Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

GUARDIAN PECAH REKOD "MALAYSIA BOOK OF RECORDS" BAGI PENDAFTARAN KEAHLIAN TERBESAR UNTUK PROGRAM GANJARAN DALAM TEMPOH SETAHUN

 

MYguardian Rewards melepasi 7.5

 juta ahli sempena sambutan

 pembukaan semula stor guardian

  KLCC yang telah dinaik taraf

 

 

guardian Malaysia hari ini menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori ‘Pendaftaran Keahlian Terbesar untuk Program Ganjaran dalam Tempoh Setahun’, sekali gus mencerminkan pertumbuhan luar biasa MYguardian Rewards, program kesetiaan pelanggan berasaskan aplikasi miliknya. Majlis penyampaian tersebut berlangsung di stor guardian KLCC, yang merupakan stor flagship pertamanya sebelum ini – telah dinaik taraf dan baru sahaja dibuka semula.

MYguardian Rewards berjaya mendaftarkan sebanyak 6.2 juta ahli unik dalam tempoh setahun pertamanya sehingga Mac 2026. Ini adalah satu pencapaian pertumbuhan yang memberangsangkan yang mengatasi kebiasaan industri. Pada bulan Ogos 2026, jumlah keahlian terus meningkat kepada lebih 7.5 juta ahli. Sebagai meraikan pencapaian istimewa ini, guardian menjadikan bulan Ogos sebagai bulan sambutan bersama para ahli MYguardian Rewards.

 

Philips Cipta Rekod Malaysia dengan Menggosok Kemeja Sekolah Terbanyak dalam Tempoh Sejam

 

Philips Domestic Appliances Malaysia mencipta sejarah baharu dalam bidang peralatan rumah moden di Harvey Norman Mid Valley KL Flagship Store dengan cacatan bilangan terbanyak kemeja sekolah yang berjaya  digosok dalam tempoh 60 minit - 49 helai kemeja. Model seterika PerfectCare Steam Generator (PSG) yang telah dinaiktaraf ini berjaya mengurangkan beban menggosok hingga hampir separuh daripada masa menggosok biasa sekali gus meringankan rutin harian rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk.



“Di Philips, kami percaya, inovasi yang bermakna sebenarnya membantu menyelesaikan cabaran sebenar dalam kehidupan seharian,” kata Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia, Patt Sue-Ann. “Bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, lazimnya tugas menggosok pakaian seragam sekolah memakan masa yang banyak. Dengan model seterika Philips PerfectCare Steam Generator yang telah dinaiktaraf ini, kami mahu menawarkan penyelesaian praktikal supaya rakyat Malaysia dapat menjalankan hidup yang lebih baik, menjimatkan masa dan memberikan peluang untuk insan tersayang”.