Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Suara ibarat tercekik tongkol jagung !!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

"Baru balik keje mid?' itu lah dia petikan dialog arwah Yusni Jaafar kan. Lupa dah kolin filem apa, rasanya tajuk nya 'sikit punya gila' hahaha. Tapi suara tu kan garau, serak dan dah macam rupa bapuk kan. Macam tu lah suara kolin di hari Isnin yang indah ini. Dah rupa apa dah hahahha. Bila bercakap kat telefon kawan nak letak, kalau di pejabat pula tetamu yang call diam aje tak menjawab, sampai lah kolin cakap "maaf, saya sakit tekak". Baru lah tetamu yang call tadi meneruskan percakapan di telefon. Sorry lah korang, kolin kurang sihat pulak. Berikutan asyik kena hujan, kenduri lak sabtu ahad lepas di Felda Keratong 1, dengan menu daging pulak kan. Memang mendapat lah demam dan suara pun bertukar menjadi mak esah yang perasap santau malam khamis tu. 



Haa..masa adegan ini lah tak silap kolin. Hahahhaa siapa budak lahir 80an memang pernah tengok filem ini dulu. Rindunya nak tengok filem ini, nanti balik nak buka utube lah. Arwah Yusni Jaafar tegur Seniman Hamid Gurkha waktu pulang dari kerja.

Korangg...doakan kolin cepat sembuh ya. Ini demam sekali serangan tonsil lah ni. Jahanam abis sistem imuniasi satu badan. Kawan-kawan pun dah gelakkan kolin suara ala bapuk tua hahaha. Sian bapuk tua pula dipersalahkan. Sorry nyah semua!!

Itulah dia kisah hari Isnin yang kurang sihat. Kolin doakan korang yang baca entri ini sihat selalu ye..

Love, 

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. Hahahahahha...sabar jer la Kolin...makan ubat...jangan makan durian ngan rambutan ye..nanti lagi worst

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laa makan rambutan lak masa kenduri, buat ubat lah jawabnye

      Delete

loving me..loving you