Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

AIR ASAM KUNYIT - TERBAIK BUAT KAUM HAWA

Assalammualaikum korang semua, 

Jujur dulu-dulu kolin kurang suka makan jamu tau. Tapi sejak rajin baca dan tahu apa itu jamu, memang jatuh cinta. Punca kolin tak berapa suka jamu sebab bila makan ianya panas dan buat badan sangat tidak selesa. 

Sehinggalah kolin kenal Air Asam Kunyit yang minum kalau pergi ke Indonesia. Kalau kat sana memang setiap hotel akan hidang air jamu ini di dalam bufet sarapan pagi tau. Masa tu try minum sikit dan rasanya terus sampai hari ini kolin amalkan.

 


Cara buat air asam kunyit, cara kolin lah. Kalau cara orang lain tu tak pasti. Tapi ini yang kolin amalkan dan memang buat sendiri. Rasanya ramai aje jual kat dalam sosmed, tapi memilih buat sendiri. 

 

Bahan yang diperlukan:

Kunyit hidup - ikut suka

Halia - separuh dari amaun kunyit hidup

Asam keping atau air asam jawa

lada hitam di ketuk atau serbuk 

gula merah secukupnya 

Itu sahaja, kolin tak letak manjakani dan lain-lain sebab ianya akan terlalu keras buat badan kolin. 

Cara-caranya:

1. Blender kunyit dan halia dan letak air separas penuh blender. Selepas blender masukkan ke dalam periuk dan pasang api perlahan. 

2. Biarkan ramuan mendidih sebentar, masukkan asam keping/asam jawa dan juga lada hitam.

Selepas itu gula merah dan biarkan mendidih lebih kurang 15 ke 20 minit. Korang akan perasan satu rumah bau masa masak air asam kunyit ini. 

Selepas itu biarkan sejuk dan boleh lah korang tapi masukkan dalam botol yang sesuai. Macam kolin kolin tapis dan masuk dalam botol kaca simpan dalam peti ais. Yang best, suami pun minum juga hahahah. Tapi okay aje untuk kesihatan, sbb ramuan tu sesuai untuk kaum hawa dan adam.  

Dan bila sekali kolin buat memang untuk sebulan. Minum cuma hari rabu dan ahad segelas kecil sahaja. Jangan minum kerap-kerap sangat tau, cepat pula menapous nanti. 

Korang cuba lah, memang badan rasa sedap, sakit-sakit lenguh hilang dan paling best penghadaman pun makin baik. 

Buat sendiri okay, baru kita tau apa kita minum tu bukan sembarangan, ianya semulajadi yang kita adun sendiri. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan korang sihat selalu ya. 

Terima kasih baca blog :) 

1 comment:

  1. Mak aiii...SA x pandai la minum air2 jamu ke apa..kalau tablet berani la SA telan..hahhaha..cukup la sekali minum air ibu kunyit masa dalam pantang 21 tahun lepas...

    ReplyDelete

loving me..loving you