Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Haruman Baru Rekaan Bersama AVON dan Kenzo Takada

Assalammualaikum semua, harapnya semua kekal sihat di musim jerebu ini. Hampir setiap tahun kita menghadapi masalah ini kan, harapnya tahun ini tahun terakhir lah kan. Tak tahan nak menarik nafas berbau terbakar ni. 

Okay lah korang, disebabkan bau pencemaran kan, hari ini kolin nak berkongsi dengan korang semua haruman baru rekaan Avon dan Kenzo Takada iaitu Avon Life Colour EDP for Her & EDT for Him yang terbaru. Wangian yang berpasangan iaitu untuk wanita dan lelaki ini dicipta oleh pereka haruman terkemuka iaitu Kenzo Takada. Diberikan sentuhan sofistikasi yang segar, menceriakan dengan magnolia sebagai bahan utama. Haruman dijamin kekal dari pagi sehingga ke malam ini dijual satu dari harga RM155.00 WM / RM178.25 EM satu dan boleh dapatkan terus dari wakil Avon, Butik Kecantikan Avon atau dari www.shop.avon.my hah senang beli terus online kan. 


Jenama Avon ni dari zaman kolin kecik-kecik dulu dah pakai tau. Dulu selalu beli gincu dari Avon sebab kualiti dan harga murah sangat. Memang sesuai dengan bajet student tau.
  

AVON LIFE COLOUR, HARUMAN SEINDAH DIRIMU

Haruman yang dihasilkan dengan pelbagai-sensori ini menghidupkan personaliti penuh keriangan dan kegembiraan. Diinspirasikan oleh prisma, botolnya ditampilkan unik hasil rekaan Kenzo Takada ini bagaikan sejalur sinar cahaya yang memancar rona-rona prisma yang menakjubkan. 


Dengan kejayaan dalam bidang fesyen dan haruman bertaraf antarabangsa selama lebih 40 tahun, Kenzo yang dianggap merevolusi fesyen ini sememangnya berjaya melepasi batasan kreativiti apabila tampil dengan warna rona ceria. Siapa aje yang tak suka tengok warna pada kotak dan rekaan botol yang dihasilkan. Pendek cerita kalau korang nak bagi hadiah buat yang tersayang ataupun nak jadikan hantaran bertunang atau berkahwin tu memang sesuai sangat lah. Sebab unik tau. 

AVON LIFE COLOUR FOR HER EAU DE PARFUM 50ML 


Sekali sembur, kolin jamin korang boleh dapat 'happy mood' atau gembira sepanjang hari. Minyak wangi yang memberikan aura positif ini ada kombinasi unik sepergi pir segar, raspberi, magnolia serta kehangatan orris dan kayuan cedar. Kolin memang suka bau-bau segar macam 'summer' ni. Bila sembur terasa satu hari hangat tak mendung tau.

AVON LIFE COLOUR FOR HIM EAU DE TOILETTE 75ML


Buat kaum lelaki, ianya tampil sofistikated, haruman moden maskulin dan sudah tentu tahan lebih lama dengan lemon, halia, magnolia, green mate absolute, vetiver dan oakmoss. Botol 75ml yang cukup berbaloi ini sememangnya satu lagi revolusi haruman yang cukup bertaraf antarabangsa. 

AVON TELAH BERUSIA 130 TAHUN

Kolin memang suka dan percaya apa sahaja produk rangkaian dari Avon. Selama ini memang tidak pernah mengecewakan. Jadi korang yang perlukan bau haruman yang baru dan paling penting ianya sangat berpatutan boleh terus call talian bebas tol Avon di 1-800-18-AVON (2866) untuk segala pertanyaan. Mana lah tahu korang nak tahu mana butik kecantikan terdekat untuk korang cuba bau dahulu sebelum beli. Segala-gala makluman boleh terus laman web mereka tau. Yang pasti haruman AVON tak pernah membuatkan kita semua kecewa. Ini lah jenama evergreen yang menghiasi kolin dan semua keluarga dari dahulu lagi tau. Dapatkan hari ini atau korang bakal menyesal nanti. Babai :)
 

2 comments:

loving me..loving you