Saturday, December 30, 2017

Jahitan manik 3D

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Pertama Kali tau kolin jahit manik macam Ni. Selalu kolin akan jahit manik biasa aje. Tapi masa dapat baju dari kakak angkat yang selalu menempah Ni Kan, teringin lak eksperimen bakat yang kunun terpendam. Selalu kolin Google Dan tengok dalam IG manik 3D hasil nukilan orang lain. Dah lama belek-belek, terus kolin buat. Syukur menjadi Dan pemilik baju happyyyyy

Dah dia happy, kolin lagi lah kan. Nanti kolin nak jahit manik 3d untuk kolin lah. Menjadi rupanya weiii

Buat yang nak menempah jangan lah segan, harga Tak Mahal pun Kita caj hehehe. Kita ikut la material bahan tu. Sebab macam biasa harga manik dah mahal. terima kasih menempah ...semoga dimurahkan rezeki ya.

Inilah manik 3D kolin..








Salam manik

Kolin zainal
Read More »

Thursday, December 28, 2017

Tahu atau tidak duit Simpanan ASB perlu dibayar ZAKAT

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Semua gembira apabila duit simpanan Saham ASB diumum dividen baru-baru ini kan. Tapi perasan atau tidak kita semua wajib bayar ZAKAT tau untuk simpanan tu. Pengiraan zakat ASB adalah mengikut zakat wang simpanan iaitu sebanyak 2.5% daripada nilainya. Jadi kena lah semak zakat berapa nak dibayar sebelum tahun 2017 ini berakhir. 

Sebagai contoh: RM40,000 (jumlah simpanan ASB) x 2.5% = RM1000 lah jumlah zakat yang perlu dikeluarkan oleh seseorang individu. Manakala sekiranya simpanan ASB mengunakan pinjaman bank kenalah tunggu sehingga semua pinjaman telah dibayar penuh barulah zakat perlu dibayar. Selagi korang masih membayar ansuran loan ASB korang tu maknanya tak perlu lah berzakat lagi. Tapi kalau dah habis, cepat cek dan cepat berzakat okay. Zakat ini bukan boleh buat memain weiii. Rukun Islam tu..


Untuk warga Wilayah Persekutuan, korang jangan lah risau kalau ada kemusykilan untuk berzakat ini. Pusat Pungutan Zakat memang telah menjalankan pelbagai mekanisma untuk korang bertanya dan juga berzakat. Sebelum 31 Disember 2017 yang bakal berakhir ini, kaunter-kaunter zakat di buka pada waktu hujung minggu sehingga waktu malam. Jadi kalau siang tu sibuk, boleh lah datang pada waktu malam iaitu jam 8.00 malam. Kalau susah sangat online lah sahaja di www.zakat.com.my atau telefon sahaja di talian rasmi mereka iaitu 1-300-88-5757. Telefon sahaja dan tanya lah apa sahaja kemusykilan korang mengenai hal ini. Pendek cerita tak perlu malu atau tak perlu rasa kekok dalam berzakat. Berzakat tak pernah buat seseorang itu miskin. Kan selalu tagline tu "tak pernah miskin bagi seseorang yang selalu berzakat". Jadi kita boleh lah mula tahun ini kan. Iyelah tahun sebelum ini kan kita tak tahu, kolin harap dengan perkongsian kolin kali ini ada yang dapat membantu kawan-kawan yang sudi mengunjungi blog kolin ini. 

Selamat berzakat korang...semoga korang mendapat ketenangan jiwa dalam berzakat. 

Salam sayang,

Kolin Zainal 
Read More »

Saturday, December 23, 2017

masak apa hari ini (MAHN)

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat kaki memasak dan FB mesti suka group ini, termasuklah kolin. Suka tengok resipi orang lain, petua orang kongsi dan pelbagai lagi masakan atau barang masakan yang pelik-pelik. Tak mustahil lah masa kolin join group ini dulu cuma ada 700-800k tau. Tapi dalam jangka masa sekejap sahaja, group ini telah pun bercambah ke 1.1 Juta pengikut. Percaya atau tidak memang ramai tau suri rumah dan ada juga kaum Adam yang suka memasak dan berkongsi. Kepada yang pernah berkongsi resipi, kolin nak minta halal ni. Sebab ada ketikanya memang kolin 'cilok' resepi mereka dan cuba tau. Maklumlah kita ini kan hari-hari memasak, so kekadang sampai buntu nak masak apa. Inilah dia power of media social yang membantu memberikan inspirasi dan jua idea dalam menghasilkan bagi menambat hati suami dan jua anak-anak. 


