Wednesday, March 27, 2019

Gunalah Verify Plus Online untuk semak latar belakang syarikat dan individu


Verity Plus Online, platform pertama di Malaysia untuk semakan dan pengesahan latar belakang syarikat dan individu 'bermasalah'

Pernah tak korang terfikir sebelum nak hired atau mengambil seseorang itu bekerja nak semak latar belakang individu tu dahulu? Satu kajian terlah dijalankan oleh syarikat telekomunikasi daripada negara Scandinavia pada 2016 telah mendapati Malaysia merupakan negara paling berisiko tinggi dalam kes penipuan talian atau online di rantau ini. Takut tak???! Hakikat memang ramai tertipu beratus ribu ringgit pun dalam surat khabar hari-hari kita baca. Dan kebanyakkan yang kena tipu ialah 'peluang bekerja dari rumah'. Malahan Menteri Komunikasi dan Media, Tuan Gobind Singh Deo menyatakan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman mencatatkan 8,319 kes penipuan siber yang mengakibatkan kerugian hampir RM300 juta di negara kita sendiri.

Monday, March 25, 2019

Pembuli di pejabat atau 'office bully'

Assalammualaikum semua. Lama betul tak update kan, maklumlah kolin memang sibuk awal-awal tahun. Okaylah hari ini kolin nak berkongsi dengan korang semua satu tajuk iaitu pembuli di pejabat atau 'office bully'. Mesti korang terfikir ada ker dalam opis si pembuli. Hellooo...kalau kat sekolah ada pembuli, jangan ingat di pejabat tiada tau. Pembuli biasanya yang berpangkat lebih dari kita dan bergaji lebih dari kita. Cuma mungkin dia kurang "KASIH SAYANG" itu sebab dia suka membuli orang rendah dari dia. Bab hati yang ada di dalam seseorang tu susah kita nak nilai. Hanya yang Esa sahaja tau. Tapi wujud ye korang !! Wujud!


faham tak gambar atas tu. Si pembuli dalam pejabat mereka akan menyukarkan kerja kita. Dia akan buat kita susah, sampai kita tak boleh bernafas dan akhirnya kita berhenti atau beredar dari situ. Itu lah pembuli, bila kita bertindak mereka akan ingat kita cabar dia. Tapi tau tak, kita dah stress dan hampir hilang pedoman dengan tindakan buli dia tu. Bila lah orang begini nak dapat hidayah ye.

Wednesday, March 20, 2019

Part 4: Gili Trawangan, Lombok

Assalammualaikum semua. Sambungan dari Part 3 dah naik bot dan dah sampai Gili Trawangan. Benda pertama tour guide kami Mr. Bagus (ni nombor telefon dia +62 852 0518 6403) cari basikal untuk kami. Mulanya kami semua tercenggang-cenggang kena naik basikal ker. Akhirnya kami akur sebab kalau korang ke sini nak ronda pulau Gili Trawangan tu memang kena naik basikal. Tak ada motor, tak ada kereta !!! So mengayuh la kami beramai-ramai. 



Monday, March 18, 2019

Peribahasa Twitter

Assalammualaikum korang semua. Salam hari Isnin, hari ini kolin nak kongsi dengan korang satu peribahasa yang bukan lah peribahasa atau lebih kepada kata-kata kat 'twitter' lah. Kelakar kadang-kadang ada juga benarnya...

Nah korang baca kat bawah tu. Ayat memula dan okay sangat. Wah tabahnya, suruh bersabar sekali bawah tu SANTAU hahahha. 



Thursday, March 14, 2019

Melawat Ali Imran kat asrama

Assalammualaikum korang semua, semoga sihat selalu. Buat pengetahuan korang, anak kolin yang bujang dah pun masuk asrama. Iyee, baru form one...tapi dah masuk asrama -mami sedih

Tapi itu dah pilihan dia dah takdir juga kan. Memula tu memang dia bersemangat sangat nak masuk asrama. Tapi bila nak masuk seminggu dua merengek nak balik rumah. Tak mahu duduk asrama, mungkin dia 'homesick' dan rasa macam terkongkong kut. Memula kolin memang nak keluarkan dia tau. Sebab kolin sendiri rasa kehilangan dia dalam rumah. Maklumlah anak cuma 2 orang bukan ramai pun. Bila ali imran ke asrama, kolin melalak oiiiiii

kadang datang bawak lappy dan movie. Dapat dia tengok sejam dua kan. Kadang bagi main game, melayan budak masuk asrama.

