Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SACC CONVEC RAIKAN ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL AL-FIRDAUS DI MAJLIS BERBUKA PUASA 2022

Tak pernah Shah Alam Convention Centre gagal dalam meraikan anak-anak yang kurang bernasib baik di bulan Ramadan. Sekali lagi kolin dapat haidr bagi program CSR (tanggungjawab sosial kemasyarakatan) dengan meraikan 40 orang anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Amal Al-Firdaus dalam satu majlis berbuka puasa di Pusat Konvensyen Shah Alam. 

              kredit dari http://mrspuex.blogspot.com/

 

6 April 2022 menjadi satu tarikh yang manis apabila kolin sendiri menyaksikan pihak SACC turut membuat sumbangan duit ray adan hadiah kepada semua anak-anak yang hadir dengan sokongan dan tajaan dari ADABI Consumers Industries Sdn. Bhd. Niat murni ini memang mnejadi satu pengalaman manis untuk anak-anak yang bakal memimpin masa hadapan. 

           kredit dari http://mrspuex.blogspot.com/

Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec, Nasrudin Abu Bakar, berharap sumbangan ini akan jadi lebih bermakna kepada anak-anak dan sedikit sebanyak menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Beliau juga berharap SACC Convec dapat menyusun lebih banyak program kemasyarakat pada masa akan datang. 

BUFET RAMADAN SACC CONVEC

'SELERA ORANG KITA' 

 

Tetamu yang hadir disajikan juadah Bufet Ramadan dengan tema 'Selera Orang Kita' yang dibuka secara umum bermula 5 April sehingga 30 April 2022. SACC menyediakan lebih daripada 100 jenis variasi juadah masakan Melayu, Cina dan India.

Antaranya ada daging bakar masak lemak, sotong varuval, udang cili kering, kambing masak hitam dan semestinya menu istimewa SACC iaitu KAMBING KEBULI.





Dengan harga bermula dari RM88.00+ untuk dewasa dan RM44.00+ untuk kanak-kanak berumur 7 sehingga 20 tahun. Manakala untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah akan dijamu secara percuma. 




Orang ramai yang bercadang untuk berbuka puasa di SACC, boleh ke laman web http://www.sacc.com.my/ramadan-buffet atau hubungi 03-5511 1885, 013-2206858 untuk tempahan segera. 

Korang boleh ke laman FB mereka iaitu www.facebook.com/SACCOfficialnew dan Instagram www.instagram.com/shahalamconventioncentre untuk maklumat lanjut dan terkini. 

Jangan lupa try bufet ramadan SACC tau, antara yang berbaloi pernah kolin cuba.

Tahniah buat SACC Convec raikan ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL AL-FIRDAUS DI MAJLIS BERBUKA PUASA 2022

 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you