assalammualaikum dan salam sejahtera
Entri kali ini agak personal bagi kolin. Tak dinafikan kolin memang banyak sangat kawan-kawan yang sangat baik pada diri ini. Beruntung sangat rasa, sentiasa ada kawan-kawan menemani sepanjang menuju hari tua ini kan. Di antara yang mewarnai hidup kolin ialah MEREKA.
Kami adalah rakan sebilik semasa menuntut di UiTM Manjung Perak dahulu. Bergaduh, bercakar, bermasam muka semua pernah. Tapi memang jodoh kami berkawan lama dan panjang. Alhamdulillah, kini kami lebih dewasa dan semakin matang dalam perhubungan kami dalam menjalinkan persahabatan.
Inilah kami apabila semua bertenang dan mula pose ibarat model remaja purba. Semua tenang di situ melemparkan senyuman yang paling indah di kala itu. Lamaa sikit......
Masing-masing dah lupa diri dan mula beraksi. Memang mereka selalu membuat kolin tertawa dan banyak memberi nasihat. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan kepada insan bernama KOLIN.
Untuk aksi selebihnya, meh akak kolin payung gambar ye!
kolin, mimie, aza dan leen yang duduk tu...
Dapat tak korang rasakan kegembiraan yang kami pancarkan di dalam setiap gambar ini.
Alhamdulillah, kami kekal bersahabat dan setiap bulan berjumpa untuk pastikan semua masih berhubung dan eratkan lagi silaturrahim antara anak-anak kami. Yang selalu jadi hos dah tentu lah leen kan heheh
Terima kasih untuk kenangan ini!
Love,
Kolin Zainal
love u deep deep deep to kolin...hopefully our friendship will last forever...
ReplyDeleteamin!!...harap begitulah... :)
Delete