Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SLINGAPP BANTU GOLONGAN MUDA MENCARI PEKERJAAN



Assalammualaikum korang semua ! Di hari jumaat ini kolin nak kongsi dengan korang semua satu Aplikasi baru buat yang mencari pekerjaan iaitu "SLINGAPP" haaa mesti korang macam pelik apa laa aplikasi kolin nak kongsi ni kan...Baca terus okay..kalau bukan tuk korang, mungkin boleh bagitahu kawan-kawan atau adik-adik kita yang lain tu...





TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent dengan 5x kuasa cucian

Assalammualaikum semua ! Kalau dah jiwa mak-mak semua benda nak cuba betul tak. Kalau dapat cuba dan dapat jimat lagi best. Barang berkualiti dan yang pasti kita nak yang terbaik. Pakaian atau baju memang kolin basuh hari-hari lah. Mana boleh cuti sehari pun, kalau tak cuci sehari sure penuh bakul dan mesin. Disebabkan itu pencuci baju sangat lah penting. Pantang ada yang inovasi best memang kolin cuba. 




Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas Pulau Pinang

Assalammualaikum korang semua !!!

Aku ada satu perangai hahaha, pergi kedai makan sedap dan suka kongsi kat sini. Macam rasa tak 'aci' aje nak simpan dalam perut sendiri. Kalau tak sedap kekadang share juga, tapi lebih suka bagitahu kat tuan punya kedai supaya dia boleh baiki kelemahan mereka. Tapi yang ini sedap laaaa, ini kolin jumpa masa balik raya kampung raya cina yang lalu. 

Restoran ini kat tepi jalan aje, yang penting dari jauh memang dah nampak berasap-asap dah. Maklumlah mereka memang bakar ikan, daging, kambing, sotong dalam kadar yang banyak. Tempat makan pun banyak jangan risau. Cuma kalau dah waktu puncak memang padat lah wei. Lauk pauk segala macam ada, siapa yang nak ke utara dan nak rasa betul-betul 'authentic' atau asli punya, mai sini weii. Hampa sure tak menyesal !!! 

RESTORAN IKAN BAKAR DIN



ZACT Whitening Tooth Paste untuk gigi putih dan penghapus bau mulut !

Assalammualaikum korang semua, kolin harap hari Selasa hari ini memberikan sejuta kebahagian kepada semua yang sudi mengunjungi blog sendu kolin ni ye. 

Hari ini nak berkongsi pasal ubat gigi ZACT. Siapa pernah pakai? Haa kolin pernah laa, lelagi suami kolin yang seorang perokok. Yang kita kuat minum teh dan kopi ni jangan lah ingat gigi pun tak jadi kuning ye. Itu sebab ada dua variasi ubat gigi ZACT yang kolin nak berkongsi hari ini. Teh dan kopi tuuu ada pigmen yang tinggi dan boleh buat gigi kita nampak kotor dan nafas berbau tau. Nak selamat korang minum lah air masak ajelaaaa



Kedai Makan IKAN BAKAR SEMPORNA di Kepong, Kuala Lumpur

Assalammualaikum semua...yeahhh baru balik cuti wei. Baru ada masa nak menaip dan berkongsi cerita dengan uols tau. Kali ini kolin memang terasa wajib kongsi. Buat korang yang rindukan masakan Sabah tu....ikan bakar, rumpai laut, sambal belacan mereka sila lah ke kedai makan ini. Sure hilang rindu!!


Jangan berangan kedai tu cantik dan besar  ye. Kedainya cuma 'food court' yang kecil aje. Tapi mereka tambah meja lah, cuma kalau musim hujan tak ada payung tu masalah sikit. Tapi makanan yang mereka sajikan memang tip top !!! Satu lagi terus terang agak lambat sikit masa nak kira dan nak tunggu hidangan. Sebab mereka sendiri baru laa 'viral' kan. So agak terkial-kial nak handle ramai orang serbu kedai makanan mereka. Bab tu kolin tak jadi marah, sebab kalau korang pergi tengok FB tu dia dah kata, kenapa lambat. Baru nak belajar hadapi dengan pelanggan yang ramai selepas viral. 

CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR wangi betul lah !

Assalammualaikum korang semua !!!

Dah mandi ker belum tu?! CARRIE JUNIOR memang satu jenama yang kolin memang suka sangat guna. Dan buat kali ini kolin nak share dengan korang semua CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR iaitu dalam bentuk sabun mandi yang super wangi!! Sabun buku yang ada hiasan imej 3D Carrie yang timbul di permukaan ada 3 warna terang yang menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru. Dan kolin dapatkan untuk si Alisa Maisara warna biru. Bau wangi tu, kat luar kotak dah boleh bau uuiiii.



PRESTASI PPZ-MAIWP 2019


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Buat semua korang-korang yang sudah melaksanakan ibadah berzakat TAHNIAH buat semua ya. Kali ini kolin nak berkongsi mengenai Prestasi PPZ-MAIWP untuk tahun 2019 yang telah pun mengumumkan kutipan zakat bagi tahun lepas 2018. Pengumuman telah berlangsung dengan penuh meriah di Hotel Everly Putrajaya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof. Ditemani oleh Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan / Setiausaha MAIWP, Tuan Hj Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.




Buat makluman korang, PPZ-MAIWP adalah merupakan institusi zakat yang menguruskan KUTIPAN ZAKAT manakala Majlis Agama  Islam  Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Baitulmal-MAIWP MEMBUAT AGIHAN secara langsung dan tidak langsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Happy Chinese New Year 2019


Buat semua pengunjung blog kolin yang meraikan SELAMAT TAHUN BARU CINA, GONG XI FA CAI

Semoga tahun baru kali ini memberikan berlipat-lipat kemewahan, kesihatan yang baik dan semuanya best-best belaka. 

Buat yang lelain, selamat bercuti dan jangan lupa luangkan lebih masa dengan orang-orang yang tersayang ye. Yang holiday atau memandu jauh-jauh tu berhati-hati okay. Jangan jadikan jalanraya tempat berlumba tau!!


Love & Peace,

Kolin Zainal