Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Katil Leirvik dari IKEA

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ikutkan dari dulu suka sangat pergi ikea dan tengok cadangan dekorasi mereka. Dedulu terasa nak sangat, tapi kadang tu mahal. Dan sebenarnya aku ni mengemas kekadang, jejarang, tu hiasan ala minimal. Tiada dekorasi pun, ala orang-orang kebanyakkan aku zass segala hahahah. Kebetulan katil bilik dah runtuh sebelum bulan puasa hari tu. Maklumlah katil tu dibeli tahun 2005 sejak kami menginap kat situ, masa tu pun anak kolin Ali Imran belum lahir. Dah kayu, reput la kan..korang kalau kita cakap nak beli katil baru semua 'otak kuning', pikiran ke lain ye hahahahha. Tapi tak apa aku ampunkan sebab kekadang aku begitu gakkkk hahahhaha.



Inilah katil yang menjadi idaman kalbu. Ada dua saiz tau, kalau ini hanya RM423.40 siap segala dengan alas, tiang tengah tu. Cuma pemasangan lah buat sendiri. Nasib kolin baik sebab suami memang seorang technician kan. So setakat hal-hal begini, kecik punya hal lah kan. Ada satu lagi saiz besar sikit, harga lebih kurang dalam RM563+ tak silap kolin. Saiz besar sikit lah dari yang ini. Tapi memang lawa, ala-ala katil princess bila dah siap pasang tu.

Begitulah kejadian bila dah siap pasang. Sebelum puasa kolin dah beli wei cadar sesiap masa holiday kat D'Muara tu. Nanti kolin share next entri kat mana korang boleh shopping cadar, baju dan toto memurah kat Sg. Besar. Harga sama aje dengan Padang Besar. Siap cadar, selimut, 4 sarung bantal dan sarung bantal pelok. 



Dia rasmi dulu hahahaha

Siap pasang katil, siap bubuh cadar baru dah rasa happy sangat weiiii. Korang kalau nak tahu, IKEA tengah sale sekarang. Kalau nak beli inilah masa terbaik. Terima kasih laa anak-anak dan suami sudi layan karenah mami kan. Inilah katil baru kolin!!!

Katil mur-mur aje uolsss..janji syantikkkk kan... 


Yang suka pergi IKEA,

Kolin Zainal

1 comment:

  1. Uishhh, murahnya! Tak senang duduk terus .. ghase nak ke IKEA jugak ni ..hehehe ...

    ReplyDelete

loving me..loving you