Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KEDAI KOPI KL - NASI LEMAK KAMBING GOLEK

Assalammualaikum korang semua,

Korang pernah makan kat sini tak? Hari tu kolin pergi area Ampang dan nampak kedai ini. Macam ramai orang, rupanya kedai sebelah jual roti naan tu yang ramai. Tapi tak pe jom kita try tempat makan baru, KEDAI KOPI KL yang terkenal dengan Nasi Lemak Kambing Golek.

 

Di bahagian luar ada buskers, memang suara pun sedap sebenarnya. Tapi disebabkan cuaca yang bahang kami duduk di bahagian dalam.

Kalau korang nak tahu dekorasi dalam kedai ini banyak sangat barang antik. Ini antara yang menangkap perhatian kolin sebab arwah abah kolin orang Batu Pahat.  

 

Makanan yang kami order tak lah tunggu lama sangat, dalam 10 minit macam tu sampai dah. 

yang ini set kambing golek, kolin kongsi sahaja dengan cik suami. sebab sebelum makan tadi tengok Ejen Ali, makan popcorn dalam wayang kenyang betul.

Yang ini ali imran order nasi daging black pepper.

Alisa pula order nasi goreng ayam butter milk. Kalau tanya, tahap kesedapan, sederhana sahaja. Maksud kolin tak ada lah perasaan nak repeat semula tu.

Dan untuk harga inilah bil dia, semua total 3 makanan termasuk 4 air ialah RM110.00. Rasanya air tu macam mahal terlebih sikit untuk bajet kolin. Lemon drink RM8 :(

Itulah dia perkongsian dan pengalaman kolin makan kali pertama di KEDAI KOPI KL - NASI LEMAK KAMBING GOLEK


Kalau korang teringin nak try menu femes dia tu, boleh pergi nanti. Terima kasih sebab baca sampai habis :)



 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you