Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

'SELERA RAMADAN, CITARASA MALAYSIA' DI OKAD EVENT SPACE, BUKIT JELUTONG SHAH ALAM

Buat yang masih tak tahu, OKAD EVENT SPACE, BUKIT JELUTONG adalah 'one stop centre' untuk semua mengadakan pelbagai jenis majlis seperti perkahwinan, seminar, ulang tahun, majlis hari jadi dan pelbagai lagi majlis.

Tapi Ramadan 2022, ini merupakan tahun kedua OKAD EVENT SPACE (OKAD) dapat melaksanakan bufet ramadan dengan norma baru. Banyak tau pilihan juadah untuk sekeluarga. Boleh juga datang untuk reunion dengan kawan-kawan. Surau dan toilet ada berdekatan aje. Paling penting yang wanita bawa telekung sendiri tau, untuk keselamatan okay.

Majlis Berbuka Puasa bersama pengunjung dan semua pengamal media di adakan pada 7 April 2022, Khamis bagi mempromosikan juadah yang dihidangkan di bufet ramadan bermula 7 April sehingga 29 April 2022. 

Meriah sesekali semua dapat berkumpul. Terima kasih OKAD Event Space kerana anjurkan majlis begini.


Buat korang yang teringin nak merasai hidangan 'Citarasa Malaysia' yang menghidangkan ala-ala gerai atau konsep stall boleh membuatkan korang semua rambang mata nak makan mana satu untuk berbuka. Antara yang menambat hati ialah NASI SERAI CIK BUNGA, DAGING MASAK LEMAK CILI PADI CIK BUNGA DAN LAMB GRILL yang merupakan 'signature dish' bagi selera ramadan kali ini. 





OKAD EVENT SPACE bukan sahaja terkenal dengan menu yang lazat dan memikat selera namun dekorasi yang di hias indah menjadi tarikan utama pengunjung seolah berada di taman yang cantik dan menarik. 



Untuk korang yang nak mendapatkan pakej bufet ramadan di OKAD EVENT SPACE, boleh hubungi wakil jualan OKAD, kerana kini OKAD memberikan harga yang berpatutan kepada semua peringkat usia. Namun yang lebih baik kini OKAD memberikan harga yang paling istimewa untuk pemegang KAD OKU. 



Yang berbuka disini, jangan risau tau. OKAD mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Nak tengok berita terkini dan maklumat lanjut sila klik link di bawah ya:

https://www.instagram.com/okad_event_space

https://www.facebook.com/OKADEVENTSPACE

Harga Bufet Ramadan 

RM69 Dewasa

RM39 Kanak-kanak/Warga emas

Harga Khas OKU

RM45 Dewasa

RM39 Kanak-kanak

Pakej Korporat

Beli 10 Meja - Percuma 1 Meja 

Diskaun 10% untuk pembelian berikutanya. 

Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut korang hubungi nombor di bawah ini ya. 

Cik Az 012-6864515

Pn. Majidah 017-6503436

Cik Aisyah 013-2231179

Pn Nana 019-3117443

'SELERA RAMADAN, CITARASA MALAYSIA'di OKAD EVENT SPACE, Bukit Jelutong Shah Alam. 

2 comments:

loving me..loving you