Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

EVENT: Pengalaman ke Karnival Upin & Ipin 2017 di MAEPS Serdang bertemakan #upinipinluarbiasa



Assalammualaikum dan salam sejahtera


Bertuahnya permulaan cuti sekolah tahun 2017 apabila kolin dan anak-anak turut hadir sama di Karnival Upin Ipin 2017 yang diadakan di Hall A dan Hall C MAEPS Serdang. Bermula dari 24 November sehingga 26 November yang lalu.  Kolin dan anak-anak berpeluang ke sana , sabtu 25 November dan tak sabar sangat nak berkongsi dengan semua yang sudi baca entri kolin ni apa yang ada kat sana. Tiket boleh dibeli secara online ataupun datang sahaja di MAEPS Serdang Hall C dan beli di sini. Ada dua Hall yang kolin pasti menjanjikan pengalaman yang super menarik buat anda sekeluarga. Ini harga tiket yang ditawarkan di sini. Kali ini karnival ini berlangsung untuk 3 hari hopefully nanti mereka buat seminggu kan. Boleh lah korang yang jauh pun datang sama kan. Pepagi kami anak beranak dah sampai sini dulu. 





Yang beli tiket untuk kedua-dua hall, korang akan dapat buku kecil tau. Dalam buku tu ada lima (5) aktiviti iaitu Upin & Ipin Laksamana, Upin & Ipin Detektif, Upin & Ipin Robot, Upin & Ipin Pin Pin Pom dan Upin & Ipin Luar Biasa. Lengkapkan kesemuanya dan korang akan dapat medal Upin & Ipin istimewa tau. Maknanya kalau lengkap semua, korang dan anak-anak akan bawa pulang 5 medal tau. 

Kolin dan anak-anak bermula di Hall C. Ada pelbagai aktiviti yang menarik menanti. Ini antaranya yang boleh kolin kongsikan. Ini kolin dan alisa di Tadika Mesra. Sini banyak spot untuk bergambar tau. Kebanyakkan semua 3D, nasib kolin baik ada photographer terjun si Ali Imran.




Ini lah rumah opah, sebijikkk sama dalam kartun tu


Di Hall C, boleh tengok dinasour juga.





Ada pertunjukkan robot menari dan pelbagai lagi aktiviti yang ada buat kanak-kanak. Memang penuh dengan kejutan di Hall C. Wayang kulit pun ada juga.
 

Yang ini nenek kebayan muncul di cermin. Masa tu ingat tak ada apa, memang anak kolin si Alisa melompat ketakutan masa tengok yang ini. Agak menakutkan lah..Rasa kolin ini adalah episod baru Upin & Ipin Luarbiasa yang bakal menampilkan pelbagai unsur magikal nanti. 

 




 Aktiviti mewarna kat dinding ini memang best. Semua anak-anak boleh duduk dan mewarna mengunakan marker yang dibekalkan. Leka anak kolin duduk sini mewarna. Sejam juga lah teman mereka berkarya kat dinding ini.



Ini pula sesi bertanya bersama Kak Ros. Banyak hadiah yang boleh dimenangi tau, cuma perlu masuk sahaja aktiviti yang mereka sediakan. Itu yang kat Hall C, itu pun dah separuh hari kolin duduk dalam ini. Dengan aktiviti menanam pokok pun disediakan di sini. Bayar sahaja RM5 dan anak-anak boleh merasai pengalaman menanam pokok sendiri dan bawa pulang. Memang berbaloi. Selesai di sini kami terus ke Hall A pula. Banyak betul nak explore!




Hall A tidak kurang hebatnya dengan jadual aktiviti yang sungguh padat. Tambahan pula dengan pelbagai booth yang dibuka untuk pengunjung. Sempat kolin semak status criss kolin di booth Bank Negara, semak penyata SSPN anak dan pelbagai lagi. Kalau nak beli makanan pun ada juga di dalam Hall A, pendek kata di sini semua lengkap aktiviti untuk para ibu bapa dan jua anak. 



