Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

NUNA Melancarkan koleksi terbaru "THE THREADED COLLECTION"

Assalammualaikum buat semua bakal ibu, bakal bapa dan juga untuk yang ada anak kecil dekat rumah. Kolin ni dah lama tak ada anak kecil, jadi tak sangka betul lah sekarang banyak inovasi  bagi memudahkan semua ibubapa dalam membesarkan anak sendiri dengan selesa dan selamat. Minggu lalu, kolin berkesempatan ke event NUNA yang melancarkan koleksi terbaru mereka iaitu 'The Threaded Collection". Buat yang tak tahu macam kolin, jenama ini adalah peneraju industri dalam kelengkapan premium dan bergaya bagi bayi. Direka dengan rekaan yang tidak lapuk malahan fabrik yang digunakan adalah berkualiti halus dan terbaik bagi memberikan keselesaan kepada bayi. 





Pertama di Malaysia dari DASHING - 1st Semburan Deodoran + Wangian Badan untuk Lelaki

Salam sayang dan assalammualaikum kesayangan semua. Salam jumaat dan mesti korang semua banyak jemputan untuk ke rumah terbuka beraya kan. Sebelum itu, kolin nak berkongsi dengan korang semua produk terbaru dari Dashing iaitu yang pertama semburan deodoran + pewangi badan iaitu DASHING DEO +PERFUME. Maknanya kalau nak pakai tak payah, lepas sembur deodoran dan lepas tu sembur perfume atau pewangi. Ini adalah 2 dalam 1 yang memudahkan semua orang. Tak ketinggalan kolin perkenalkan produk ini kepada anak bujang kolin yang sudah pun Form 1. Ali Imran kini dah remaja, so memang ada keinginan berdandan kan. Dah reti pakai pencuci muka, pewangi badan, deodoran dan syampu yang sesuai. Memang terbaik lah DASHING yang baru sahaja melancarkan produk ini bagi memastikan kaum adam kekal menjaga penampilan diri. 



PROMOSI SATU JUTA TIKET BERHARGA DARI RM0.00 UNTUK DIMILIKI - VietJet Malaysia


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ini kolin nak cerita pasal berjalan atau kata baiknya melancong. Ini lah dia khas buat semua kaki travel atau kaki mengembara. Promosi 1 juta tiket harga bermula dari RM0 telah pun bermula. Vietjet kini memberikan tawaran istimewa bagi semua yang ingin keluar travel pada musim panas ini. Korang boleh lah ke Vietnam sendiri atau di mana-mana daerah, dengan promosi terbaru mereka iaitu "FLY FOR LOVE - SHOW YOUR SUMMER VERSION"

Sebenarnya tak sabar betul kolin nak booking. Kini kita dah ada pilihan untuk terbang jauh wei...


Jualan yang bermula dari 19 Jun sehingga 21 Jun 2019, bakal menawarkan sebanyak 1 Juta tiket ekonomi berharga RM0 (*excluding taxes, fees) boleh dibeli bermula jam 1.00 tengahari sehingga 3.00 petang waktu Malaysia. Tawaran ini diberikan bagi tarikh 20 Ogos 2019 sehingga 31 Disember 2019 (** Excluding National Holidays). 


Duit raya ...pi beli SWAROVSKI

Haaa..siapa yang masih dapat duit raya? Syukur kolin masih dapat lagi hahaha. Terima kasih lah yang sudi bersedekah kepada kolin, semoga korang semua dimurahkan rezeki dan kaya raya tau. So dapat duit raya....mesti nak reward kan..simpan sikit tu penting juga. Tapi sebagai manusia yang biasa ...teringin nak macam-macam weii. So duit raya tahun ini kolin hadiahkan diri sendiri SWAROVSKI. Biar kecik diiikkk..janji kakak merasa!



Dewan acara perkahwinan MAGICA EVENTS & FUNCTION HALL terbesar di Subang Jaya

Assalammualaikum semua ! Berita baik buat semua yang mencari tempat nak mengabdikan majlis perkahwinan di tempat yang istimewa. Dewan acara yang terletak di kawasan strategik kejiranan Subang iaitu MAGICA Events and Function Halls merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar pernah dilancarkan. Terletak di tingkat 4 Star Avenue Lifestyle Mall, MAGICA merupakan dewan agam yang direka dengan dekorasi mewah dan indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap untuk korang semua. 


