Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Part 4: Canopy Walk dan Mendaki Bukit Terisek, Taman Negara Pahang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera



Sebelum meneruskan meh baca semua link kat bawah ye..


Hari kedua, pagi-pagi lagi kami dah bangun sarapan pagi. Makan sedap, ala-ala duduk kat kampung. Macam biasa semua terhidang buat kami yang mengambil pakej sekeluarga. Selesai bersarapan kami semua ke jeti yang ada di resort. Untuk ke taman negara kami perlu menaiki bot ini dan terus pergi ke point yang disediakan. 



sempat posing depan ni anak banak

makan nasi goreng, telur mata, sambal kicap
Memang berdebar sangat lah tengok air sungai yang setengah deras dan kadang-kadang tenang tu. Jangan khuatir sebab guide dan pengendali mereka berpengalaman. Malahan kami anak beranak diberikan life jacket untuk keselamatan. 

tak tipu weii..best naik ni hahahah

imran nak duduk sorang kat depan, hubby kita duk belakang

 Bila dah sampai tu, memang macam nampak eh, ada tangga, ada orang ke dalam hutan ini. Tapi memang lah ramai dalam tu rupanya. Ramai juga peminat hutan ni terutama orang luar. Mat saleh memang ramai sangat.

seyes tangga tu nampak menakutkan, korang tak pelik ker di tengah sungai ada tangga gitu

memula ko senyum laa kann

Ini lah dia cabaran kami sekeluarga hari ni. Bermula dengan mendaki untuk ke arah Canopy Walk. Kalau korang nak tahu, Canopy Walk adalah satu titian macam jambatan gantung. So ibarat masa korang jalan tu lalu di puncak-puncak pokok. Memang kalau ada yang gayat agak mencabar lah. Tapi sebelum nak ke situ  kenalah mendaki. Eii...naik tangga banyak weiii...


Guide kami En. Fuad ni memang best. Jalan sikit ada cerita pasal kegunaan pokok atau serangga. Dia bercerita laaa...lagi best anak-anak kolin soal laa apa pun semua dia jawab tau. Lembut aje jawapan dia...syukur dapat guide ini.


Tekun anak-anak dengar penjelasan dari uncle Fuad.
 

Inilah dia peta yang kita boleh tengok. So kami akan ke Canopy Walk dan nampak tak bahagian atas Terisik Hill. Itu lah matlamat kami untuk terus mendaki naik ke atas. 
 
 Duk tengok atas tu...ada buah apa ntah lupa

first stop, tapi yang ini tutup untuk diselenggara. So kami mendaki lagi ke atas.

Akhirnya peluh jantan betina keluar kami pun sampai untuk aktiviti pertama. Untuk ini kena beli tiket tau, buat kami memang dah dalam pakej dah siap ada tiket. Lepas tu kena booking pula sebab ramai beratur. Kami untung sebab guide kami cepat buat segala booking so kami tak perlu tunggu lama pun, terus naik. Ikutkan memang ramai dah masa kami sampai ni.



Ini pemandangan dari atas tempat kami nak naik Canopy Walk ini
 Dan tibalah masa kami untuk merasa naik Canopy Walk yang ada di Taman Negara Pahang ! Siapa sangka kat Malaysia ada tarikan macam ini kan, kita sibuk laa pergi negara luar. 
Eleeehh aku ngata korang, aku pun pergi luar hahahha 

  
Ali Imran dah jalan dulu..laju aje dia..
Nasib baik Alisa Maisara berani. Masa ini memang takde jerit, takde merengek dan paling penting dia habiskan semua sekali perjalanan Canopy Walk ini. Padahal ada satu seksyen yang turun tangga besi bergoyang tu memang menakutkan. Steady aje Alisa Maisara habiskan semua ini. 




Beginilah keadaan dia, ada papan kecil kat tengah. Sekali jalan boleh 2-3 orang aje demi keselamatan. Tangan kedua-dua kena pegang kiri dan kanan. Tu yang takde langsung gambar kolin masa meniti kat sini. Tapi bila dah habis...lega !!

Inilah rupa orang tak pernah hiking. Asal nampak tempat duduk memang nak berehat. Masa ke bawah ni ada toilet so kalau korang nak ke tandas kat sini aje ada. Kalau jalan lagi dah takde tandas dah. Tapi takde terasa nak pergi tandas pun bila minum air banyak sebab agak mencabar laa mendaki ni untuk kolin sekeluarga yang bertaraf beginner. 

So dah habis Canopy Walk kami kena mendaki balik ke atas untuk destinasi seterusnya iaitu Bukit Terisek. Rugi kalau dah sampai sini tak tawan bukit ini. Memang rugi !! Sebab kata guide kami ramai juga yang mengalah dan berpatah balik. Kami pun hampir sama sebenarnya. Tapi guide kami pandai, banyak bercerita dan bagi kami berehat. Tapi kelakar laa..kami dijadualkan keluar jam 11.30 pagi tapi kami keluar 12.30 tengahari. Kami jalan perlahan aje kata guide, lepas tu rehat banyak. Iyelah kan..warga emas hahahah. Tapi anak-anak hebat..tak mengeluh langsung. Kolin siaplah bekalan roti, coklat, gegula dan air dalam beg. So memang tak jadi masalah. Tapi budak kan lain macam tenaga mereka ini. Selamba aje jalan, lenguh kaki pun tidak. Kita berdua yang pancit. 
 

