Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

GUARDIAN MEMPERJUANGKAN KESEDARAN PERMENOPAUS MENERUSI KEMPEN ADVOKASI 'EMBRACING MIDLIFE WELLNESS' DI SELURUH NEGARA

 

Guardian Malaysia hari ini melancarkan kempen advokasi ‘Embracing Midlife Wellness’ bagi membantu lebih ramai wanita Malaysia mengenali tanda-tanda awal perimenopaus – satu fasa kehidupan yang sering disalah fahami yang dijangka akan menjejaskan kira-kira 3.59 juta wanita Malaysia berusia antara 35 hingga 49 tahun (22% daripada jumlah populasi wanita negara) dalam tempoh sedekad akan datang.

 


Angka ini menunjukkan bahawa sebilangan besar wanita berdepan cabaran kehidupan yang tidak disedari dan kritikal dalam kehidupan seharian mereka. Bagi memahami isu tersebut, guardian telah menjalankan sesi kajian kualitatif Listening Lab bersama wanita yang sedang melalui fasa perimenopaus dan menopaus, dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Kajian tersebut mendedahkan bahawa terdapat salah tanggapan yang meluas terhadap tanda-tanda perimenopaus, khususnya dalam kalangan wanita yang sedang melalui fasa tersebut. Masalah seperti rasa panas tiba-tiba (hot flushes) sering dianggap berpunca daripada cuaca, manakala jerawat dikaitkan dengan tekanan, migrain dipandang ringan dan perubahan emosi pula disalah tafsir sebagai kelemahan peribadi.

 


Sokongan daripada individu terdekat juga masih kurang memadai - seperti yang dikongsi oleh seorang peserta, “Saya rasa masyarakat sekitar.. secara umumnya, orang lelaki kat Malaysia ni kurang peka terhadap macam mana perimenopaus mempengaruhi kehidupan kami.”

 

Hakikatnya, perimenopaus masih kurang dikenali dan jarang dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat.

 

Ramai wanita Malaysia yang berada dalam lingkungan lewat 30-an dan 40-an sedang berdepan pelbagai tanda-tanda kurang sejahtera yang seolah-olah tidak berpunca. Keadaan ini perlu berubah,” kata Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia dan Brunei.

 

 


 

Mengiktiraf dan 

Menghormati Perimenopaus

 – SEKARANG!

 

Bagi meningkatkan kesedaran serta menggalakkan lebih banyak perbincangan mengenai  perimenopaus, guardian telah menganjurkan satu forum panel khas di pusat bandar. Panel khas ini bertindak sebagai pemula kepada kempen advokasinya yang merentasi ekosistem dalam talian dan luar talian dan diskusinya tentang topik perimenopaus bertujuan meningkatkan kesedaran tentang tanda-tanda serta kepentingan akses kepada maklumat yang dipercayai, serta memudahkan individu yang melalui fasa ini mendapatkan sokongan yang sesuai dengan keperluan fasa kehidupan mereka.

 

Forum panel tersebut menampilkan Dr Premitha Damodaran, Pakar Ginekologi, Menopaus dan Kesihatan Wanita di Hospital Pantai Kuala Lumpur, Nadhrah Maidin, jurulatih kesejahteraan dan guru Pilates, dan Dr Lennie Soo, pakar psikologi neuro-kaunseling dan pengasas 360 Wellness Hub, berkongsi kepakaran mereka. Ketiga-tiga panelis berkongsi pandangan dan kepakaran masing-masing mengenai keperluan fizikal, mental dan emosi wanita yang sedang melalui fasa perimenopaus dalam satu sesi perbincangan yang dikendalikan oleh personaliti televisyen terkenal, Daphne Iking.

 


Terlalu ramai wanita menghabiskan masa berbulan-bulan, malah bertahun-tahun, tertanya-tanya tentang perubahan yang berlaku pada diri mereka dan mencari jawapan tanpa menyedari bahawa perubahan hormon mungkin menjadi puncanya. Pengenalpastian awal perimenopaus membolehkan sokongan diberikan lebih awal, penjagaan yang lebih baik disediakan, dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup. Tiada wanita yang sepatutnya melalui fasa ini bersendirian atau menanggungnya dalam diam,” kata Dr Premitha.

 

Embracing Midlife Wellness:  

Menyokong Wanita di Setiap Langkah 

Kehidupan

 

Para wanita yang terlibat dalam sesi Listening Labs telah meluahkan masalah yang dihadapi mereka serta keperluan mereka yang masih belum dipenuhi. Perimenopaus bukan lagi isu terpencil, sebaliknya ia wajar diberi perhatian secara meluas. Sebagai Peruncit Kesihatan dan Kecantikan No.1 di Malaysia* yang melayani jutaan pelanggan setiap tahun, kami percaya kami mempunyai peranan yang penting dalam membantu pelanggan membuat keputusan kesihatan yang bermaklumat melalui nasihat pakar yang dipercayai, maklumat yang mudah diakses dan tepat, serta penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan mereka pada setiap peringkat kehidupan,” kongsi Priscilla.

 


 

Bagi memperluaskan usaha ini di peringkat kebangsaan, guardian melaksanakan kempen Embracing Midlife Wellness’ yang menawarkan sokongan secara holistik kepada wanita merentasi tiga dimensi:

 

        Pendidikan menerusi Perimenopause Hub yang boleh diakses melalui aplikasi guardian serta menerusi laman web

        Bimbingan di stor daripada ahli farmasi guardian yang dipercayai serta ruangan khas yang disediakan di stor.   

        Pencarian produk yang lebih mudah (dalam talian dan di stor) menerusi produk yang diperakui MTick®

 

Selain mengubah fungsi stor daripada sekadar lokasi pembelian kepada ruang sokongan yang lebih proaktif untuk wanita yang melalui fasa perimenopaus dan menopaus, guardian turut memperkukuhkan ekosistem digitalnya menerusi pelancaran Perimenopause Hub, sebuah platform pendidikan yang menyediakan maklumat berasaskan pandangan dan saranan pakar. Platform eStore juga dipertingkatkan dengan ciri pensijilan MTick®, sekali gus memudahkan akses kepada maklumat dan sokongan berkaitan perimenopaus dan menopaus.

 

“Antara pemangkin utama kepada penambahbaikan ini ialah penyertaan kami dalam GenM Collective serta penggunaan MTick®, iaitu simbol pensijilan universal yang membantu pengguna mengenal pasti produk dalam kategori vitamin, kesihatan tidur dan jantung, kesihatan kulit, penjagaan rambut dan pengurusan bau badan, serta penjagaan wanita yang boleh membantu menangani satu atau lebih daripada 48 tanda menopaus,” jelas Priscilla.

 

Pilihan produk yang diperakui MTick® dipamerkan di ruang khas dalam stor dan pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mendapatkan nasihat daripada ahli farmasi guardian yang bertugas di stor.

 

Kepada semua wanita Malaysia yang berada dalam lingkungan lewat 30-an dan 40-an, fasa pertengahan kehidupan tidak lagi perlu dilalui dengan rasa ragu atau penderitaan dalam diam. Hari ini menandakan satu permulaan baharu dan kami komited untuk membantu anda menempuh fasa kehidupan ini dengan lebih yakin,” jelas Priscilla mengakhiri kenyataannya.


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you