Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TONIK PELEBAT DAN MENGUATKAN AKAR RAMBUT DARI SAFI SHAYLA

Assalammualaikum korang semua. Buat semua hijabista macam kolin mesti runsing kan! Masalah keguguran rambut memang ada dan menjadi topik utama. Tapi korang jangan risau TONIK PELEBAT DAN MENGUATKAN AKAR RAMBUT DARI SAFI SHAYLA dah ada!

SAFI SHAYLA MENGAWAL KEGUGURAN RAMBUT dan ada sudah rangkaian lengkap untuk kita yang bertudung ni tau. Diperkayakan dengan New Hijab Scalp Biotics Technology, diformulasikan dengan probiotics. Tambahan nutrisi dari 7 Habbatus Sauda Complex sememangnya korang boleh tampil kembali dengan kulit kepala lebih sihat dan rambut kembali tebal seperti sebelum berhijab.

LAWANI TANDA-TANDA PENUAAN DENGAN Eau Thermale Avène PHYSIOLIFT ALL IN ONE Aqua cream-in-gel

Semakin meningkat usia, semakin kita akan melalui kesan-kesan penuaan pada kulit wajah kan.  Eau Thermale Avène ada PhysioLif All in One, Aqua cream-in-gel, pelembap siang dan malam terbaru untuk atasi masalah ini. 

Produk terbaru ini diformulasikan untuk atasi kulit yang berkedut, yang hilang keanjalan dan juga hilang keserian. 

PhysioLift all-in-one, mempunyai bahan aktif anti-penuaan yang eksklusif yang membolehkan PhysioLift mengisikan kedutan, mengembalikan keanjalan dan juga menyerikan kulit. Produk anti penuaan ini mengembalikan keserian sambil memberikan kesan hidrasi yang berpanjangan dan mampu melegakan rengsa kulit yang sensitif.

'SELERA RAMADAN, CITARASA MALAYSIA' DI OKAD EVENT SPACE, BUKIT JELUTONG SHAH ALAM

Buat yang masih tak tahu, OKAD EVENT SPACE, BUKIT JELUTONG adalah 'one stop centre' untuk semua mengadakan pelbagai jenis majlis seperti perkahwinan, seminar, ulang tahun, majlis hari jadi dan pelbagai lagi majlis.

Tapi Ramadan 2022, ini merupakan tahun kedua OKAD EVENT SPACE (OKAD) dapat melaksanakan bufet ramadan dengan norma baru. Banyak tau pilihan juadah untuk sekeluarga. Boleh juga datang untuk reunion dengan kawan-kawan. Surau dan toilet ada berdekatan aje. Paling penting yang wanita bawa telekung sendiri tau, untuk keselamatan okay.

Majlis Berbuka Puasa bersama pengunjung dan semua pengamal media di adakan pada 7 April 2022, Khamis bagi mempromosikan juadah yang dihidangkan di bufet ramadan bermula 7 April sehingga 29 April 2022. 

Meriah sesekali semua dapat berkumpul. Terima kasih OKAD Event Space kerana anjurkan majlis begini.


TUDUNG COTTON TURKI BY WANY HASRITA X BIDADARI HOUSE

 Assalammualaikum korang semua. 

Hey peminat Wany Hasrita, korang tau tak Wany Hasrita x Bidadari House bakal melancarkan koleksi Tudung Cotton Turki tahun ini.

Pelancarannya pada 7 April 2022 dan bakal menampilkan pelbagai rekaan dan sudah tentu memberikan satu kelainan untuk kita bergaya pada sambutan hari raya tahun ini.


WANY HASRITA X BIDADARI HOUSE

Buat makluman korang, tudung cotton turki ini boleh dibeli di kedai ataupun atas talian tau. Kalau nak beli atas talian boleh terus klik link https://www.bidadarihouse.com/ atau terus ke butik mereka di alamat ini:

BIDADARI HOUSE SHOP 

58-3 PETALING UTAMA AVENUE

JALAN PJS 1/50 

46150 PETALING JAYA 

SELANGOR 


SACC CONVEC RAIKAN ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL AL-FIRDAUS DI MAJLIS BERBUKA PUASA 2022

Tak pernah Shah Alam Convention Centre gagal dalam meraikan anak-anak yang kurang bernasib baik di bulan Ramadan. Sekali lagi kolin dapat haidr bagi program CSR (tanggungjawab sosial kemasyarakatan) dengan meraikan 40 orang anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Amal Al-Firdaus dalam satu majlis berbuka puasa di Pusat Konvensyen Shah Alam. 

              kredit dari http://mrspuex.blogspot.com/

 

6 April 2022 menjadi satu tarikh yang manis apabila kolin sendiri menyaksikan pihak SACC turut membuat sumbangan duit ray adan hadiah kepada semua anak-anak yang hadir dengan sokongan dan tajaan dari ADABI Consumers Industries Sdn. Bhd. Niat murni ini memang mnejadi satu pengalaman manis untuk anak-anak yang bakal memimpin masa hadapan. 

           kredit dari http://mrspuex.blogspot.com/

JOM BERBUKA PUASA DI RESTORAN SECRET GARDEN BY SACC bertemakan Selera Nusantara

BUFFET RAMADAN DI RESTORAN SECRET GARDEN 2022 BERTEMAKAN SELERA NUSANTARA

Ramadan yang bakal tiba memang berlainan tahun ini. Kita dah boleh berbuka puasa dan sudah tentu RESTORAN SECRET GARDEN BY SACC juga turut menyajikan sajian berbuka puasa untuk semua. Restoran ini sudah mula beroperasi bermula November 2021 dan terletak di tingkat bawah ibu pejabat PKNS yang baru tau. Dengan berlatar belakang Tasik Shah Alam, gaya dekorasi elegan dan minimalis ini menjanji satu suasana tenang, luas dan mendamaikan buat pengunjung yang datang ke Restoran Secret Garden ini.