Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kolin ni masih tak berapa sihat pun. Tapi saja nak juga berkongsi cerita dalam blog. Sehari tak menaip tak lengkap lak rasa hati hihih. So meh kolin share resipi lauk untuk musim hujan. Musim lambat dapat gaji pun boleh juga lah. Inilah dia Bilis Goreng Petai.
1. Panaskan minyak. Tumis cili dan bawang
(saya guna bawang Holland)
2.Bila dah naik bau, ketepikan cili dan bawang.
Masukkan bilis secukupnya. Goreng garing
3. Setelah bilis garing, masukkan petai dan kacau rata.
Biarkan seketika & tutup api.
Pesanan penaja: SILA MAKAN DENGAN NASI PANAS PANAS
Kejadian nasi bertambah memang lah kalau lauk simple macam ini. Pembuka selera betul. Dan ini resipi simple yang kedua kolin nak share. Mana tahu ada yang baru mula nak belajar masak boleh manafaatkan ilmu resipi ini kan.
Resipi Masak Lemak Udang Bersama Kacang Panjang
1. Tumbuk cili padi (ikut suka nak banyak mana) bersama kunyit hidup. Setelah lumat masukkan serbuk kunyit sedikit untuk warna dan air.
2. Panaskan kuali. Masukkan bahan No 1
3. Biarkan cili masak dan masukkan daun limau purut. Biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan udang dan gaul rata.
5. Setelah udang hampir masak, masukkan kacang panjang pula. Kacau rata dan biarkan seketika.
6. Masukkan santan dan kacau rata.
7. Setelah hampir masak, masukkan sedikit garam. Tutup api, ianya siap untuk dihidangkan.
Yang ini kalau korang nak ajar anak mula makan masak lemak cili api memang menjadi. Buat tu kurangkan sikit cili dan santan pekat sikit. Haa manis udang dan santan tu sure anak-anak suka makan sebab berkuah. Lagi bagus ada sekali sayur kacang panjang tu. Kita kan kena ajar budak-budak makan sayur. Kedua-dua resipi yang kolin share hari ini sangat mudah disediakan. So si pemalas tak ada alasan ye.
Note: tak sabar nak masak itik salai beli dari Jempol minggu lalu
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you