Bersempena dengan bulan Syawal yang indah ini, MAGICA bermurah hati mengadakan majlis bagi meraikan rakan media, rakan bisnes dan para pelanggan bersama menghadiri prebiu ekslusif Hari Terbuka julung-julung kali yang diadakan. Masa inilah semua tetamu boleh datang dan lihat sendiri betapa lawanya dekorasi mewah di sini. Dengan limpahan lampu-lampu indah sudah tentunya memberikan sisi lain kalau kita buat majlis kahwin kita kat sini kan. Hari istimewa ini dianjurkan dengan kerjasama lebih daripada 20 rakan vendor daripada industri termasuk katerer terkenal, perunding perkahwinan tekenal, pakar dekorasi dan pelbagai pakar dalam bidang menganjurkan acara. 

Realme C2 murah wei - harga jualan bermula dari RM429 sahaja!

Assalammualaikum korang!!! Buat sesiapa yang mencari-cari telefon pintar atau handphone terbaru selepas raya ini ada telefon pintar bajet tapi spesifikasi meletop yang kolin nak kongsikan. Ternyata telefon pintar ini dalam kelas tersendiri dan sangat ekonomi dan mampu milik. Sekali lagi REALME dengan jayanya telah melancarkan dua lagi telefon pintar terbaru mereka iaitu REALME 3 PRO dan REALME C2 baru-baru ini. Dan kolin sendiri telah mendapatkan satu telefon pintar dari jenama ini untuk mencari pengalaman sendiri. So korangggg...baca entri ini sampai habis okay. Penat kolin review sebulan tau dan sekarang tak sabar rasanya nak kongsi semua informasi dengan korang. Sebab apa!!! Sebab REALME C2, sumpah berbaloi dengan harga bermula RM429 sahaja. Bawah RM500 tuuuuuu...baloi kann, jimat gile.



BERAYA DI SUNWAY PUTRA MALL dengan hashtag #BungaBungaRaya

Waaahhhhh...assalammualaikum semua! I am back hahahah. Di syawal yang ke 7 baru mula kerja, baru jenguk blog yang sendu ini. Semoga korang yang singgah sini, diberikan kesihatan yang baik ya. Maklumlah dah makan macam-macam masa beraya kan. Penat puasa sebulan, tak kurus pun hahahhaha mengata diri sendiri. 

Semalam cuti sekolah terakhir, kolin sempat lah spend masa dengan alisa ke Sunway Putra Mall. Macam biasa keadaan agak sunyi lah, tapi apa ada hal, memang kami nak pergi Mall sesaja nak perabis duit raya hihih. So pergi makan sushi king, beli barang nak masak rendang kat Jaya Grocer bawah tu. Beli situ senang sebab semalam juga kolin nak hantar ali imran ke asrama semula. Tu yang masakkan dia rendang ayam dan jua nasi impit buat makan sesama kat dorm nanti. Selesai makan dan shopping naik lah aras G sambil nak tengok-tengok kalau lah ada SALE yang bersisa kan. 

Yang best, ada photoboth free lah!!! Memang percuma Sunway Putra Mall belanja uolss. Korang boleh posing macam kami berdua dan dapat lah hardcopy, bagi email dan dapat juga softcopy. Buat kenangan tau, kalau upload IG jangan lupa ON hashtag #SunwayPutraMall dan #BungaBungaRaya. 


Photoshoot raya sambil beramal bersama CVS PRODUCTION

Assalammualaikum dan selamat berhari raya korang semua. Sekali lagi tahun ini kolin sekeluarga tak ketinggalan nak photoshoot raya tau. Dan tak lain tak bukan pilihan kami adalah CVS Production. Sebab dalam memenuhi kehendak kami yang nak bergambar pagi raya tu, dapat juga kami bersama-sama menderma tau. Untuk pengetahuan korang semua, hasil yang diterima akan didermakan sebanyak 10% kepada PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN AN NUR RAUDAH BALAKONG SELANGOR. Itulah antara sebabnya kami memilih ber-photohoot raya kat sini.