Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Kekal Harum dengan ENCHANTEUR PETITE PARFUM

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Wanita dan minyak wangi berpisah tiada !! Kolin kan memang bukan satu aje pewangi yang ada dalam koleksi pun. Memang pewangi ada 3-4 botol tau dan semua berlainan bau. Macam biasa lah kalau pergi kerja sembur yang lain, berjalan sembur lain dan kalau nak tidur pun sembur lain. Maklumlah memang kolin ni hantu minyak wangi. Dan kali ni kolin nak berkongsi dengan korang semua mengenai keluaran terbaru dari Enchanteur iaitu Enchanteur Petite Parfum. Kebiasaan kita akan sembur pada nadi, rambut, leher dan sendi-sendi badan kita kan. Tapi biasalah dah tengahari bau yang sedap tu pastinya berkurangan. Lagi pulak kalau nak keluar dating lunch hour tu kan.



Pastinya semua nak rapi termasuk lah nak tambah minyak wangi. Nak cipta daya tarikan penuh 'scent-sasi' senang sangat sekarang ini tau. Sebab Enchanteur yang pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami sangat naluri dan jiwa wanita yang sukakan kewangian. 

Disebabkan itu Enchantuer telah memperkenalkan wangian yang kecil, comel dan mudah di bawak dalam beg tangan kita. Ianya bersaiz padat 9ml tau. Ada empat variasi wangian untuk kita semua. Aroma yang paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore: serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa. 


Enchantuer Paris Petite Parfum dirumus khas tanpa alkohol okay. So semua tak perlu rasa was-was pun nak pakai untuk seharian. Direka untuk memudahkan kita membawa dalam beg dan paling penting wangiannya memang membuatkan mood kita best aje sepanjang hari tau. Untuk produk ini korang boleh beli di semua pasaraya terdekat, harganya cuma RM9.90 sahaja untuk Semenanjung dan RM10.40 untuk Sabah dan juga Sarawak. 





Jangan lupa beli dan letak dalam beg memasing okay. Lepas ini tak ada sebab kita tak boleh wangi sepanjang hari dengan Enchanteur. 
Kekal Romantis bersama Enchanteur !

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you