Ada resipi yang guna 2-3 bahan, ada juga resipi yang tak rumit langsung nak ikut. Kebanyakkan resipi yang mudah dari dalam TV tu kan. Ye lah, yang dalam TV tu kadang tak dapat kita nak beli dan guna. Dengan group di FB iaitu MASAK APA HARI INI (MAHN) ianya kolin rasa banyak memberikan impak yang positif dari negatif. Kolin tak kenal siapa admin group ini, tapi kolin nak ucapkan tahniah kerana mewujudkan group ini. Secara tak langsung kolin pun dapat kawan baru dan jua juadah baru kat situ. Tak lupa juga kekadang kolin berkongsi hidangan dan lauk pauk yang kolin sediakan untuk sekeluarga. 

Ni antara masakan kolin share dalam group

Buat korang yang masih belum mengetahui pasal kewujudan group ini, tapi suka memasak, suka tengok resipi. Cepat buka Facebook korang dan terus search MASAK APA HARI INI (MAHN) dan terus klik join ya. Yang baik kita sebarkan dan yang buruk atau aib orang kita diamkan. Kan bagus gitu....

Babai,

Kolin suka masak & makan  
Read More »

Friday, December 22, 2017

REVIEW: Lovera Magic Jelly

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kecantikan dengan wanita memang lah tidak dapat dipisahkan betul tak? Samalah dengan kolin juga. Baru-baru ini kolin diperkenalkan dengan LOVERA MAGIC JELLY tau.  Produk yang dihasilkan dari khasiat daun lidah buaya yang selalu digunakan oleh kaum wanita untuk masker serta merawat masalah kulit. Aloe Vera memang terkenal dengan khasiat dan tak sangka sekarang ianya telah dibotolkan dan dikomersilkan untuk kegunaan harian kita semua. 



Produk ini di datangkan dalam botol 60 ml berwarna putih. Dan gel yang berwarna jernih dan lembut ini lah keistimewaannya. Jangan risau kalau korang ragu-ragu halal atau tidak. Sebab produk ini sememangnya mempunyai kelulusan sijil HALAL dari Jakim malah ianya dikilangkan bertaraf GMP serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadinya produk ini ternyata telah menjalani saluran yang betul. Jadi pengguna macam kolin tak perlu ragu-ragu dah nak guna produk ini. Bukan apa, ianya adalah penting tau korang semak sebelum guna apa-apa juga produk yang berada di pasaran. Ini kerana ada sesetengah produk yang dipasarkan tu tidak mendapat kelulusan. Untuk produk yang bakal kolin nak review ini korang jangan lah risau, dah ada kelulusan ye. Semuanya selamat !!!! 


sebelum sapu
selepas di sapu magic jelly
Dengan formula baru yang mempunyai kesan 10 kali lebih baik mempunyai gabungan aloe vera, timun dan juga chamomile memang terbukti ramuan terbaik untuk merawat masalah kulit. Macam kolin lah, ada parut jerawat dan pori-pori terbuka memang seronok lah dapat berkenalan dengan produk ini. Antara kelebihan produk ini ialah:

1. Membantu merawat masalah jerawat

2. Menjadikan kulit lebih lembut,anjal dan berseri

3. Mengecilkan liang-liang roma wajah

4. Melindungi kulit dari sinaran UV yang membahayakan

5. Memudarkan parut dan bintik-bintik pada wajah  dan badan

6. Sebagai pelembap bibir dan rambut

7.  Digunakan untuk luka-luka ringan, sebab aloe vera sememangnya terkenal untuk merawat luka. 

8. Menyerikan kulit yang kusam dan bersisik

9. Mengurangkan kelumumur pada rambut dan membuatkan rambut lebih sihat. 

10. Ianya anti oksidan atau awet muda

11. Menyingkirkan sel-sel mati pada wajah dan badan

12. Sesuai untuk merawat selaran matahari (sun burn) 

Kalau lah kolin nak senaraikan memang panjang lah senarai kebaikan produk ini. Produk ini kolin gunakan selama seminggu tau dan paling kolin suka poduk ini tidak melekit sama sekali. Ianya senang diserap oleh kulit dan tidak berbau macam ubat pun. Untuk sebotol 60ml ini boleh kita gunakan untuk 2 sehingga 3 bulan bergantung kepada pemakaian seharian kita. Paling best kalau sebelum tidur, kita sapu rata-rata gel ini dan terus tidur. Esok pagi kulit terasa glowing dan mulus tau!!! Ini bukan auta..tapi betul, jadinya korang kenalah cuba sendiri baru tahu. 

