Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review

Kedai paling 'berpuaka' di Malaysia

Assalammualaikum dan holla semua

Punya lah 'berpuaka' kedai ini sampai ada sekali tu kan, time kolin dah nak tidur tu. Tengok lah handphone sambil buka Facebook. Ada satu posting ini, 7 tempat paling berpuaka di Malaysia. Aku tak skroll terus ke bawah tau. Tapi gigih baca laaa satu persatu tempat berpuaka atau kata sopan sini "BERHANTU" ini. So ada la Highland Tower, Villa Nabila, Kellie Castle, lagi yang lain kolin tak ingat dah. Tapi hati aku sakit bila no. 7 gambar kedai RM2 tuuu hahahahha. Kedai ECOSHOP yang jual segala macam barang pada harga RM2.12.  Sebab apa kolin mengata kedai ini, sebab kolin dah pergi!!! Dah habis RM96.20 pada  kunjungan pertama.. Gila takkk



H Garden Cafe Kuala Lumpur menawarkan pakej perkahwinan manis buat pasangan mempelai

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bertuah dapat jemputan melihat sendiri kemeriahan pakej perkahwinan di H Garden Cafe yang terletak di Kuala Lumpur. Nak senang korang boleh lah waze untuk ke sini. Buat pengetahuan korang semua Cafe ini adalah di bawah Wedding Studio Sdn. Bhd. yang menawarkan pelbagai pakej perkahwinan buat pasangan yang ingin merancang majlis mereka.  

Bagi yang nak tahu, One Stop Wedding Planner ini telah lama pun bertapak di Lot HB88A, Ground Floor, Plaza Jelutong, Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, Shah Alam. Beroperasi dari Selasa ke ahad, dari jam 12.00 tengahari sehingga 9.00 malam ini sudah semestinya memberikan korang pelbagai tawaran malah lokasi yang berlainan untuk dipilih. Antaranya cafe yang kolin datang ini, ataupuan di IDCC, Grand Bluewave atau Summit Hotel USJ. Wedding Studio juga ada lokasi di KL korang.. ini lah yang terbaru yang memuatkan 800 orang pada satu masa iaitu H Garden Cafe yang terletak di kawasan Chan Sow Lin




Salam Aidiladha 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Kolin harap tak terlewat nak ucapkan selamat hari raya haji atau selamat hari raya korban buat semua pembaca blog yang tersayang. Sayang laa kan..ada juga yang masih singgah membaca blog kolin yang serba kekurangan ini. Salam Aidiladha dan harap ramai laa dah makan menu daging korban ye. Bercerita pasal pengorbanan, usah nak kata laa kita korban jiwa raga ye. Semua mak-mak akan kata begitu, termasuk lah aku. Buat pengetahuan korang, nak cerita pun malu, tapi kolin tetap nak kongsi dengan korang. Tahun ini adalah tahun pertama pintu hati kolin terbuka untuk melakukan korban. Haa..tahun lepas kolin belanja cik timah (mama) buat korban untuk dia dahulu. Tahun ini syukur, ada rezeki lebih kolin buat untuk diri sendiri pula




Kolam Renang Sri Siantan di Selayang

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Kolin dah jumpa dah aktiviti untuk kami sekeluarga. Disebabkan cuaca panas kan, kami semua terasa nak swimming. Tapi kita rumah mana ada kolam renang kan. Ini dia kolin nak kongsi dengan korang, kolam renang awam yang terletak di Selayang. Kolam renang Sri Siantan ini adalah di bawah jagaan Majlis Perbandaran Selayang tau. Dan paling best, rumah kolin dengan kolam ini hanya lah 10 minit sahaja nak pergi. Itu yang suka sangat tu, dapatlah anak-anak 'polish' balik skill berenang mereka kan. Kolin pun boleh lah bersenam sikit, maklumlah musim sekarang panas nak pergi jogging. Jadi minggu ini kolin tukar lah, kita pergi berenang. 


