BUFFET RAMADAN DI RESTORAN SECRET GARDEN 2022 BERTEMAKAN SELERA NUSANTARA
Ramadan yang bakal tiba memang berlainan tahun ini. Kita dah boleh berbuka puasa dan sudah tentu RESTORAN SECRET GARDEN BY SACC juga turut menyajikan sajian berbuka puasa untuk semua. Restoran ini sudah mula beroperasi bermula November 2021 dan terletak di tingkat bawah ibu pejabat PKNS yang baru tau. Dengan berlatar belakang Tasik Shah Alam, gaya dekorasi elegan dan minimalis ini menjanji satu suasana tenang, luas dan mendamaikan buat pengunjung yang datang ke Restoran Secret Garden ini.
Untuk tahun ini Restoran Secret Garden memilih menyajikan hidangan bufet ramadan bertemakan "Selera Nusantara" yang menawarkan lebih 50 sajian istimewa. Korang yang suka udang masak lemak, ayam bakar, sotong berlado, kambing kusi dan banyak lagi lauk pauk klasik masa berbuka kena datang tau. Memang chef kat sini pakar masakan melayu tau.
Selain dari menu utama yang berubah setiap hari, ada juga 8 gerai makanan dan minuman yang korang boleh menjamu selera. Ada gerai pecal dan lontong selangor, char kuew teow, roti john, ikan bakar, buah-buahan, aneka kuih muih, puding roti, bubur lambuk dan teristimewa air kathira pun ada.
Harga untuk berbuka puasa di Restoran Secret Garden seperti kat bawah:
Dewasa RM45.00 nett
Kanak-kanak RM25.00 nett (berumur 7 sehingga 10 tahun)
Kalau bawah 6 tahun, makan percuma sahaja.
Sesiapa yang beli awal boleh berjimat tau. Cuma RM35.00 nett untuk dewasa. Terus klik sini
https://sacc.onpay.my/order/form/secretgarden-2022
Bufet Ramadan ini bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam setiap hari (kecuali hari Isnin) bermula dari 5 April sehingga 28 April 2022.
Buat yang nak buat tempahan untuk berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan terus hubungi di talian 03-55250300 ext 1956 atau 016-5206155. Kalau ada yang tengok betapa selesa Restoran Secret Garden ini boleh ke Facebook: www.facebook.com/secretgardenbysacc atau www.instagram.com/secretgardenbysacc untuk promosi dan maklumat terkini.
Tempat yang simple dan tenang untuk berbuka sebenarnya. Pendapat kolin untuk yang nak tak mahu sesak atau tersekat dalam kesesakan lalu lintas boleh lah berbuka di sini. Harga memang berbaloi sangat.
Jom berbuka puasa di Restoran Secret Garden by SACC yang bertemakan Selera Nusantara
nanti boleh datang berbuka puasa kat situ. Ayam bakar tu sedap!!
ReplyDeletebetuiiiiii
Delete