Assalammualaikum
Jom kolin kongsi salah satu tempat penginapan di Perlis Indera Kayangan. Menginap 2 hari 1 malam di Perlis di THE PUTRA REGENCY HOTEL, PERLIS
p/s: ini review jujur and free ya :)
Masa sampai tu ruang letak kereta nampak banyak, mungkin masa kami check in tu bukan high occupancy. Ruang lobi hotel yang simple dan dekorasi lama menyambut kami.
Masa check in semua mudah dan kolin dapat tingkat 4.
Bilik memang besar dengan 2 katil super single dan ada juga ruang untuk chill. Jujur dia kelihatan hotel lama dan kalau tengok tengah renovasi untuk naik taraf. So mungkin lepas ini korang datang lawa dah hotel ini.
Untuk berus gigi dan semua alatan mandian ada, jangan risaulah kalau check ini sini.
Nak minum kopi dan teh pun ada juga, mineral water tu free.
Kalau bilik tu memang nampak lama lah, dengan lantai terkopak sini sana. Bilik air dia masa nak pam tandas tu perlu beberapa kali, sebab kalu tengok notis banyak tandas yang rosak juga.
Ada pool juga kat sini, cantik tapi kolin lupa pula nak save gambar yang kawan send. Sebab tak kesempatan kolin pergi pool tu sendiri.
Untuk breakfast sama sahaja dengan hotel yang lain, tak ada killer menu. So simple aje The Putra Regency Hotel di Perlis. Kalau diberi markah kolin bagi 4/10
sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you