Produk ini dijual dengan harga RM70 untuk satu botol. Untuk dapatkan korang boleh ke semua link di bawah ini.
hello.lovera@gmail.com
Hotline: +60113234 8255

....................

KOLIN REVIEW



So selepas guna seminggu lebih produk ini, ini pendapat peribadi kolin ye.

1. Sesuai digunakan sebagai pelembap muka sebelum pakai foundation dan mekap. 

2. Untuk dapatkan bibir munggil dan cantik bila pakai gincu, sila sapu gel di bibir sebelum tidur. 

3. Kolin turut sapu kat muka pagi dan malam sebab nak pudarkan parut jerawat dan mahu kecilkan liang roma. Dan ianya memang berkesan untuk kolin. 

4. Allergik!!! tiada pun selepas seminggu lebih pakai. Maknanya produk ini selamat. Kolin turut gunakan untuk anak-anak yang ada luka kecil sebab sejuk dan anak-anak suka bau segar produk ini. 

5. Harganya berbaloi dengan produk. Sebab memang isi 60 ml tu boleh pakai lama. Pengunaan produk tak banyak untuk setiap kali sapuan. 

6. Tidak melekit, tidak melekat dan kalau pakai untuk cuaca panas tidak lah rasa berlengas. 

7. Produk terbaik apabila rambut selalu guna pengering rambut. Buat si pemakai hijab, sapu dahulu produk ini dan gunakan lah pengering rambut. Rambut lebih lembut dan wangi. Kulit kepala pun tak gatal. 

8. Bukan sahaja untuk muka ye, produk ini boleh digunakan di siku dan tumit kaki kalau kering dan merekah. Sekejap sahaja lembut kulit yang keras tu setelah guna beberapa kali. 



Itulah dia sedikit sebanyak pandangan kolin atau review mengenai produk ini. Jadi untuk yang mencari yang sesuai dan produk yang selamat Lovera Magic Jelly lah yang terbaik. 

Babai

Kolin suka Aloe Vera !!



Read More »

Thursday, December 21, 2017

Gerbang Percutian Terbaik di Japamala Resort

  

 Assalammualaikum dan Salam sejahtera

Sebut jer Pulau Tioman mesti korang akan tertarik dan 
jatuh hati dengan dengan keindahan yang terdapat 
di sepanjang pulau ni, betul tak?? Dah la cantik dengan 
keindahan alam semula jadi malah, air laut dia pulak 
bersih, pasir yang bersih rasa sayang je nak pijak tak gitu 
uolls? 
Hahahaha! Mengada kan, padahal sampai je 
tepi pantai tu terus terkam berlari ke persisiran pantai tanpa 
fikir apa dah. Hahahaha! Haa korang yang baca ni tau ke 
Pulau Tioman ni terletak di mana?? Yang dah tahu tu tak 
apa, yang tak tahu lagi ni sini aku nak bagi tau ye. 
Untuk pengetahuan korang, Pulau Tioman terletak di 
Negeri Pahang Darul Makmur ye. Semua orang tahu
bahawa Pulau Tioman ni adalah sebuah pulau yang tercantik 
di Negeri Pahang. So jom la kita ke Pahang pulak uollss! 
Sure korang tak nak balik punya la kalau korang dah jejak 
kaki kat Pulau Tioman tu nanti! Hahahaha!
Apa yang bestnya tentang Pulau Tioman ni adalah, korang
boleh la merehatkan minda korang yang serabut tu and relax
kan badan korang di tempat yang jauh dari pusat bandar 
dan kesesakan bandaraya yang sedang membangun tuh. 
Selain itu, korang juga boleh lakukan aktiviti-aktiviti yang 
disediakan di Pulau Tioman ni seperti snorkelling, jungle 
tracking, permainan pantai dan banyak lagi.
Kalau korang datang ke Pulau Tioman ni, aku nak suggest 
kat korang satu hotel yang terbaik di sekitar pulau ini iaitu 
Japamala Resort Kampung Lanting. Japamala Resort ni 
bertaraf lima bintang taw u olls! Hotel ni terletak di area 
Pulau Tioman dimana hotel ni akan menyajikan korang 
dengan pemandangan alam semula jadi yang pergh! 
Kalau nak ke Japamala Resort ni, korang kena menaiki boat 
taw selama 20 minit.


