Assalammualaikum dan salam sejahtera
Semua orang kalau cakap pasal DURIAN mesti meleleh air liur kan. Pada kolin siapa yang tak makan rugi hahahah. Ada aje kawan yang memang tak suka makan durian. Tapi buat kolin lah, adalah satu kenikmatan bila dapat makan Raja Buah ini. Dulu ingat lagi RM10 dapat 3 biji. Dan kalau kualiti yang elok tu pun tak lah mahal sangat. Bila musim durian tu selalu makan bubur durian cicah roti. Kalau dah musim tu memang sebulan tu rumah asyik lah penuh tong sampah dengan durian.
Tapi zaman 2017 semuanya berbeza. Durian dah lain nilai komersilnya. Mahal wei...memang terkejut bila tanya durian kampung yang biasa tu pun dah RM25 sekilo. Tapi disebabkan kolin dan keluarga teringin, hujung minggu yang lalu kami pun ke Ampang. Memang kat area Taman Dagang ini banyak tau gerai-gerai tepi jalan yang menjual durian. Dan tips kolin kalau nak makan, beli dan makan di situ. Bukan apa dah la mahal, so kalau masa kat sana durian yang kita pilih tu busuk, tak masak betul atau apa sahaja peniaga itu akan ganti semula. Itulah yang terjadi masa kolin makan di FRENGKY DURIAN. Pakcik yang melayani kolin dan suami memang baik sangat. Alhamdulillah di temukan dengan peniaga yang sangat jujur dan sopan santun. Kebetulan D24 yang kami pilih tu agak keras di sebelah bahagian. Tapi pakcik ganti dengan durian yang lain dan sedap tau. Syukur sangat..itu yang kolin berkongsi ini. Sebab kita memang mencari peniaga yang sebegini. Tapi kalau durian tu elok semua korang jangan lah mengada nak minta ganti pulak ye.
Sian pakcik yang meniaga tu tau !!
Sian pakcik yang meniaga tu tau !!
Di sini ada banyak jenis durian. Untuk kolin suka yang pahit-pahit tu. Tapi suami suka yang manis-manis. Sudahnya tak mau musang king, kita amek D24. Walaupun suka durian sangat-sangat tapi kolin bukan boleh makan banyak pun. So sebijik durian cukup untuk kami sekeluarga yang baru lepas makan nasi hahahahahah.
ini lah cik timah kita
Selain dari pelbagai jenis durian yang pakcik ni jual, mereka jua menyediakan cendol yang super sedap. Sedap weiii cendol pulut mereka. Dan kalau korang nak cendol durian pun boleh. Jadi hujung minggu nanti boleh lah bawak keluarga lepak makan kat sini. Dah gaji pun kan, sesekali belanja makan sedap.
tu dia makan cendol jemaah anak banak
tu dia makan cendol jemaah anak banak
Buat yang menetap di KL dan mencari tempat durian yang berbaloi. Kolin cadangkan korang ke FRENGKY DURIAN yang terletak di Ampang okay. Nak senang lagi korang boleh lah call pakcik ini di 011-2773 9628. Mana tahu korang nak beli sebakul musang king kan.
Lepas makan durian, kolin ke Taman Tasik Perdana berjalan hahahah. Iye lah dah makan banyak tadi kenalah burn kalori. Ke taman bukan jogging aje, tapi kalau korang berjalan pusing satu taman pun satu senaman tau. Nanti kalau ada tempat makan menarik lagi kolin kongsi okay.
Love,
Kolin Zainal
lain kali nak makan durian kat pakcik ni jangan lupa ajak kawan yang tinggal berdekatan ye cik kolin..hahaha.
ReplyDeleteitu laa lepas ni boleh roger kakak kawasan hahahah
DeleteSekarang durian dah mahal... br ni beli rm120 2 biji je... tapi nak makan sgt beli jugak.. lps ni tahun depan pulak mkn durian hihihi
ReplyDeleteha ah..kolin pun hampir RM100 gak hari tu. tapi dah teringin bedal ler hahahha
Deletedulu2 time kecik mmg hantu durian tp bila dh besar tktau naper tk bole mkn (yg ratah gtu) bau pn tk leh tp kalo mcm durian crepe, eskrem durian, durian mkn ngan pulut, serawa durian, cendol durian bole mkn...kalo ratah je xbole ...huhu
ReplyDeleteiye ke amy..aku asal durian semua aku sebat hahahah. Favourite weiii
Deletetahun 2016 ke bawah , taman dagang tu port lepak bee tu ... :) syoknyee durian .. memang betul kalau beli bawak balik rugi ya amat ... kena yg mangkakq ke busuk ke nayeeeee
ReplyDeleteiye betul..sekarang nak makan kena makan kat situ juga. So barulah berbaloi cik bee
DeleteDuuriann.. dap nye!
ReplyDelete