Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Hari lahir yang ke 35 tahun dan Ulangtahun perkahwinan yang ke 11 tahun

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ye...dah tua dah kolin heheh. Dah masuk usia 35 tahun dan still fabulous ok. 

31 Ogos 1980 kolin dilahirkan
31 Ogos 2004 kolin bernikah 

Well, age just a number and i still enjoying every second of my aging time. Bergelar isteri dan ibu kepada dua cahaya mata pada usia ini amat membahagiakan. Sambutan hari lahir dan ulangtahun perkahwinan agak istimewa tahun ini. Semua datang berkampung di rumah...memang riuh!

Menjadi anak merdeka, terima kasih buat ibu yang melahirkan kolin ke dunia ini. Tak lain tak buat ialah Puan Fatimah Bibi Binti Noor Muhammad. Atau dikenali dengan nama Cik Timah.
 Love you mama! Thank you for this special date!!...

Inilah sebahagian keluarga besar sebelah suami kolin. Bahagia sangat mereka sudi datang ke teratak buruk kolin. Sambil bercuti di KL, mereka juga meraikan hari istimewa buat kami sekeluarga. Makan besar, minum besar, berjalan besar..memang sepanjang cuti 4 hari ini kami besar-besaran saja. Harap tahun depan datanglah lagi ye. Boleh bawak pusing-pusing KL lagi.


Inilah suami, Sazali Bin Saud pengubat jiwa lara kolin. Kolin hanya mengharapkan rumahtangga yang kami bina besama ini akan kekal sehingga ke selama-lamanya. Kawan-kawan tolong doakan kami berdua ye

Inilah kawan bercakar, kawan bergaduh. Melepasi usia 10 tahun perkahwinan ini memang kami tak sedar sangat. Maklumlah mula berkawan dari umur kolin 17 tahun lagi. Tapi yang penting insan ini sangat penyabar.


Inilah permata hari hidup kami berdua. Ali Imran dan Alisa Maisara.
Siapa cakap dah tua! Well i don't care because i am young in the heart!
 Syukur Alhamdulillah


Happy me! Happy Family
Doakan kami..Insya Allah sampai ke Jannah

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you