Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Part 3: Trip To Lombok

Assalammualaikum semua. Punya lah leka sampai lupa nak update trip ke Lombok Disember 2018 wei. Okay kolin sambung dari Part One dan Part Two okay. Banyak gambar sebenarnya, tapi kita keep it short and sweet untuk semua pembaca blog kesayangan hahaha. 

Okay..sambungan dari Part Two tu, supir kami  nama dia Bagus jemput kami di hotel. Kalau korang nak tahu, kolin set semua supir dan tour malam masa sampai kat Lombok. Ada dekat 5 supir kolin contact once sampai sana, last-last sekali Bagus ini yang sudi ambil rate kami. Kami bagi dia 700,000 rupiah untuk seorang bagi 2 hari. Harga tu siap semua tour dan makan ye. So kami tinggal bawa duit kalau nak pergi jalan-jalan sahaja. Murah ker tidak, tak tahulah. Tapi berbaloi laa dah bawak pun 3 juta rupiah hahahaha. Bayar untuk 2 hari makan dan tour cuma dalam RM200 lebih sahaja. Happy dah kut....Okay jom ke tempat pertama!!!

Disebabkan hari sampai dah tengah malam, kolin dan kawan-kawan tak nampak pemandangan sangat pun. Tapi bila dah bergerak dalam kereta tuuu...Alahaii...breathtaking !!!! Lawanya Lombok weiii..lawa membiru lautnya. Kami berhenti di tempat pertama iaitu MALAKA. Tempat cantik untuk bergambar laa. Kita suka weiiii ! Sengih tuu meleret ajee hahahha



Dah aku baju hijau duk kat huruf A warna hijau. HAaa nasib laa mak kau hijau ye. Tempat ni melepak-lepak aje, sambil menikmati pemandangan. 


 spek tu pakai laa milah oiiii, dah mata kecik hahahahaha


tuuu kenapa muka tak puas hati milah oiii ..(dia tak baca blog aku) hahahhahahah. So ngata ajeeeeee bukan dia tahu punnnnn


ini supir tangkap...dia ni nama Bagus. Tapi dia bagus bab tangkap gambar candid tau. Siap share kat FB dia, so aku cilok aje save. Dia pun nak bisnes juga. So semua gambar customer dia up kat FB. 




Kemudian En. Bagus terus bawa kami ke tempat nak naik bot ke Gili Trawangan. Dalam perjalanan duduk dalam kereta tengok kiri kanan memang ada sisa batu. Itu semua sisa runtuhan rumah akibat gempa yang kuat sebelum trip kami. Ingat kan..yang sampai ada rakyat kita meninggal dunia kat sana. Sedih tengok rumah sementara mereka. Tapi menurut En. Bagus, orang-orang Malaysia paling banyak kirim bantuan buat mereka. Bangga sangat dengar tau. Tahniah buat korang semuaaaaaa

Inilah tempat nak naik bot tu. Disebabkan trip kami memang private. So naik bot berempat aje. Nak bagitahu, air dia biru lawa dan ombak kuat yeeee.. pagi tu dah terasa kuat. Petang lagi laaa...Jom naik bot komeeeee.....









Membiru laut, membiru langit. Masa ini baru jam 8.30 pagi ye. Kat Lombok dia siang cepat dan cepat gelap. Dah nampak panas sangat kan...ni pagi tau...So dalam masa 15 minit ke 30 minit kami semua sampai ke Gili Trawangan. 





Yeayyyyy..akhirnya sampai juga kami di sini. Nanti kolin sambung lagi apa aktiviti kami kat sini ye. Tunggu Part 4 tau korangggg



Thank you for reading,

Kolin Zainal


1 comment:

  1. Best kan..masa SA pi dulu Gili Trawangan ni musim kering, panas giler..tak banyak tumbuhan menghijau...so pemandangan tak berapa cantik...agak- agak kena repeat semula tak ni?

    ReplyDelete

loving me..loving you