Antara spesis rotan yang ada. 
 

Di sini ada dua jenis jalan yang korang boleh pilih. Sama ada nak yang bertangga dan semua berlantai atau jalan luar. Maknanya lebih lagi adventure la. Kami sekeluarga tak nak penat naik tangga, jadinya kami ikut jalan luar. So mendaki dengan memijak akar-akar pokok dan batu yang ada. 
 

  
Guide kami seorang maling gunung, best cerita macam-macam. Mainan anak orang asli pun dia ada cerita. Lagi best kami dapat bau dan rasa pokok sarsi. Letak dalam botol mineral sedap oiii..rasa sarsi. Ada satu lagi bau daun macam lemon, dia kata kalau penat dan lesu, hidu aje daun tu sambil berjalan. Ianya menyegarkan dan dapat hilangkan penat mendaki. 

 

Ingatkan masa kat sini dah sampai. Sebab nampak ramai berehat-rehat. Rupanya tak lagi weii....Masa ni memang kolin dan suami dah putus asa, penat, melekit peluh, panas dan air yang kami bawak pun dah nak hampir habis. 



 menung sebab kepenatan hahahah

Laki bini menung mengenang nasib !! hahahah inilah dia makanannya. Ingatkan badan tu lasak sekali haa..terduduk kami berdua ada lebih kurang beberapa kilometer nak habiskan lagi. Kolin masa ini memang dah seret kaki wei. Tak larat sangat !!




 semut ni amazing...hidup tak sampai seminggu katanya


Macam kolin cerita, guide kami ni suka berkongsi. Inilah dia yang imran pegang tu 'mainan' anak-anak orang asli. Mereka main buah ini jadikan macam gasing. Mereka kan dalam hutan tak beli mainan, tapi gunakan apa yang ada sebagai mainan. Ada lagi satu daun, kita letak api di bawah dan meletup-letup. Itulah dia dalam hutan ini kalau kita mahir dan bepengetahuan luas, macam-macam boleh dilakukan bagi mengisi masa kan. 

Akhirnya...saat yang kami nantikan sampai !!! Kami sekeluarga berjaya jejak ke Bukit Terisek, Taman Negara Pahang. Siapa cakap tak boleh bawak anak-anak ke sini. Boleh laa eh..Alisa umur 8 tahun dan Ali Imran 11 tahun dah berjaya naik sini dan tawan hutan negara kita di Pahang Darul Makmur. 




Inilah pemandangan kami. Ya Ampun...manisnya pengalaman ini. Memang tak salah kami mengambil keputusan ke sini. Buat korang yang masih terfikir-fikir apa aktiviti yang menarik, datang lah sini sebelum ke negara lain. Mesti korang tak sangka sangat Malaysia ada lagi tempat yang indah begini. Lepak kat atas dalam 20 minit juga sebelum kami kembali ke tempat asal menaiki bot untuk pulang ke Nusa Village Resort.


 inilah keadaan tangga untuk turun. Sebenarnya naik pun sama, itu kolin cadangkan korang jangan guna tangga, sebab cepat penat. Gunakan laluan alternatif iaitu mendaki perlahan-lahan. Lagi seronok! Melangkah sambil pegang batang pokok.


Masa ini kolin dah pancit, turun pun jalan perlahan. Tapi tengok lah anak-anak kolin terus jadi rapat dengan guide yang mereka panggil 'uncle'. Memang kami di tinggalkan terus. Guide tu melayan macam anak sendiri. Dan macam kolin cakap, bebudak ni tak penat!!!. Kami laki bini dah separuh nyawa hahah
 
 masa ni hubby kaki dah kejang dah hahahah


 haaa ada juga bukit lain yang ada untuk korang terokai.

Pulang menaiki bot lah kita ke sarang, kami tak sabar nak makan tengahari weii..lapar. Dan macam biasa, makanan kami di hidangkan !! Sedap kan nampak tu, tapi memang sedap pun. 


balik laa kami dalam kepenatan weeeiii



lauk tengahari kami dah menanti !!!


Selepas itu kami semua balik bilik dan berehat lah. Kami akan bersiap untuk aktiviti sebelah petang pula jam 4.00 petang. Nanti dalam Part 5 kolin cerita ya..Buat korang yang mahukan pengalaman macam kami sekeluarga, ambil maklumat bawah ini

 pertanyaan lanjut sila emel kepada nusa@tamannegara-nusaholiday.com.my atau call mereka di talian 09-2662369. Kalau nak tengok lebih info terus ke laman web mereka www.tamannegara-nusaholiday.com.my

Love

Kolin Zainal  

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you