Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing
Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

AEON MALL MID - AUTUMN 2026

Assalammualaikum korang semua

'DIFFERENT FLAVOURS. ONE MALAYSIA. ONE REUNION' 

Kali ini AEON MALL membawakan sambutan untuk semua rakyat Malaysia bagi meraikan bersama-sama Mid-Autumn Festival melalui budaya dan tradisi tersendiri. 

 


Membawakan lebih 160 kek bulan(mooncake) pelbagai jenama disemua rangkaian AEON Malls seluruh Malaysia. Dari yang tradisi perisa asli kepada rasa kotemperori yang di inspirasikan mengikut kegemaran rakyat Malaysia.


 

GUARDIAN PECAH REKOD "MALAYSIA BOOK OF RECORDS" BAGI PENDAFTARAN KEAHLIAN TERBESAR UNTUK PROGRAM GANJARAN DALAM TEMPOH SETAHUN

 

MYguardian Rewards melepasi 7.5

 juta ahli sempena sambutan

 pembukaan semula stor guardian

  KLCC yang telah dinaik taraf

 

 

guardian Malaysia hari ini menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori ‘Pendaftaran Keahlian Terbesar untuk Program Ganjaran dalam Tempoh Setahun’, sekali gus mencerminkan pertumbuhan luar biasa MYguardian Rewards, program kesetiaan pelanggan berasaskan aplikasi miliknya. Majlis penyampaian tersebut berlangsung di stor guardian KLCC, yang merupakan stor flagship pertamanya sebelum ini – telah dinaik taraf dan baru sahaja dibuka semula.

MYguardian Rewards berjaya mendaftarkan sebanyak 6.2 juta ahli unik dalam tempoh setahun pertamanya sehingga Mac 2026. Ini adalah satu pencapaian pertumbuhan yang memberangsangkan yang mengatasi kebiasaan industri. Pada bulan Ogos 2026, jumlah keahlian terus meningkat kepada lebih 7.5 juta ahli. Sebagai meraikan pencapaian istimewa ini, guardian menjadikan bulan Ogos sebagai bulan sambutan bersama para ahli MYguardian Rewards.

 

Philips Cipta Rekod Malaysia dengan Menggosok Kemeja Sekolah Terbanyak dalam Tempoh Sejam

 

Philips Domestic Appliances Malaysia mencipta sejarah baharu dalam bidang peralatan rumah moden di Harvey Norman Mid Valley KL Flagship Store dengan cacatan bilangan terbanyak kemeja sekolah yang berjaya  digosok dalam tempoh 60 minit - 49 helai kemeja. Model seterika PerfectCare Steam Generator (PSG) yang telah dinaiktaraf ini berjaya mengurangkan beban menggosok hingga hampir separuh daripada masa menggosok biasa sekali gus meringankan rutin harian rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk.



“Di Philips, kami percaya, inovasi yang bermakna sebenarnya membantu menyelesaikan cabaran sebenar dalam kehidupan seharian,” kata Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia, Patt Sue-Ann. “Bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, lazimnya tugas menggosok pakaian seragam sekolah memakan masa yang banyak. Dengan model seterika Philips PerfectCare Steam Generator yang telah dinaiktaraf ini, kami mahu menawarkan penyelesaian praktikal supaya rakyat Malaysia dapat menjalankan hidup yang lebih baik, menjimatkan masa dan memberikan peluang untuk insan tersayang”. 

TRIP TO PONTIANAK, 3 HARI 2 MALAM

 Assalammualaikum korang

Trip ini awal tahun hari tu, tapi lupa lah nak update.  Trip kali ini kolin pergi berdua dengan suami aje. Simple trip jumaat ke ahad. Disebabkan ada promosi dari AA penerbangan baru mereka ke Pontianak. Ikutkan kalau orang Malaysia nak ke sana paling mudah kena ke Sarawak dulu, naik bas 8 jam untuk ke Ponti. 

 

Tapi sekarang dari KL korang boleh terus ke sana. Terbang pun dalam masa sejam lebih sampai dah. 

HARI PERTAMA 

Sampai sana kami lepas aje imigresen dan terus dapatkan grab ke hotel. Sampai hotel suami terus ke masjid terdekat untuk solat jumaat, lepas tu kami lunch. Selesai lunch kami lepak bilik sebab nak tunggu motor sewa kami. 

Untuk lunch hari pertama kami makan di Amanah Bakso dan kami juga Es Krim Angi yang viral tu. 

 

3 HARI 2 MALAM DI MAKASSAR, INDONESIA

 Assalammualaikum korang semua

Bulan Mei yang lalu kolin ada rezeki lebih sikit berjalan-jalan ke Makassar, Indonesia. Ikutkan tak pernah ada dalam wishlist pun, tapi why not kan! kita selusuri Makassar, buat kenangan manis dalam hidup

DAY 1

Flight kami jam 2.30 petang dan ke Makassar lama juga tau sebab dia atas dari Bali tu, so dalam 3 jam 45 minit kami sampai pun dah 6.00 petang, suasana malam dah. Sana subuh awal, petang pula gelap cepat. 

Sampai di sana selesai urusan imigresen, terus ambil grab dan check in hotel. Macam biasa kalau ke Indonesia, kami tak tempah supir awal-awal sebab sana grab mudah untuk didapati.

                           bawah hotel ada kedai ni..

AEON MALL Eco Journey 2026 – Demi Masa Depan Lebih Baik

AEON MALL Eco Journey 2026 kembali dengan misi yang lebih besar untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lestari.


Berlangsung di 27 pusat beli-belah AEON MALL di seluruh negara, kempen ini membuktikan bahawa setiap pembelian yang dibuat mampu memberi impak positif kepada alam sekitar.