Bukan tu saja, hotel ni pula berhampiran dengan pantai yang 
sangat cantik! Cuba korang bayangkan, bangun je pagi 
korang lihat ke tingkap korang akan nampak lautan yang 
terbentang luas dengan air yang membiru, pantai yang 
bersih dan angin meniup sepoi –sepoi Bahasa. 
Pergh! best u olls! Bukan selalu dapat rasa suasana 
macam ni okay! Harga korang tak perlu risau okay, 
walaupun resort ni bertaraf lima bintang harga yang 
ditawarkan di sini bermula dari RM7++ okay! Haa murah kan! 

Siapa tak nak kan duduk di hotel yang mewah ni 
dengan harga yang rendah macam tuh betul tak?! Japamala 
Resort ni mempunyai enam pilihan untuk 
korang menginap antaranya ialah Sarang Jungle Luxe, 
Sarang Hillside, Rumah Penghulu, Chalet 
di Puncak Pokok, Chalet Sea Cliff, dan Sarang Seaview. 
Haa banyakkan, setiap pilihan yang aku 
mention tadi tu mempunyai keistimewaan dan kelebihan 
yang tersendiri okay. Untuk pengetahuan korang, bilik-bilik 
yang tersedia di resort ni mempunyai hiasan 
dalaman ala-ala tradisonal yang diperbuat 
daripada kayu klasik yang menampakkan lagi tempat ni 
mewah dan menarik. 




Antara kemudahan yang disediakan di resort ni ialah kolam
renang dan pusat kesihatan dimana korang boleh la beriadah 
bersama keluarga korang di kolam renang yang telah 
disediakan, dan korang juga boleh memanjakan diri korang 
dengan urutan badan yang santai di Spa yang disediakan 
di sini. 

Selain itu, di sini juga terdapat  dua buah restoran yang 
menyajikan makanan yang sangat lazat! 
Iaitu Restoran Tamarind Tioman yang menyajikan makanan 
Indochina dan Thailand. Manakala kalau 
korang nak makan makanan ala barat korang boleh la
 menjamu selera di Restoran Mandi-mandi. 
Terdapat juga dobi dimana korang boleh la mencuci pakaian
 korang dan korang juga boleh gunakan 
khidmat cucian kering. Kalau korang nak beli cenderamata 
untuk kawan-kawan or sanak saudara,
korang boleh dapatkan di kedai cenderamata yang tedapat
di dalam resort ni. Japamala Resort ni adalah salah sebuah 

hotel yang terbaik di Pulau Tioman ni okay! 

Tetamu yang pernah menginap di sini memberikan komen

yang sangat baik tentang servis dan fasiliti yang disediakan

di sini. Yang paling penting ialah harga yang ditawarkan 

tersangatlah berbaloi dengan apa yang disediakan di sini!





Babai

Kolin yang suka laut !!!

Read More »

Wednesday, December 20, 2017

KEMPEN YEZ 2017 DARI PPZ-MAIWP

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah penghujung tahun 2017, memang kalau kita perhatikan pelbagai kempen jualan hebat, kempen diskaun dan banyak lagi lah. Dalam kita berbelanja dan berniaga kadang kita terlupa kan. Oleh sebab itu Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur atau dikenali dengan PPZ-MAIWP melancarkan KEMPEN YEZ 2017 iaitu YEAR END ZAKAT buat semua bagi mengalakkan orang ramai berzakat. Kempen ini dilaksanakan selama sebulan tau, bermula dari 1 Disember sehingga 31 Disember 2017.