Wednesday, March 13, 2019

Part 3: Trip To Lombok

Assalammualaikum semua. Punya lah leka sampai lupa nak update trip ke Lombok Disember 2018 wei. Okay kolin sambung dari Part One dan Part Two okay. Banyak gambar sebenarnya, tapi kita keep it short and sweet untuk semua pembaca blog kesayangan hahaha. 

Okay..sambungan dari Part Two tu, supir kami  nama dia Bagus jemput kami di hotel. Kalau korang nak tahu, kolin set semua supir dan tour malam masa sampai kat Lombok. Ada dekat 5 supir kolin contact once sampai sana, last-last sekali Bagus ini yang sudi ambil rate kami. Kami bagi dia 700,000 rupiah untuk seorang bagi 2 hari. Harga tu siap semua tour dan makan ye. So kami tinggal bawa duit kalau nak pergi jalan-jalan sahaja. Murah ker tidak, tak tahulah. Tapi berbaloi laa dah bawak pun 3 juta rupiah hahahaha. Bayar untuk 2 hari makan dan tour cuma dalam RM200 lebih sahaja. Happy dah kut....Okay jom ke tempat pertama!!!

Disebabkan hari sampai dah tengah malam, kolin dan kawan-kawan tak nampak pemandangan sangat pun. Tapi bila dah bergerak dalam kereta tuuu...Alahaii...breathtaking !!!! Lawanya Lombok weiii..lawa membiru lautnya. Kami berhenti di tempat pertama iaitu MALAKA. Tempat cantik untuk bergambar laa. Kita suka weiiii ! Sengih tuu meleret ajee hahahha



Dah aku baju hijau duk kat huruf A warna hijau. HAaa nasib laa mak kau hijau ye. Tempat ni melepak-lepak aje, sambil menikmati pemandangan. 

Thursday, March 7, 2019

ATOK 'Asam Pedas' di Selangor

Assalammualaikum semua, semoga hari-hari korang lebih bersinar dan sihat selalu. Kali ini kolin nak berkongsi tempat makan yang memang fokus kepada asam pedas. Dan rezeki kolin lah pergi sebelah petang yang tinggal ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG aje yang tinggal. Ingat nak merasa asam pedas daging tetel tapi dah habis. Korang kalau nak pergi, pergi dari lunch dan sebelum jam 6 petang ye. Kalau tak memang abissssss...kalau nak mudah macam kolin dari KL gunakan waze sahaja. Memang terus sampai, gerai atau kedai ini simple sahaja berdekatan dengan kunci air dan ada kolam memancing di seberang jalan.

 tengok rupa pun dah tau rasa tu camner kan. Masa menaip ni pun teringat-ingat laa asam pedas ini. Kolin bukan lah peminat tapi sesekali melayan lah jugak.

Tuesday, March 5, 2019

Jambatan Panjang di Pantai Murni, Yan Kedah

Assalammualaikum dan apa khabar semua? Rasanya kolin pernah berkongsi pasal Pantai Murni yang terletak di Daerah Yan, Kedah Darul Aman. Tapi dedulu tak ada apa sangat tarikan disini. Maklumlah pantai sini mana boleh nak mandi manda. Tapi sekarang dah tular atau viral wei kat facebook. Sure korang kalau ke utara jangan lah lupa singgah kat Yan ye. Kolin beruntung berjodoh dengan orang sini. Rezeki!!

Friday, March 1, 2019

Resort Awana Genting Highland


Assalammualaikum kesayangan semua! Hari ini dah Jumaat, bermakna esok dah cuti 2 hari. Buat korang yang tak tau nak kemana cuti ni, kolin nak bagitau tempat baru untuk korang explore bersama kesayangan okay. Penginapan kolin 2 malam di  
Resort Awana Genting Highland 

Memang destinasi sesuai untuk sekeluarga. Nak murah, booking melalui Agoda okay, kolin memang booking guna aplikasi tu aje senang. Jangan lupa download apps tu kalau nak senang aku bukan duta Agoda yeee