bebudak sepet nak swimming

Jom hantar bunga kepada yang tersayang dengan FLOWER CHIMP

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ucapkan dengan bunga!! Haa maksudnya apa sahaja acara atau perayaan korang boleh dah hantar bunga kat kawan-kawan, yang tersayang dan sesiapa jua yang teristimewa. Korang dah boleh bayangkan betapa senangnya nak pilih jambangan bunga yang mana dan hantar terus. Semuanya di hujung jari dan dalam talian tu. Flower Chimp menawarkan perkhidmatan mereka serendah RM89 sahaja. Bersempena hari kekasih atau hari ibu pun ada. Melangkah dengan lebih berjaya mreka telah menawarkan perkhidmatan sehingga ke 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk lah Sabah dan jua Sarawak. Kan mudah untuk kita kan, nak hantar bunga tak perlu nak fikir lokasi tu mereka sampai atau tidak. Dengan perkhidmatan ini, sudah pasti sampai dan tentunya orang yang tersayang dapat bunga tersengih-sengih bahagia.


Hati berbunga-bunga dapat SEJAMBAK BUNGA !!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Untuk korang yang tak tahu, aku adalah seorang yang suka sangat bunga. Zaman kolin bercinta-cinta dulu kalau boyfriend tak pernah bagi aku bunga, hatta sekuntum memang aku sekejap aje lah berkawan hahahahah. Bunga kegemaran kolin ialah Casablanca, macam lily putih tapi bau semerbak. Masa kolin bernikah dulu, bilik tidur pengantin pakai bunga ini sepenuhnya. Agak mahal, tapi memori dan kepuasan hati tu sangat-sangat terasa. Jadinya...dedulu boifren lah bagi, kawan ada juga, sekarang ini hubby dan anak-anak lah bagi. Dema tau mami dema suka sangat bunga, walau pun kadang-kadang orang kata membazir kan. 




PELANCARAN KEMPEN JOM BERZAKAT @zakat.com.my

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin suka dengan agensi ini, tak putus-putus sebarkan kebaikan buat semua yang beragama Islam. Inilah dia Pusat Pungutan Zakat Wilayah atau dikenali sebagai PPZ-MAIWP telah melancarkan satu kempen khas bagi penbayaran zakat melalui portal iaitu Jom berzakat @zakat.com.my  yang berlangsung mulai 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2018 (3 bulan). 

Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu medium memudahkan kita semua berzakat. Kalau korang nak tahu agensi ini sangat mengalakkan kita semua menjalankan kewajipan berzakat bagi meningkatkan ekonomi lebih ramai Asnaf. Kita semua yang berzakat ini tak perasan kan, tapi sebenarnya zakat korang tu banyak membantu golongan yang memerlukan. Kutipan pembayar zakat melalui kaedah ini adalah bagi memudahkan semua membayar zakat secara online. Terus buka komputer atau dari telefon bimbit pun boleh kita tunaikan kewajipan kita, ala 2.5% dari pendapatan kita pun. Kalau ikutkan cara pengiraan yang pernah dikongsikan beberapa kali mudah sahaja. Nak senang pergi aje laman web mereka dan ada kalkulator mengira kat situ. Nak lagi best, pergi kaunter mereka, sentiasa membantu tau.





Pengalaman balik kampung kawan

Assalammualaikum dan salam sejahtera

haaa..korang pernah tak balik kampung kawan korang? Kolin dah buat dah hahahhaha. Tapi you know what! I super like it, terima kasih buat Sis Anie sebab sudi menjemput kolin sekeluarga balik kampung dia di Lanchang, Pahang. Korang tau kenapa aku terliur sangat nak balik kampung sis ini? Sebab musim buah-buahan lerrr
Buah bergayut-gayut memang meronta-ronta sangat nak pergi kutip tau. Ini kolin nak cerita kejadian atau story line macam mana kolin akhirnya sampai ke kampung kawan ini. Ceritanya macam ini....