Bagi memeriahkan dan menyenangkan korang semua berzakat, PPZ-MAIWP telah membuka 11 kaunter yang bakal beroperasi 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember 2017. Buat makluman kaunter ini akan dibuka dari jam 8.15 pagi sehingga 4.45 petang. Kalau hari bekerja korang tak sempat, boleh lah pergi hari cuti hujung minggu kan. Masa ini lah korang boleh pergi dan bertanya apa sahaja mengenai zakat yang perlu korang lakukan. Iyelah pendapatan kerja dan berniaga sepanjang tahun tu mesti ada bahagiannya kan. Tak pasti, tak tahu, tak mengapa, semua kakitangan yang ada sedia membantu korang nanti. Kalau tak mula sekarang, bila lagi kan. Kita semua umum tahu, ZAKAT adalah salah satu rukun Islam. Jadi lebih banyak kita berzakat, lebih murah rezeki kita kan.

Pada tarikh 26-31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan dibuka dari jam 8.15 pagi sehingga jam 8.00 malam. Inisiatif ini dibuat bagi memenuhi semua yang ingin berzakat tapi takut tak sempat kan.

Buat yang datang berzakat pula, pelbagai cenderahati yang bakal diberikan oleh pihak PPZ-MAIWP nanti. Ada CD MAU'IZATI oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani, ada kalendar meja yang padat dengan informasi jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam jua akan diberikan kepada anak-anak yang mengikut korang ke kaunter PPZ-MAIWP tau. So nak pergi bayar zakat tak perlu tinggal anak-anak pun. Boleh bawa mnereka sekali, lagi best maskot Omar dan Hana akan turut sama memeriahkan suasana Kaunter Shamelin Perksa pada 30 dan 31 Disember 2017 nanti. Bukan itu sahaja tau, korang pun layak dapat peluang untuk cabutan bertuah juga. 
Bagi yang tak sempat nak ke kaunter atau manalah tahu korang ke luar negara ke apa kan. Korang boleh bayar zakat melalui portal mereka sahaja. Layari www.zakat.com.my dan ikut semua langkah yang telah diterangkan. Berzakat zaman sekarang semuanya dah dipermudahkan demi pembangunan ummah bersama juga kan. So yang meniaga online pun, korang boleh lah semak berapa bayaran zakat korang. Maklumlah dah online mana sempat nak ke kaunter kan. Ada masalah atau pertanyaan lanjut korang hubungi talian ini 1-300-88-5757 dan semua warga PPZ-MAIWP akan melayani korang.

Dengan PPZ-MAIWP memang memudahkan anda berzakat. Jangan lupa okay, jangan lupa berzakat, dah nak habis tahun 2017 dah. Tanggungjawab jangan lupa tau.

Love,

Kolin Zainal

Read More »

Tuesday, December 19, 2017

EVENT: OUTLET SKECHERS YANG TERBARU DI IPC MUTIARA DAMANSARA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tahniah buat SKECHERS USA.Inc. sebuah jenama global yang terkenal dalam industri fesyen sukan dan gaya yang telah membuka butik terbaru mereka mereka yang dikenali sebagai Skecher's City Outlet di IPC Mutiara Damansara yang mempunyai keluasan 6,600 kaki persegi dan ianya adalah yang terbesar di Asia Tenggara. 



Skechers City Outlet adalah satu idea baharu yang mengabungkan konsep yang memberikan pelbagai pilihan untuk koleksi fesyen kasut dan pakaian terkini dan paling best rangkaian koleksi sukan yang sememangnya menjadi gaya hidup masa kini. Sekarang kan dah ramai mula menyertai larian marathon dan pelbagai lagi aktiviti sihat. Inilah salah satu tempat yang boleh kita pergi dan dapatkan pelbagai pakaian dan kasut sukan yang sesuai. 



Ianya terletak di pusat beli belah IPC dan mempamerkan kurang lebih 500 jenis produk. Bahagian dalaman butik ini dikategorikan mengikut bahagian lelaki, wanita, kanak-kanak dan juga kategori pakaian bagi memudahan pelanggan membuat pilihan. Tak sabar rasanya kolin nak ke IPC sendiri dan melihat semua koleksi yang ada disini. Menurut kata Vincent Leung, Presiden of Skechers Hong Kong dan Asia Tenggara, menjelang 2018 mereka berazam ingin menjadi dalam kelompok 3 jenama yang terbaik dalam kategori fesyen kasut. Malah mensasarkan lebih banyak butik baharu bakal dibuka di Malaysia. 