Haaa tengok tu betapa ramainya peminat Upin & Ipin kan. Penuh orang ramai di Pentas Utama yang menjanjikan pelbagai hiburan. Kolin pun melepak sama di ruangan pentas ini sebab nak tengok pertunjukkan Persembahan Puteri Limau, Persembahan pada Zaman Dahulu, Persembahan Upin & Ipin Luar Biasa, Ultraman Ribut, Upin Ipin The Musical dan banyak lagi. Semuanya memang jadi tumpuan di bahagian depan ini lah. 


melepak tengok show atas bean bag...selesa betul







Anak kolin pun turut sama masuk peraduan. Masa ini Alisa dikehendaki menyanyi lagu Pada Zaman Dahulu dan menang cup cake bersempena Hari Lahir Si Kancil. Berani betul budak zaman sekarang kan. Tapi kan bukan nak cakaplah, semua hasil keluaran dari Les' Copaque kan memang mendapat tempat di hati anak-anak. Cepat betul tangkap semuanya. 


 Alisa dan Susanti





Ini pula persembahan yang menakjubkan dari Ultraman Ribut dan Raksasa. Masa ni memang gegak gempita satu dewan lah. Pertama kali kolin jumpa Ultraman uolss hahahahha. Bukan anak-anak aje seronok sekali dengan mak budak pun tumpang seronok. Sekali terkejut keluar raksasa besar weiiii..


Dapatlah anak dara kolin yang super excited nak jumpa Upin & Ipin ni bergambar bersama. Memang bagus lah karnival macam ini. Selain persembahan pentas korang juga boleh buat pelbagai aktiviti yang ada di Hall A. Antaranya menjadi PUTERI !!!!

 tunggu giliran untuk di layan

 Ini pula pilih tiara yang mana satu nak dan kemudian baju puteri warna apa yang diingini.

 dah dapat dah...warna kuning dia pilih. Selalu pink dan purple, tak tahu kenapa hari ini dia nak kuning. Mungkin dia dah tahu kuning warna diraja kut. 

 Buat face painting

 tu laa dia..PUTERI hahahhaa


Inilah dia puteri jinjang hahaha. Baguskan, seronok bebudak ada aktiviti macam ini. Aktiviti ini dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk semuanya pakej lengkap. Yang penting anak suka !

Kalau anak bujang pula aktiviti bermain dengan VR, membuat robot dan bermain games. Bukan laa aktiviti perempuan aje ada.
Memang seimbang aktiviti kat sini. Anak lelaki ada, anak perempuan pun ada, budak kecil pun ada.











 Inilah dia pengalaman kami seharian di Karnival Upin & Ipin 2017 yang bertempat di MAEPS Serdang. Harapnya karnival macam ini adalah lagi kan. Buat korang yang nak tengok update terbaru mereka boleh lah klik follow instagram mereka www.instagram.com/upinipinofficial 





Terima kasih Les' Copaque untuk pengalaman ini. Permulaan cuti sekolah 2017 yang terbaik setakat ini!! Memang banyak sangat gambar yang kolin nak kongsi lagi sebenarnya. Tapi pendek cerita memang best sangat. Tak rugi kalau ada lagi karnival Upin & Ipin di masa akan datang kita pergi sekeluarga. Aktiviti penuh dari pagi sehingga ke malam tau. Harap ada peluang lagi laa..Selamat Maju Jaya buat penganjur !

Love, 

Kolin Zainal 


3 comments:

  1. peminat upin ipin mmg sronok la dpt pi sini sempena cuti sekolah ni...mcm2 aktiviti ada

    ReplyDelete
  2. waa.. bestnya !! buat masa ni, 3 tahun berturut kami memang layan karnival upin ipin ni.. tapi tahun ni paling best.. hee~

    ReplyDelete

loving me..loving you