Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Menu makanan Jepun terbaru dari RakuXin, Hotel Concorde Shah Alam

Assalammualaikum dan semoga korang sihat selalu!

Buat peminat makanan Jepun, korang semua dah ada pilihan terbaru tau. Buat yang tidak pernah tahu yang Hotel Concorde Shah Alam mempunyai restoran masakan Jepun & Cina ini rugi betul! Restoran RakuXin yang terletak di aras lobi ini menyediakan ruang makan yang cukup selesa buat korang sekeluarga mahu pun yang inginkan 'meeting over lunch'. So kalau bos-bos korang nak mencari hidangan sedap tapi premium bersama client boleh ke sini. Ataupun kalau korang nak makan bersama-sama yang tersayang pun boleh. Banyak betul hidangan yang boleh dicuba tau. 





Menu terbaru dari Restoran RakuXin 

Melancarkan menu terbaru mereka, antaranya Shishamo Tempura (a deep fried pregnant fish with ohba leaf in tempura batter), Unagi Chawan Mushi (steamed egg custard with eel), Kusyiyaki skewers macam Salmon, Udang, Teba Saki, Tori Tsukune & Shitake, Inari Tanuki Sarada, Ebi Tempura, Beef Teriyaki, Dragon Rolls dan Tempura Brownies. Menu yang unik-unik ini adalah teristimewa kat sini tau. Selain itu ada juga pembuka selera seperti buah-buahan dan juga manisan. Dim Sum, Sashimi, Sushi, Teppayanki dan BBQ juga untuk semua yang menjamu selera di RakuXin. 



Menawarkan satu lagi tempat makan istimewa di Shah Alam 

Khas buat penduduk Shah Alam terutamanya, yang mencari-cari tempat terbaru untuk menjamu selera. RakuXin yang buka dari hari Isnin sehingga Sabtu, bermula dari jam 12.00 tengahari sehingga 8.00 malam sudah tentunya memberikan satu pengalaman hidangan yang lebih istimewa. Boleh terus telefon 03-5520 8000 atau terus ke laman web mereka di www.shahalam.concordehotelsresorts.com
untuk penempahan. Rasanya rugi laa kalau warga Shah Alam tak cuba ke sini.



Menu makanan Jepun yang premium 

Kolin paling suka kalau dapat ke sini bersama kawan-kawan sebab restoran ini selesa dan privasi. Tapi kalau korang datang bersama keluarga pun selesa juga. Ruangan restoran yang lapang dan menimbulkan suasana selesa kan penting. Baru lah berselera kita nak makan kan. Mana tahu hari sabtu nanti korang sibuk tak nak masak, boleh lah ke sini cuba hidangan terbaru mereka.



Buat yang dah terliur tu, boleh lah call segera dan buat penempahan ye. Kalau selalu makan masakan Jepun dan Cina kat restoran shopping mall tapi rasa tak puas hati tu, patut ke RakuXin pula lah. Mana tahu ada hidangan kat sini menambat selera korang. Yang pasti bagi kolin ianya cukup istimewa setiap kali menjamu selera kat sini. Nak ke sini waze terus ke alamat ini okay. 

RakuXin, Hotel Concorde Shah Alam
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C
40100 Shah Alam, Selangor 






  

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you