Pagi sabtu tu sis anie memang nak balik kampung. Sebelum ini pernah lah dia bagi buah rambutan, durian, daun kesum dan daun pucuk ubi kat kolin. Teringat semua tu kolin minta dia bawa balik lagi. So dia cakap okay !! Dia mana pernah cakap tak okey kan. So masa sabtu dia dalam perjalanan ke Pahang tu kami berwasap-wasap. Akhirnya dia cakap mai laa datang wei kampung aku. Kalau sudi, rumah usang..bla bla bla...Memula aku tak terpedaya laa, sekali dia buat video call laaaa..nampak lah rambutan semua gayut-gayutan kat depan tu. Kolin pun tunjuk la suami, terus kata ON. Kami bungkus segala pakaian, siap toto, bantal dan selimut hahaha. Kolin memang sejenis begitu wei, datang rumah orang malas nak menyusahkan orang. Kolin bawa semua peralatan tempat tidur, jadinya kalau orang ramai tak lah tak cukup bantal dan selimut sebagainya. Bawa sendiri punya dari rumah siap-siap aje. Korang kalau nak menjemput aku tak perlu risau jah..Sis siap sedia hhaha


RESIPI: Kupang masak sos tiram dan lada hitam

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ikutkan masakan ini mudah sangat kan. Kolin saja nak kongsi juga sebab manalah tau korang yang datang singgah blog ini nak idea nak masak apa kan. Kupang ini kolin beli frozen aje di Pasaraya Sri Ternak ala-ala NSK tu. Murah dan senang, sebab segalanya ada. Ini kupang dari Australia bukan tempatan tau. So isi dia pun rasa lain sikit, lebih padat. So kalau korang pergi beli dalam RM12 sahaja satu paket sebanyak yang ada dalam kuali tu.  Murah kan! Pada kolin murah dah sebab yang tempatan punya pun sekilo dan berbelas ringgit. Mungkin dah susah nak cari bukan macam dulu-dulu bersepah sana sini kan. Masak pun senang giler...korang boleh tengok aje video kolin nak masak tu. Jangan lupa klik link youtube kolin dan subscribe tau. Terima kasih daun keladi !!




Cara nak masak senang sangat !! Semua ini korang hiris okay.

Bawang merah
bawang putih 
halia
cili merah
cili padi  
serai pun boleh ketuk masuk kemudian atau hiris sekali

kicap tiram dan sos lada hitam

Semua bahan yang senang ini korang adun masuk macam kolin masak dalam video itu. Percayalah anak-anak akan suka sangat lauk yang ini. Kolin dedulu masa anak kecik-kecik dah ajar makan begini, jadi dah besar senang. Antara lauk kegemaran lah, kalau masak sure dah wangi semerbak satu rumah dan anak-anak tunggu nak makan nasi. Terima kasih sudi baca pasal resipi simple okay.

Salam sayang,

kolin zainal 

Resipi wajah cantik dengan MY Happy Mask


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tak mahu kulit cantik? Kalau nak pakai mask atau masker muka mesti malas aje kan. Ye lah kalau nak tidur takut lupa pula nak tanggalkan masker muka tu kan. Kalau jenis peel off tu karang sampai ke pagi esok lah tak tanggal. Kalau jenis sapu-sapu jenis ‘clay mask’ nak kena pergi basuh bila dah cukup masa kan. Hah..!! memang malas. Jadinya bila kolin diperkenalkan dengan Happy Mask ini memang lah best. Produk ini dari Korea dan ianya diuji secara dermatologi. Maknanya memang bagus untuk kulit. Tahap lembapan yang tinggi sebab diformulasikan dengan AquaPlux. Nak tahu apa itu AquaPlux tak? Ianya adalah satu formulasi memastikan kulit di tahap lembapan terbaik dan sudah pasti meninggalkan kesan lembut setiap kali pengunaan. Ajaib kannnn…





Jom Nikmati Perlindungan Yang Lebih Bermanfaat

Assalammualaikum dan salam sejahtera

kolin rasa kebanyakkan dari kita pakai beli je pelan insurans kenderaan tanpa membuat kajian dan perbandingan. Buat makluman korang, sebagai pemandu kita boleh 'check' online pelan insurans kenderaan yang bersesuaian di www.piam.org.my atau www.malaysiantakaful.com.my (Motor Product Selector)

