Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Philips SpeedPro Max Aqua - Cordless Vacuum dengan kuasa pembersihan 3 dalam 1

Buat kaum-kaum ibu yang selalu mengemas rumah tu, memang pasti akan terliur dengan posting kali ini. Manakan tidak, kolin sendiri terpesona dengan Philips SpeedPro Max Aqua - the fastest cordless vacuum with 3 in 1 cleaning. Teruja tak? Dalam dunia moden dan sibuk ni mana kita ada masa nak buat kerja rumah ikut cara lama kan. Kalau dengan keluaran terbaru dari Philips yang mampu vakum, mop malah membersihkan habuk yang mata kasar kita semua tak nampak, terutama 'dust mite' yang ada kat sofa dan katil kita duduk sehari-hari itu. Korang semua, sila simpan duit dan beli ye. Kolin tak tipu tau yang ini memang terbaik untuk kita yang hari-hari bergelut mengemas rumah.



Kuasa sedutan 360 darjah 

Bila mengunakan vakum ini segala habuk di sekeliling akan disedut tau. Jadinya segala habuk di sekeliling tu terus disedut walaupun kat tepi-tepi dinding tu. Bayangkan lah korang tak perlu kisah sudut-sudut sukar tu dah kalau gunakan yang ini. 




Vakum yang tahan selama 75 minit 

Kalau korang nak tahu, vakum terbaru ini tak perlu fikir pasal plug point atau perlukan wayar yang panjang mencari tempat nak on plug. Ianya adalah 'cordless' dan sekali caj boleh digunakan selama 75 minit. Jadi korang boleh mengemas satu rumah dengan senang. Ringan pula tu, jadi kalau nak minta tolong anak-anak buat kerja vakum satu rumah pun boleh. Sangat selamat dan 'user friendly' untuk semua tau. 

Kuasa penapisan 3 peringkat Philips SpeedPro Max Aqua 

Terima kasih 360 darjah kuasa sedutan,  PowerBlade motor digital dan PowerCyclone 8 teknologi. Membersih dengan cepat, malahan sistem penapis 3 peringkat ini memerangkap 100% habuk, debu, bakteria dan pelbagai agen yang menyebabkan alahan. Faktor yang membuatkan korang lagi teruja ialah ianya ada sistem mop dengan Innovative Aquaboost pedal yang membolehkan korang mengawal air yang keluar bagi memberikan kesan basah yang cukup untuk membersihkan kekotoran di sesuatu kawasan. Vakum yang tidak mempunyai beg kotoran macam dulu-dulu lebih mudah di jaga dan ianya sangat sesuai untuk wanita berkerjaya macam kita semua tau. 



Pelbagai lagi faktor menarik yang boleh korang baca sendiri di www.philips.com.my. Kalau nak dapatkan Philips SpeedPro Max Aqua (FC6904/01) yang berharga RM2599 di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk di Kuala Lumpur. Atau pun korang beli aje di online iaitu https://www.lazada.com.my/philips-official-store/



Yang pasti kolin dah jatuh cinta dah masa pelancaran vakum ini hari tu. Sekarang ni kena plan dan buat tabung lah wei. Seronok kalau jadi milik sendiri, sudah tentu segala kerja rumah senang dah. Boleh vakum dinding, langsir dan paling penting boleh mop rumah terus korang. Doakan kolin berjaya memilikinya okay ! By the way, tahniah ye buat sis Anie Mohamed dan Sally Samsaiman yang menang lucky draw malam tu! Untung weiii, tak payah beli hahahah. Tahniah uolssssssss









1 comment:

loving me..loving you