Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review

Lunch Gathering

Assalammualaikum korang semua, masih jerebu kan. So hati-hati dan jangan merambu kat luar selalu ya. Baru-baru ini adik cantik manis kawan lama si farahain call ajak lunch. Dan seperti biasa kita gelarkan 'lunch gathering' lah kan. Mereka berdua ni pangkat adik-adik aje ngan kolin. Tapi Sufia Hafizah dan Farahain ni antara yang rapat. Walaupun muda mereka ni matang dalam berkawan.



Terima kasih korang ada rezeki kita jumpa lagi ye. Semoga persahabatan kita terus baik dan kita saling menghormati satu sama lain kan. Janji tau, ada masalah jangan duk update status, soooo budak-budak. Jumpa korang lagiiiiii...soon!

KAWAN SAMPAI MATI

Sambut Hari Malaysia di Waka Waka KL

Haiii...Assalammualaikum semua, kolin harap belum terlambat kolin nak ucapkan kepada semua yang sudi singgah blog ini SELAMAT HARI MALAYSIA 2019 dan semoga kita terus aman makmur selamanya okay. Setiap orang ada cara sambutan tersendiri kan, kolin pula bawa anak-anak bermain di indoor playground iaitu di Waka Waka KL yang terletak di Aras LG, Hotel Furama Kuala Lumpur. Apa lagi kan kesukaan anak-anak, bermain lah!!! Esok lusa bila mereka dah dewasa kolin akan pasti rindukan saat-saat, masa tu tengok aje lah anak kecil orang lain yeee..Korang pun boleh pergi wei, bonding moment dengan anak tu penting.



PROMOSI HI TEA HARI MALAYSIA RM31 NETT

Ada promosi tau RM31 nett untuk seorang dewasa dan percuma untuk seorang anak. So RM31 nett tu untuk buffet sekali makan lah. Mula dari jam 2.00 petang sampai jam 5.00 petang boleh makan dan bermain sampai puas hati. 


ni kalau korang dari lobi hotel ke Waka Waka KL. Lawa kann..hujung minggu nanti singgah lah ye

Haruman Baru Rekaan Bersama AVON dan Kenzo Takada

Assalammualaikum semua, harapnya semua kekal sihat di musim jerebu ini. Hampir setiap tahun kita menghadapi masalah ini kan, harapnya tahun ini tahun terakhir lah kan. Tak tahan nak menarik nafas berbau terbakar ni. 

Okay lah korang, disebabkan bau pencemaran kan, hari ini kolin nak berkongsi dengan korang semua haruman baru rekaan Avon dan Kenzo Takada iaitu Avon Life Colour EDP for Her & EDT for Him yang terbaru. Wangian yang berpasangan iaitu untuk wanita dan lelaki ini dicipta oleh pereka haruman terkemuka iaitu Kenzo Takada. Diberikan sentuhan sofistikasi yang segar, menceriakan dengan magnolia sebagai bahan utama. Haruman dijamin kekal dari pagi sehingga ke malam ini dijual satu dari harga RM155.00 WM / RM178.25 EM satu dan boleh dapatkan terus dari wakil Avon, Butik Kecantikan Avon atau dari www.shop.avon.my hah senang beli terus online kan. 


Jenama Avon ni dari zaman kolin kecik-kecik dulu dah pakai tau. Dulu selalu beli gincu dari Avon sebab kualiti dan harga murah sangat. Memang sesuai dengan bajet student tau.
  

Philips SpeedPro Max Aqua - Cordless Vacuum dengan kuasa pembersihan 3 dalam 1

Buat kaum-kaum ibu yang selalu mengemas rumah tu, memang pasti akan terliur dengan posting kali ini. Manakan tidak, kolin sendiri terpesona dengan Philips SpeedPro Max Aqua - the fastest cordless vacuum with 3 in 1 cleaning. Teruja tak? Dalam dunia moden dan sibuk ni mana kita ada masa nak buat kerja rumah ikut cara lama kan. Kalau dengan keluaran terbaru dari Philips yang mampu vakum, mop malah membersihkan habuk yang mata kasar kita semua tak nampak, terutama 'dust mite' yang ada kat sofa dan katil kita duduk sehari-hari itu. Korang semua, sila simpan duit dan beli ye. Kolin tak tipu tau yang ini memang terbaik untuk kita yang hari-hari bergelut mengemas rumah.



Kuasa sedutan 360 darjah 

Bila mengunakan vakum ini segala habuk di sekeliling akan disedut tau. Jadinya segala habuk di sekeliling tu terus disedut walaupun kat tepi-tepi dinding tu. Bayangkan lah korang tak perlu kisah sudut-sudut sukar tu dah kalau gunakan yang ini. 


Keajaiban Sedekah

Assalammualaikum korang semua! Mesti best kan cuti 3 hari, minggu ini cuti lagi Isnin, seronok. Hari ini kolin nak share pasal KEAJAIBAN SEDEKAH. Saja buat satu entri pasal sedekah pasal nak ingatkan diri sendiri. Kolin sendiri suka kutip sedekah atau derma untuk kawan-kawan yang kesusahan. Tapi bila fikir balik kalau lah tak ada kawan yang suruh atau minta duit korang tu untuk sedekah, korang bersedekah ke? Tabung ada depan pintu shopping mall atau pejabat sure korang tak nampak kan? Ala mengata orang, aku pun sama kadang. Cuma sekarang dah belajar siapkan duit kecil tepi poket handbag. Memang niat nak sedekah, belajar untuk bersedekah. Sebab orang kata, duit gaji kita tu bukan tuk kita aje, ada bahagian orang lain juga. 

Dan banyak-banyak yang pernah kolin baca,  terima kasihlah buat page Facebook Kisah Zakat Malaysia yang buat grafik cantik-cantik buat pemahaman kita semua. Mana lah tau korang terlupa atau tak pernah tahu ajaibnya sedekah kan. Ala kalau setakat RM50 sebulan korang asingkan untuk bersedekah pun dah bagus wei..kenapa tidak? Mulakan hari ini, untuk 'saham' kita kat sana nanti.  Sedekah dan zakat lain tau..hari ini kolin cerita bab sedekah.



Sedekah takkan membuatkan kita miskin

Dah itu janji dia kan, lagi banyak kita memberi tak pernah miskin. Apa nak takut, kalau dah kata rezeki tu milik Yang Esa. So korang mulai hari ini, kalau rasa susah hidup, serba tak cukup pendapatan tu. Apa kata audit diri dan mulakan sikap suka bersedekah, tak perlu banyak pun. Mulakan dengan jumlah yang kecil ya semua.

Menu makanan Jepun terbaru dari RakuXin, Hotel Concorde Shah Alam

Assalammualaikum dan semoga korang sihat selalu!

Buat peminat makanan Jepun, korang semua dah ada pilihan terbaru tau. Buat yang tidak pernah tahu yang Hotel Concorde Shah Alam mempunyai restoran masakan Jepun & Cina ini rugi betul! Restoran RakuXin yang terletak di aras lobi ini menyediakan ruang makan yang cukup selesa buat korang sekeluarga mahu pun yang inginkan 'meeting over lunch'. So kalau bos-bos korang nak mencari hidangan sedap tapi premium bersama client boleh ke sini. Ataupun kalau korang nak makan bersama-sama yang tersayang pun boleh. Banyak betul hidangan yang boleh dicuba tau.