Kita kena belajar jadi penguna yang bijak tau. Tahu atau tidak, kini korang boleh 'customize' pelan insurans yang korang inginkan. Korang tak perlu lagi main ambil sahaja apa yang ditawarkan. Sekarang, kita semua dah ada lebih banyak pilihan produk mahupun pakej yang boleh kita pilih. Kita boleh bandingkan, bezakan malah ikutlah bajet masing-masing. Serius, kolin sendiri baru tahu! Alahai..dedulu memang tak ada ilmu, sekali ini kolin dan tahu tak sabar nak berkongsi dengan korang semua hari ini.

Upah Jahit Manik sempena Hari Raya Haji

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Masih ada rezeki kolin dalam bermanik ini. Syukur ada aje customer yang setia. Cuma kali ini manik dah berubah kepada 3D, tak macam dulu. Kita campur-campur bunga dan batu secara kreatif. Yang ini baju polos kuning dan kain songket printed. Sweet warna ungu dan pink. Harap tuan punya badan suka laa dapat manik yang kolin buat ini. 






Baju kedua ini, kolin buat simple aje. Harap tuan punya badan suka lah ye. Terima kasih menempah yee

Love, 

Kolin Zainal

Promosi terbaru 'Spin and Savour' dari Tony Roma's Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Peminat-peminat Tony Roma's dijemput baca okay. Siapa yang belum pernah makan di sini pun mari lah baca. Buangkan stigma korang yang makan kat sini MAHAL. Eh kalau lepas kolin kongsi ini mesti korang terkejut dengan harga mereka. Tak mahal tau. Lagi pula sekarang mereka ada promosi terbaru iaitu 'spin & savour' tu. Tapi untuk masa yang terhad sahaja, sehingga pertengahan September 2018. Buat yang nak berjimat dan mendapatkan nilai wang ringgit terbaik, masa ini lah korang kena terjah dan makan di sini. 

Menu Tony Roma's Spin and Savour mempunyai tiga jenis daging yang dihidangkan bersama makan sampingan atau side dish. Kolin memang dah jatuh cinta dengan Lamb Skewer (RM48) yang dihidangkan. Macam gambar kat bawah ini, daging kambing penuh tu tau diperam dengan bahan-bahan istimewa mereka. Untuk melengkapkan lagi 'skewer' ini, ia dihidangkan bersama Tortila Wrap dan kentang goreng. Macam gambar kat bawah ini.


RESIPI: Masak ayam kepak madu dalam Air Fryer

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kalau ikutkan dah dua ke tiga kali kolin buat dalam air fryer. Rasanya lebih kepada ayam bakar lah. Tapi yang best, satu rumah tak berasap, satu rumah tak lekat bau paling penting ianya tanpa minyak. Sekarang semua kan nak jaga makan.  Caranya mudah sangat nak sediakan ayam kepak madu ini. Kalau memula dulu kolin buat hampir 20 ketul tau. Memang laris bila makan sekeluarga, maklumlah madu tu kan manis. Apa yang korang perlukan ialah:

Kepak ayam (ikut suka berapa banyak)
Kicap masin, madu secukupnya
Sedikit mentega 




Lama tak jogging...

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Lama weii tak bersenam. Asyik bersenam dalam rumah, rasa tak puas. Maklumlah jadi mak-mak, balik maghrib tu dah bersilat buat banyak kerja. Mana nak mengemas, membasuh, menyidai, menyapu dan kalau korang nak kata suri rumah penat, aku terasa bekerja lagi nak mati !!! Pergi kerja, cari RM balik rumah..buat kerja rumah tak pernah berakhir sampai lah masuk kubur aku rasa. Sian kami warga perempuan yang bekerja ini. Kalau ada kaum suami baca entri aku ini, kasihani lah pasangan korang weiii. Kadang dia tertidur awal sebab dah 'pancit' giler wei. Bukan sengaja-sengaja, kena macam kolin memandu setiap hari hampir 40km yang jem tu...korang fikirlah betapa aku dah lemau seharian.