Bagi yang tak pernah tengok fesyen kasut Skechers korang boleh log in ke www.skechers.com.my atau ke Facebook mereka iaitu www.facebook.com/SkechersMalaysia/ untuk pelbagai info dan mungkin korang boleh tengok promosi yang ada sebelum melangkah ke butik kan.  Kolin percaya jualan mega hujung tahun mesti ada diskaun untuk kita shopping kat sini kan. Buat korang yang mencari kasut dan pakaian sukan, kini butik Skechers City Oultet berada di IPC Mutiara Damansara tau.

Babai 

Kolin yang sukan kekadang aje
Read More »

Monday, December 18, 2017

SHOPEE CATAT PRESTASI CEMERLANG DENGAN LEBIH 2.5 JUTA PESANAN DALAM 24 JAM

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Jualan Murah 12.12 memang berhantu sangat kan!! Memang kolin dan kawan-kawan pun duk lah main handphone mencari-cari tawaran menarik yang diberikan. Buat kolin dah tentu lah platform e-dagang Shopee menjadi pilihan. Bukan apa, shopee memang murah dan berbaloi. Kadang-kadang tu memang tawaran tak masuk akal tau. Untuk korang yang belum pernah shopping online kat SHOPEE baik cuba nanti. Murah dan cepat aje sampai. 

 
Buat pengetahuan korang, pada Jualan Murah yang lalu Shopee telah mencatat lebih 2.5 juta bilangan pesanan dalam tempoh 24 jam pada 12 Disember yang lalu. Ianya merekodkan lebih 500,000 produk terjual dan promosi yang ada lebih ke atas 6 juta produk tau. Dengan promosi Jualan Kilat atau Shocking Sale yang menawarkan barangan pada harga yang sangat berbaloi memang sukar di tolak. Kolin pun ada lah beli satu dua barang, sebab nak cari kat luar kan tak ada masa sangat. Kerja pagi, balik kerja pun dah malam. Nak senang order kat sini dan terus sampai aje nanti. Tapi kali ini Shopee yang telah berkerjasama bersama PETRONAS, Digi, Havaianas dan MR. DIY telah menyumbang kepada kejayaan kempen pada kali ini. Jenama yang sememangnya orang suka kan, jadi memang lah jualan melonjak 100 kali ganda berbanding hari biasa. 

12 Perkara yang perlu korang tahu tentang kejayaan Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia. 

1. Jumlah pesanan sepanjang 12.12 meningkat 15 kali ganda berbanding tahun lepas. 

2. Dalam tempoh hanya 1 jam 6 minit, mereka telah memecahkan rekod bilangan pesanan tahun lepas. 

3. Jenama yang menunjukkan prestasi jualan terbaik ialah e-Kedai Mesra PETRONAS, Nestle dan Watson.

4. Sementara itu, kad Mesra PETRONAS mencatatkan rekod tertinggi iaitu lebih 3100 unit terjual dalam 24 jam. 

5. Transaksi paling tinggi dari seorang penguna ialah RM15,000

6. Produk pertama dijual pada 12.12 ialah sebuah bag kanvas, manakala produk terakhir dijual ialah bank kuasa (power bank)

7. Masker wajah merupakan produk rebutan wanita 

8. Kabel data merupakan produk yang menjadi pilihan lebih 1200 unit terjual 

9. Tempoh paling cepat untuk menghabiskan jualan kilat ialah 49 saat menerusi jualan kilat Shocking Sale Shopee

10. Pembelian paling pantas diselesaikan dalam tempoh 1 saat iaitu baju tidur sutera yang dijual pada harga RM20

11. Penghantaran paling jauh bagi satu pesanan ialah lebih 4,500km dari Goseong Gun, Korea ke Johor Bharu. 

12. Secara purata 538 borak (chat) direkodkan setiap minit. 

Haaa...itulah dia 12 fakta yang berlaku kepada Platfrom E-Dagang SHOPEE dalam sibuk kita bershopping hahahah. Inilah dia menariknya bila kita tahu 'behind the scene' kejayaan sesuatu kempen tau. Tahniah SHOPEE dan semoga menjadi laman web shopping yang terbaik di dunia.

