Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Melawat Ali Imran kat asrama

Assalammualaikum korang semua, semoga sihat selalu. Buat pengetahuan korang, anak kolin yang bujang dah pun masuk asrama. Iyee, baru form one...tapi dah masuk asrama -mami sedih

Tapi itu dah pilihan dia dah takdir juga kan. Memula tu memang dia bersemangat sangat nak masuk asrama. Tapi bila nak masuk seminggu dua merengek nak balik rumah. Tak mahu duduk asrama, mungkin dia 'homesick' dan rasa macam terkongkong kut. Memula kolin memang nak keluarkan dia tau. Sebab kolin sendiri rasa kehilangan dia dalam rumah. Maklumlah anak cuma 2 orang bukan ramai pun. Bila ali imran ke asrama, kolin melalak oiiiiii

kadang datang bawak lappy dan movie. Dapat dia tengok sejam dua kan. Kadang bagi main game, melayan budak masuk asrama.


Tapi sekarang dah masuk bulan Mac 2019, dia semakin okay dan semakin riang. Dah jumpa kawan-kawan dan mula sesuaikan diri duduk kat asrama. Lagipun 2 minggu sekali boleh pulang bermalam. Manakala ada satu minggu outing hari ahad dari jam 11 pagi sehingga 6 petang. Dan ada satu minggu memang tak boleh balik dan outing. Biasanya kolin memang pergi sana dan lunch bersamalah. Itu yang kadang-kadang kawan ajak lepak hujung minggu kolin agak keberatan. Aktiviti kolin penuh dah, penuh dengan mengejar anak-anak. Sementara mereka memerlukan mami dia, esok dema dah ada dunia sendiri mami tak diperlukan lagi uhuk uhuk. kolin memang mami drama punnnnn


Masak-masak pergi ke sekolah dia makan sama-sama. Konsep piknik kat kantin sekolah hahaha. Bila dia tak boleh balik, kolin selalu pergi melepak. Tak nak bagi dia rasa kami tinggalkan dia. Cuma nak dia belajar pandai-pandai dan dia having a good time membesar. Ala dekat pun..10 minit dari rumah hahahahah

Semoga ali imran terus tabah dan kuat duduk asrama. Belajar rajin-rajin ye abang. Nanti dah besar boleh baca blog mami ni. Ini semua kenangan kita satu hari nanti. Tulis blog untuk kenangan supaya semuanya tidak luput di ingatan.

 hujung tu majuk..papa kacau dia hahahah



Love, 

Kolin Zainal


1 comment:

  1. laaa...dekat je...takpe la si bujang ni boleh belajar berdikari..ko ok la lagi ada 2 anak..aku? yg sorang tu laa...kalau dia masuk asrama?

    ReplyDelete

loving me..loving you