Tuesday, January 15, 2019

Part 2: Trip to Lombok

Assalammualaikum korang semua. Hari ni kolin nak sambung hari kedua kolin di bumi Lombok, Indonesia. Macam yang kolin kata, penginapan kolin di Holiday Resort Hotel, Lombok adalah di daerah Sengigi. Kat sini cepat terang, subuh pun awal. Jadinya jam 6.00 pagi memang dah terang sangat lah. 


Ini posing yang wajib lah dekat papan tanda hotel hihi. Macam entry sebelum ini *kliksini*
Hotel ini terbahagi antara dua, jalan raya tu lah pembahagi. Dan kolin bukan menginap bahagian belah pantai, tapi di bahagian lain.  



Monday, January 14, 2019

Tarikh mulanya Ramadan dari tahun 2019 sampai 2028 - Jom ler ganti puasa

Assalammualaikum semua

Dah ganti ker puasa? Kalau tanya kolin mestilah belum hihihi. Disebabkan kolin berniat nak ganti puasa minggu ini. Terus nak tulis satu blogpost bagi peringatan semua sekali lah, yang puasa 2019 bermula pada 6 Mei 2019 tau. Maknanya dah nak dekat sangat ni, kena ganti lah. Dan kolin nak ganti lebih-lebih nak ganti yang puasa lelama dedulu tak berganti. Kat bawah ini kolin kongsikan tarikh-tarikh bulan ramadhan yang bakal kita lalui. Insya Allah panjang umur, berjumpa lagi kita dengan Ramadan kan...





Tuesday, January 8, 2019

Tahniah - Kempen CSR TOP dengan kerjasama MYDIN

KEMPEN CSR TOP MENYUMBANGKAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH KEPADA 500 ORANG PELAJAR DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH, DENGAN KERJASAMA MYDIN


Tahniah buat jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia iaitu TOP yang telah menceriakan seramai 500 orang kanak-kanak dari beberapa buah NGO terpilih di seluruh negara menerusi kempen CSR Cerahi Kehidupan bersama TOP. Dah pun masuk tahun ke empat, kempen yang baik ini menyediakan pakaian seragam dan keperluan persekolah kepada lebih 1,600 orang kanak-kanak dari 18 rumah kebajikan. 

Dan usaha ini adalah kerjasama di antara TOP dan juga peruncit utama iaitu MYDIN  yang telah pun bermula dari 15 November sehinga 15 Disember 2018, tahun lalu lah. Di mana 30 sen dari setiap jualan produk terpilih TOP di semua cawangan seluruh negara telah disalurkan untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak yang berusia antara 7 sehingga 17 tahun dari 18 buah rumah kebajikan. 

Monday, January 7, 2019

Pengalaman hantar anak interview SMKA dan SMISTA selepas keputusan UPSR

Assalammualaikum semua...Syukur Ali Imran dah dapat tempat belajar yang terbaik buat masa ini. Kolin suami isteri bersyukur yang anak ini sendiri serah diri. Serah diri nak belajar. 




Sebenarnya kolin mengaku lah ye, kolin "telan balik cakap" kolin balik huhuhu. Dedulu cakap tak mahu anak umur 13 tahun masuk asrama bla bla bla. Nak membesar depan mata kunun..amek ko..ini lah dia anak kolin DAH MASUK ASRAMA lerrrr...


Friday, January 4, 2019

Part 1: Trip To Lombok

Assalammualaikum dan again, HAPPY NEW YEAR korang semua. Ini kali kolin nak bercerita dan berkongsi kenangan  kolin ke LOMBOK pada 1 sehingga 3 Disember 2018 yang lalu. Haaa..dah sebulan pun korang trip tu baru ada masa nak berkongsi dengan semua. Maklumlah bulan disember bulan sibuk dengan pelbagai hal kan. Tapi nasib baik trip dengan girlfriend's ni menjadi juga. Syukurrrr..  So jommmm kita tawan Lombok yukkkk.. 



Permulaan trip ini sebenarnya hampir di batalkan sebab gempa bumi yang berlaku di sana. Malah penerbangan kami telah dijadualkan semula oleh AirAsia dan menyebabkan banyak aktiviti yang kami terpaksa batalkan. Dah lah 3 hari 2 malam singkat pula, penerbangan kami juga terpaksa ditunda ke lain waktu. Memang tak best sangat lah. Tapi kolin berdegil nak pergi juga, akibatnya kawan-kawan lain semua ikut hahha. Tapi best...enjoy, simple trip aje lah. Walau singkat, tak boleh cover banyak tempat, tapi tak apa janji dapat pergi dan bersama-sama dengan kawan yang dari sekolah menengah dan Uitm Manjung ni. Kita kan pakai hashtag #kawansampaimati hahahaha