Jom ler shopping lagi weii... www.shopee.com



babai

Kolin yang kuat Online Shopping

 
Read More »

Friday, December 15, 2017

BELAJAR MENGHORMATI ORANG LAIN

assalammualaikum dan salam sejahtera

HORMAT

Satu perkataan yang kita semua suka cakap, tapi tahu ker tidak maksud hormat. Hormat ini memang selalu kita hormat mak ayah, adik beradik, kawan baik kita, bos kita di pejabat dan sebagainya. Tapi kalau bab kawan sekerja yang lebih tinggi pangkat dari kita tu kadang ada juga yang kita 'terkurang' hormat mungkin juga dari gaya kerja yang mereka buat kan. Apa pun kolin nak kata YOU HAVE TO EARN YOUR RESPECT. Kita tak boleh pernah paksa orang hormat kepada kita. Kita kenalah usaha untuk dapat HORMAT tu. Sebagai contoh, kalau ada masalah, kita hadapi dan selesaikan sendiri sebagai ketua. Tak akan lah nak suruh orang bawahan kita selesaikan masalah kita kan. Manakala kita pula lari, tapi end of the day kita claim..
KITA NI KETUA, KENA HORMAT
 tapi ada masalah ko lariii hahahhaha

Ala tak perlu belajar tinggi atau jadi ketua. Kita jadi tukang vakum kat pejabat pun kalau kita tertib dalam kerja, orang tengok kita pun hormat aje. Ini semua kembali kepada sikap juga kolin rasa. Pendapat kolin mesti tak sama dengan korang kan. Bagi kolin lah kan, kalau awak masuk kawasan orang, ambil barang orang dengan minta izin secara hormat. Mesti orang lain pun akan buat balik kat kita. Tapi kalau kita sendiri tak hormat orang lain, orang lain pun tak akan hormat dekat kita dah. Nak bercakap lebih pasal hormat ini pun kolin bukan pakar. Tapi ye lah, menulis ni nak share pendapat dan pandangan sahaja. Tak setuju takpe, sila lah komen kat bawah tu. Mana tahu kita boleh bertukar pandangan kan. 

Sebelum nak ending, kolin nak share lah hasil manik yang terbaru. Rezeki orang menempah masih ada. Kita buat dengan penuh jiwa raga tau. Terima kasih jugak lah yang tak putus-putus menempah hasil tangan kolin ini. Nak cari RM tak susah pun, kena rajin sikit. Kalau rajin mesti berjaya, jangan rajin 'kunun' sudah lah. Rezeki yang kita 'kunun' tu tak berkat kang macam-macam pula jadi kan.



So korang mulai hari ini kita belajar menghormati orang lain. Tapi kalau orang tu kurang ajar sangat, tak payah lah kut. Dia tak EARN atau TAK LAYAK PUN untuk dihormati.

Salam sayang dari kolin yang prihatin..

babai  
Read More »

Thursday, December 14, 2017

KONGSI: Tarikh Gaji Penjawat Awam 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera
 
Dalam masa 2 minggu lagi 2017 bakal meninggalkan kita semua kan. Dah masuk tahun baru 2018, perkara yang paling penting untuk semua penjawat awam adalah tarikh gaji lah. Dengan itu kolin nak share dengan korang semua tarikh-tarikh gaji bulanan bagi penjawat awam di Malaysia. 
 
 Penting tau tarikh ini. Penting terutama untuk yang bekerja gomen lah. Sebab mereka nak susun bajet kan. Tengok lah gaji yang kritikal tu 25 jan dah gaji, 8 Feb masuk gaji bulan kedua. Lepas tu puasa sampai 22 mac weeeiii lama tu. Rasa kolin masa hari raya pun bergaji awal tau. So buat semua yang terlibat kolin ucapkan ALL THE BEST !! Susun lah kewangan anda semua dengan bijak. Jangan kita perabis lepas tu berhutang orang. Orang pun sesak tau !
 
Jadual gaji 2018 ini pun penting juga buat peniaga online kan. Setiap kali gaji gomen lah sale naik melambung, betul tak!
 
Buat penjawat awam uruskan kewangan anda dengan baik ok. 
 
Ikhlas dari 
 
Kolin yang membebel
Read More »