Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Sambut Hari Malaysia di Waka Waka KL

Haiii...Assalammualaikum semua, kolin harap belum terlambat kolin nak ucapkan kepada semua yang sudi singgah blog ini SELAMAT HARI MALAYSIA 2019 dan semoga kita terus aman makmur selamanya okay. Setiap orang ada cara sambutan tersendiri kan, kolin pula bawa anak-anak bermain di indoor playground iaitu di Waka Waka KL yang terletak di Aras LG, Hotel Furama Kuala Lumpur. Apa lagi kan kesukaan anak-anak, bermain lah!!! Esok lusa bila mereka dah dewasa kolin akan pasti rindukan saat-saat, masa tu tengok aje lah anak kecil orang lain yeee..Korang pun boleh pergi wei, bonding moment dengan anak tu penting.



PROMOSI HI TEA HARI MALAYSIA RM31 NETT

Ada promosi tau RM31 nett untuk seorang dewasa dan percuma untuk seorang anak. So RM31 nett tu untuk buffet sekali makan lah. Mula dari jam 2.00 petang sampai jam 5.00 petang boleh makan dan bermain sampai puas hati. 


ni kalau korang dari lobi hotel ke Waka Waka KL. Lawa kann..hujung minggu nanti singgah lah ye


Kebetulan pula cuaca sangat tidak sihat, jadi memang pilihan kolin lah bawa anak-anak ke sini. Masa hi tea tu ada hidangan Malaysia iaitu nasi lemak, satay ayam dan daging, roti jala, nugget, fries, buah-buahan serta kek yang comel. Pendek cerita semuanya kegemaran rakyat Malaysia ada. 




Bayar sekali untuk hi tea buffet dan bermain. So korang boleh spend masa kat sini aje terus. Main dan tak perlu berlapar. Pastikan korang follow mereka untuk promosi lah. Kadang-kadang promosi tu berlainan setiap minggu atau bulan. 

Di kesempatan yang sama, Waka Waka KL menganjurkan pertandingan 'batu seremban' juga. Alisa memang tak mahu main, tapi Ali Imran rela hati nak bermain. Seronok lah anak-anak yang tak pernah belajar bermain batu seremban tu. Sebenarnya memain aje contest tu, kalau tak pandai main mereka ajar. Bagus dapat perkenalkan anak-anak kepada permainan tradisi kita kan. Ye laaaa, dah semakin dilupakan punnnn


Alisa jumpa kawan baruuu



ALI IMRAN MENANG CONTEST 
MAIN BATU SEREMBAN

So bermula pertandingan dan disebabkan Ali Imran paling tua, dia lah memang hahahah. Dapatlah voucher Waka Waka KL, boleh datang lagi kan atau nanti kolin share lah ngan korang. Supaya korang pula boleh pergi yaaaa


tahniah semua!

sesi ajar bermain batu seremban

Untuk korang yang belum pernah tahu pasal tempat magik ini,  jangan lupa follow dan like FB serta IG Waka Waka KL untuk promosi yang ada. Sentiasa ada promosi tu tau, mana tau nak pergi cuba. Tempatnya lapang, ada ruang rehat dan makan untuk keluarga. Kalau ada baby merangkak tu pun ada ruang tempat mereka bermain. Dah lah selesa dengan penghawa dingin malah warna-warni dinding turut mengamit keriangan anak-anak. 




Ini dah kali kedua kolin ke Waka Waka KL, korang tak mahu ker cuba. Nak cuba boleh email atau komen kolin, mana tau kolin boleh share diskaun voucher kannnn....jumpa lagi Waka Waka KL!

1 comment:

  1. Menarik tempatnya. Mesti seronok budak-budak datang situ

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete

loving me..loving you