Assalammualaikum korang semua! Mesti best kan cuti 3 hari, minggu ini cuti lagi Isnin, seronok. Hari ini kolin nak share pasal KEAJAIBAN SEDEKAH. Saja buat satu entri pasal sedekah pasal nak ingatkan diri sendiri. Kolin sendiri suka kutip sedekah atau derma untuk kawan-kawan yang kesusahan. Tapi bila fikir balik kalau lah tak ada kawan yang suruh atau minta duit korang tu untuk sedekah, korang bersedekah ke? Tabung ada depan pintu shopping mall atau pejabat sure korang tak nampak kan? Ala mengata orang, aku pun sama kadang. Cuma sekarang dah belajar siapkan duit kecil tepi poket handbag. Memang niat nak sedekah, belajar untuk bersedekah. Sebab orang kata, duit gaji kita tu bukan tuk kita aje, ada bahagian orang lain juga.
Dan banyak-banyak yang pernah kolin baca, terima kasihlah buat page Facebook Kisah Zakat Malaysia yang buat grafik cantik-cantik buat pemahaman kita semua. Mana lah tau korang terlupa atau tak pernah tahu ajaibnya sedekah kan. Ala kalau setakat RM50 sebulan korang asingkan untuk bersedekah pun dah bagus wei..kenapa tidak? Mulakan hari ini, untuk 'saham' kita kat sana nanti. Sedekah dan zakat lain tau..hari ini kolin cerita bab sedekah.
Sedekah takkan membuatkan kita miskin
Dah itu janji dia kan, lagi banyak kita memberi tak pernah miskin. Apa nak takut, kalau dah kata rezeki tu milik Yang Esa. So korang mulai hari ini, kalau rasa susah hidup, serba tak cukup pendapatan tu. Apa kata audit diri dan mulakan sikap suka bersedekah, tak perlu banyak pun. Mulakan dengan jumlah yang kecil ya semua.
Sedekah adalah penghapus dosa
Setiap hari kita buat dosa kan, dalam kita sedar atau tidak. Dengan bersedekah menurut di grafik tu penghapus dosa. Kalau nak betul-betul tahu apa kah dosa yang dihapuskan kena lah rujuk ustaz kan. Tapi kalau lah sedekah boleh hapus dosa kecil, kolin sendiri akan amalkan sedekah setiap hari. Demi jalan Allah !
Sedekah adalah keberuntungan
Tak pernah rugi orang yang bersedekah tau, untung sesaja. Dapat pahala tolong orang, dapat kebaikan. Mana pernah orang bersedekah dapat kesusahan kan. So kalau ada tabung orang minta sedekah tu, terus bagi! Jangan laa kata orang paksa pulak, anggaplah paksaan itu satu pelaburan akhirat uolss.
Dengan sedekah boleh menjadi kaya, maka bersedekahlah
Baca lah tu sendiri, boleh jadi kaya dengan bersedekah tau. So kalau RM10 awak sedekah, mana tahu esok masuk rezeki RM10,000. Rezeki sihat, rezeki naik pangkat, rezeki dapat rumah baru atau apa sahaja. Itu kan rahsia dia, kita buat cara kita pasti ada balasan kalau buat baik kan.
Sedekah takkan mengurangkan harta
Baca tu, kalau pagi dapat gaji, petang orang minta sedekah lalu, bagi lah. Tak akan pernah kurang harta pun. Ala RM10 sehari pun boleh abis, makan KFC pun habis. Tapi kalau korang memilih sedekah RM10 untuk bantu orang lain dalam kesusahan sudah tentu rahmatnya luas sangat. Bersikap positif tau korang, kalau orang minta sedekah tu bukan suka-suka. Dia sendiri tebal muka minta untuk orang lain.
Sendiri boleh baca kan. Apa lagi yang kita peningkan kepala kan. Sesiapa yang datang minta sedekah bagi aje lah. Tak boleh jumlah besar, bagi jumlah kecil. Berubah lah ke arah kebaikan. Kalau ada kawan-kawan kita bersungut sedekah RM10 tu banyak, apa kata kita nasihatkan kawan kita saham tu besar sangat. Kena ingat gaji tu bukan semua milik kita. Ada milik klinik, kedai basikal, kedai motor, kedai kereta atau pun milik orang lain. Kolin suka konsep sedekah kepada adik beradik dahulu, keluarga barulah sedekah kepada orang luar.
Tukar konsep uols, nampak tabung, orang minta, SEDEKAH lah. Kata orang, semua yang dalam kubur tu kalau boleh nak bangun balik bila tau pahala sedekah. Sedangkan kita yang atas bumi menolak dan bersungut. Untung banyak sangat sedekah ni tau :)
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you