Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TRAVEL: D'Muara Marine Park, penginapan chalet terapung di Sungai Besar Selangor


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pergembaraan yang tak jauh ini memang memberikan pengalaman buat kami sekeluarga. Siapa sangka di dalam negeri Selangor sendiri ada tempat yang menarik untuk kami singgah dan menikmati untuk satu malam. Teruja sangat bila dapat tahu chalet terapung ini dibenarkan untuk memancing. Ada 13 unit chalet terapung, ada sea view atau village view. Untuk kami yang sememangnya niat datang nak memancing menempah bilik yang balkoni paling hujung dengan harga RM170 untuk satu malam. D'Muara Marine Park, Haji Dorani yang terletak 5km dari Pekan Sungai Besar ini telah dibangunkan di persisiran Pantai Sungai Haji Dorani. Mengadap air laut yang biru dari Selat Melaka memberikan pengalaman baru buat kami sekeluarga. 

 pemandangan di waktu matahari terbenam dan air surut. Lepak sambil tengok matahari terbenam ini. Priceless !!!

Disebabkan hari sabtu, kami gerak agak lambat dari rumah kami di Kuala Lumpur. Sampai pun petang, padahal boleh aje check in jam 3.00 petang tu kan. Tapi janji selamat sampai kan. Perjalanan agak lama, sebab dengan jalan sesak lagi. Tapi best betul jalan yang 'waze' bawak kami tu. Siap lalu sawah padi, tepi sungai yang tinggi, memang teruja dan tak sangka lah ada keadaan macam ala-ala Kedah ada di Selangor ini. Dalam perjalanan tu pun ramai betul jual jagung, memang kena singgah beli lah masa balik nanti kan. 

Inilah keadaan resort yang kami tempah masa sampai tu. Cukup besar, ada dua katil single. Tapi kolin bawa toto dan bantal extra hahaha. So boleh bentang depan TV tu. 


pakai monopod kan..habis semua gambar goyang hahaha. Tapi lantak kami bergambar sepuas-puasnya bila dah masuk resort. Ada aircond dan kipas. Nak best buka lah pintu balkoni mengadap laut tu dan memang berderu laa angin masuk. Suka bila malam, tapi ada nyamuk laa weii...Tapi memang selesa seadanya.





ini ruangan tv, ada dua kerusi dan pemandangan tingkap pun best jugak. Selesa sangat




ada cerek air, ada peti sejuk, tuala, tisu dan bahan nak buat teh dan kopi semua disediakan. Ada juga almari untuk gantung pakaian.




Jom kita tengok bahagian balkoni pulak ye. Ini lah balkoni yang agak lapang. Kalau korang bawak bekal, boleh lah duduk bersila makan sini. Tapi tolong jangan buang sampah dalam laut tau..Kita jaga alam sekitar. Makan aje, bergembira boleh ahhaha




seronok kan..dapat lepak tengok laut, ambil angin. Dapat la berborak dan bercerita satu hari sambil menikmati angin laut. Sesekali lepas stress macam ini best sangat. Korang yang nak tempah boleh lah call mereka di 03-3224 5419. Tapi sebelum nak tempah baca sampai habis pengalaman kolin tau. Kemungkinan besar mau dua atau tiga entri hahahaha. Bila senja melabuh, maghrib pun menjelang. MasyaAllah terkesima sangat dengan pemandangan kat sini. Air mulai surut, perut kami pun minta di isi dah. Lapar !!!




Ini antara pemandangan yang sempat kolin semadikan. Memang lawa betul tempat ini. Ini baru captured pakai Huawei Nova2i. Kalau lah ada kamera yang power, mesti lagi meletop gambar. 




 Macam lukisan kan!!! okaylah korang, setakat ini kolin kongsikan tempat penginapan. Nak sambung dengan dekat mana kami makan malam dan apa aktiviti malam yang boleh korang buat kalau ke sini. Tak best lah pengembaraan kalau setakat relak di bilik penginapan aje kan. Malam ini kita mancing okay, kita overnite reramai sambil meluangkan masa berharga bersama-sama. Jangan lupa komen tau..mana tau nak tanya apa-apa. Terima kasih baca blog kita!!

Love, 

Kolin Zainal 

10 comments:

  1. cantik la viewnya sbb dpt tgk matahari terbenam tu

    ReplyDelete
  2. Cantikkkkk. Dekat pula tu. Boleh sangat bawa ayah ana ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bawak..boleh duduk kat balkoni ambil angin laut. Mak kolin memang suka sangat

      Delete
  3. Menarik tempat ni..chalet dia pun quite nice..view pun sgt cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah..cukup selesa dan lawa untuk pergi melepaskan lelah bekerja selalu kan

      Delete
  4. Bila tgk blog kolin pasal tmpt ni jadi teringin pula bawa anak n isteri kt sini... tp di page FB Sungai Besar ada yg post tmpt ni dh teruk n usang... jadi keliru pula kita ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang agak lama chalet ini. Tapi dalam blog tu, semua gambar sebenar. Lagipun consider murah, so harga tu berpatutan aje pada kolin, please don't expect more huhuhu

      Delete
  5. Ada ikan tak kat sana kalau memancing mcm best je .sbb mcm kuala gula perak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sy dan anak2 memancing di balkoni dptla sembilang, gelama, duri...time air pasang

      Delete

loving me..loving you