, balik dari solat hari raya terus ke surau. Kami semua mencari masa itu risau sangat. Sekali nampak Imran tengah tolong tarik lembu! Adoi darah lembu pun ada kat kasut dengan baju raya!

Nak marah pun tak boleh dah masa tu. Akibatnya bersihkan sikit dan pakai minyak wangi segunung sebab masa tu kami semua nak pergi rumah sedara mara. Ada yang kata raya aidilfitri sahaja beraya, raya haji tidak. Bagi kolin, sama saja adat berkunjung tu. Kalau tidak pasal hari raya tak berjumpa kami sedara mara. 
So amalan kunjung mengunjung itu memang kami pratik kan sampai sekarang. 

Tahun ini kolin jadi hos, semua akan beraya kat rumah kolin. Mak, adik beradik dan kawan-kawan akan datang berkunjung. Sejak malam selasa kolin dah siapkan sedikit demi sedikit bahan-bahan nak masak. Maklumlah rabu masih bekerja. Semangat nak raya turut kolin kongsi dengan anak-anak.


siap potong bawang, kunyit, halia dan lengkuas
siap sangai kacang dan siap blend
siap rebus cili kering pun...malam selasa kolin tidur pukul 2 pagi...kome bayangkan
semangat tak kolin nak sambut raya


Yang ini buruh cilik tolong kolin guntingkan cili kering sebelum nak rebus.
Mulanya takut juga tangan mereka pijar atau panas kan. Tapi Alhamdulillah semua selesai tanpa tiada sesiapa yang tercedera. Lebih bangga, anak-anak pun dah kenal masa kunyit dan halia. Elok terapkan dari kecil kan, supaya esok mereka tau apa ramuan ada dalam rendang. 

So...inilah cerita hari raya haji kolin pada 2015. Kepada semua sahabat taulan, sila lah ke rumah. Kami sekeluarga beraya di Jinjang tahun ini. Buat semua yang pernah kolin buat salah dan silap. 

Di sini kolin buat permohonan maaf secara bertulis ye. Maafkan kolin dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kalau ada terasa dengan kolin tanpa kolin sedari kolin minta maaf. Semoga kita semua dalam redha Allah. Tahun depan niat nak buat qurban pulak, doakan ye....

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you