Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KELEBIHAN CHIA SEED

Assalammualaikum semua. Pernah tak minum atau makan CHIA SEED? Sebenarnya dari dulu kolin tengok kawan-kawan sepejabat gila minum ni. Letak dalam botol air kosong dan tabur aje chia seed dalam tu. Masa tu tak terpedaya pun. Entah kenapa masa PKP 2 ni kolin teringin mula nak amalkan. 

Chia Seed ini kolin beli kat Watson sahaja. Harga pun RM10 sahaja, murah kan. Setiap hari sebenarnya kolin minum. Satu cawan air, kolin masukkan chia seed. Kerap juga tau, sebab macam suka pula gigit chia seed tu. Ala-ala biji selasih pun iye, tapi ini macam lebih plumpy sikit. Tak rasa apa pun sebenarnya chia seed tapi suka kolin kunyah-kunyah hahaha. 



Now kolin nak berkongsi dengan korang apa kelebihan amalkan CHIA SEED ni. 

CHERATING TINGGALKAN MEMORI TERINDAH BUAT KAMI

Assalammualaikum korang semua! Kali ini kolin nak share aktiviti dan penginapan sepanjang percutian masa lepas PKP yang lepas. Jangan salah faham tau, sebenarnya kami dah booking semua tu sebelum PKP 1. Itu yang bila boleh rentas negeri, kami terus pergi. So pilihan kami kali ini ialah Cherating. Saja nak melepak kat satu daerah di Pahang. Buat pertama kali kami memilih Ranting Beach Resort, Cherating. 

 

                 dari baju rimau..... zura, roza, kolin, reen dan kamilah

 

Kami bertolak dalam jam 10.00 pagi dari KL dan sampai Bandar Kuantan dalam jam 3.00 petang lebih kurang. Kami siap makan lunch dan terus beli semua bahan nak BBQ malam nanti. Senang beli aje kat Kuantan, tak perlu bawa dari KL pun. Harga sama aje kan! Siap semua, kami menuju ke destinasi kami, Cherating.

BELIMBING BULUH MASAK SAMBAL HITAM PAHANG

Lama tak up pasal resipi kat blog kan. Ikutkan hari-hari masak tau. Tapi tak ada apa yang istimewa nak dikongsikan. Tapi baru-baru ini bos kolin bagi hampir sekilo belimbing buluh wei. Selalu memang tak tahu nak masak apa belimbing buluh ni. Selalu makan gitu dengan cicah garam. 

Hampir sekilo sampai kolin tak tau nak masak apa. Ada yang suruh letak belimbing buluh tu dalam masak lemak salai daging, masak lemak ikan dan pelbagai lagi. Masalah takut rumah ni tak laku aje lak macam tu. So kolin terus buka facebook dan dapat resipi ini. Lupa dah page mana kolin copy paste, semoga murah rezeki orang yang share tu. Dan kini kolin nak share dengan korang resipi belimbing buluh masak sambal hitam pahang. Semoga kalau korang pula dapat berkilo-kilo belimbing buluh dah tau menu apa nak buat. 

KONVOI BANTUAN BANJIR MAIWP BERNILAI 1 JUTA BERGERAK KE KELANTAN

Kita semua sedia maklum, pantai timur tanahair dilanda banjir besar baru-baru ini. Konvoi bantuan banjir MAIWP bernilai 1 Juta bergerak ke Kelantan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Mereka memerlukan bantuan bagi kelangsungan hidup dan bukan mudah untuk mereka menghadapi dengan musim pandemik ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 4 Februari 2021 yang lalu telah berkonvoi ke Negeri Kelantan. Pelepasan konvoi MAIWP tersebut dibuat di Kompleks Islam Putrajaya dan seterusnya akan bergerak menyampaikan bantuan di jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas selama 3 hari bermula 4 Februari sehingga 6 Februari 2021.

LEBIH CANTIK, LEBIH SIHAT DENGAN SECRET CORREA

Setiap wanita pastinya mengidamkan bentuk badan yang ideal dan kalau bahasa yang selalu kita guna, 'nak kurus'. Namun nak mengekalkan bentuk badan kita sendiri semasa muda dulu, memang susah. Macam kolin sendiri, menginjak ke umur 40an memang kena senaman dan disiplin betul-betul bab makan. Kalau tidak memang tak turun walau 100 gram berat badan tau. Masa tu lah, kolin jumpa Secret Coffee dan Premium Lotion dari Secret Correa Malaysia. Tak sabar nak lebih cantik, lebih sihat dengan Secret Correa. 

SECRET COFFEE CORREA

Buat pengetahuan korang, kolin bukan lah seorang pengemar kopi. Mula-mula nak cuba memang rasa was-was. Tapi disebabkan kawan kolin dah cuba dan ianya ternyata memberikan kesan positif, kolin tergerak nak cuba juga lah. Harga dia RM69 sekotak ada 10 sachet. 


Pertama kali minum, ehhh..suka pulak. Kopi dia tak terasa sangat, tak manis langsung dan paling best kopi secret correa tak memeningkan kepala kolin. Jujur kolin cakap, kopi kalau kuat atau medium, memang akan pening. Yang ini memang light dan rasa boleh ditelan. Setakat ni memang kolin tak miss minum selama 7 hari. Hasilnya agak bagus buat kolin yang sukar nak menurunkan berat badan ni. Maklumlah metabolisme dah menurun.