Melalui pelbagai aktiviti menarik, kolaborasi bersama jenama terkenal serta ganjaran eksklusif, AEON MALL terus memperkukuhkan komitmennya dalam membina masa depan yang lebih hijau untuk generasi akan datang.

Village Grocer Kini Mendarat di Utara: Cawangan Baharu Dibuka di Vangohh Eminent, Bukit Mertajam pada 16 April 2026

Village Grocer, rangkaian pasaraya terkemuka Malaysia, melebarkan
sayapnya ke bahagian utara negara pada hari ini dengan pembukaan cawangan terbaharunya di Vangohh
Eminent. Pelancaran ini merupakan satu pencapaian besar untuk jenama ini yang terkenal dengan memberikan
pengalaman membeli-belah dengan identiti tersendirinya iaitu “Passion to Delight” kepada komuniti yang semakin pesat berkembang di rantau Bukit Mertajam.


Cawangan terbaharu ini dibina untuk menjadi pusat tarikan utama di Vangohh Eminent, di mana ia menyediakan barangan segar yang dipilih secara teliti, baik dari hasil tempatan mahupun yang diimport daripada pasaran antarabangsa. 

 


LEMBAGA ZAKAT SELANGOR - TERIMA KASIH

 Assalammualaikum korang 

sebenarnya kolin hampir terlupa nak berkongsi dengan korang cerita yang ini. Ianya 2 tahun lepas, dan tiba-tiba teringat pula. 

Korang semua berzakat kan setiap bulan. Samada secara potongan gaji atau pun sukarela, tak kisah, janji berzakat. Seperti yang semua tahu ini adalah rukun islam so confirm semua berlumba-lumba berzakat.  

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Untuk kolin yang mencari rezeki di Selangor, memang Lembaga Zakat Selangor tempat kolin berzakat. Potongan gaji dan kadang-kadang kolin bayar sendiri mengunakan apps kat telefon bimbit. Mudah aje sekarang kita nak berzakat. 

REZEKI

Tapi bukan itu yang kolin nak share, tapi kolin nak cerita yang kolin bertuah memenangi peraduan Lembaga Zakat Selangor!Yahooooo...

SACC KEMBALI DENGAN BUFET RAMADAN 'CITARASA ORANG KITA' BERMULA 19 FEBRUARI INI

SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC) kembali lagi meraikan tradisi bufet Ramadan dengan memperkenalkan tema 'Citarasa Orang Kita' yang berlangsung bermula 19 Februari sehingga 18 Mac 2026. 


CITARASA ORANG KITA

Tema ini mengetengahkan kepelbagaian hidangan tradisional yang terhasil daripada perpaduan pelbagai kaum yang telah hidup bersama sejak sekian lama. Mengambil inspirasi daripada keharmonian budaya masyarakat majmuk di Malaysia. SACC menampilkan 'Citarasa Orang Kita' sebagai simbol penyatuan rasa dan warisan dalam satu pengalaman berbuka puasa yang istimewa. 


Sebuah Fry-volution: Philips Memperkenalkan Penggoreng Udara Serba Boleh

 

Inovasi SteamFry bakal merombak masakan kegemaran ramai

 


Philips menempa pencapaian membanggakan dalam dunia masakan di rumah dengan memperkenalkan buat julung-julung kalinya inovasi paling canggih dan serba boleh iaitu Penggoreng Udara Philips Siri 5000, merekodkan penanda aras Baharu dalam segmen peralatan dapur di Malaysia. Direka untuk merombak gaya memasak di rumah, penggoreng udara model ini menggabungkan fungsi Mengukus, Menggoreng Udara dan Mengukus + Menggoreng Udara dalam satu peranti canggih yang dikuasakan oleh  Teknologi RapidAir™ yang dipatenkan. 


 

AIR ASAM KUNYIT - TERBAIK BUAT KAUM HAWA

Assalammualaikum korang semua, 

Jujur dulu-dulu kolin kurang suka makan jamu tau. Tapi sejak rajin baca dan tahu apa itu jamu, memang jatuh cinta. Punca kolin tak berapa suka jamu sebab bila makan ianya panas dan buat badan sangat tidak selesa. 

Sehinggalah kolin kenal Air Asam Kunyit yang minum kalau pergi ke Indonesia. Kalau kat sana memang setiap hotel akan hidang air jamu ini di dalam bufet sarapan pagi tau. Masa tu try minum sikit dan rasanya terus sampai hari ini kolin amalkan.

 


Cara buat air asam kunyit, cara kolin lah. Kalau cara orang lain tu tak pasti. Tapi ini yang kolin amalkan dan memang buat sendiri. Rasanya ramai aje jual kat dalam sosmed, tapi memilih buat sendiri. 

MONEY CHANGER MURAH DI KUALA LUMPUR - SUKA MONEY CHANGERS SDN. BHD.

 Assalammualaikum korang, 

Kebetulan kolin ada upcoming trip hujung minggu ini. Dan pastinya nak tukaran wang yang betul murah lah kan. Sebelum mencari money changer viral ini, kolin pergi satu money changer kat kepong, harga dia 1 Juta Rupiah = RM255, punya lah mahal dekat RM15 tu. Kalau tengok online dalam RM240 atau RM239 macam tu. 

Akhirnya kolin ke Suka Money Changers Sdn. Bhd. yang terletak di Bukit Bintang. Paling best ianya kat tepi selekoh di bahagian luar. So boleh naik motor or kereta mudah lah nak ke situ. Sorang tunggu dalam kereta dan terus tukar duit. Pekerja dia peramah dan layan baik ye, tak garang pun. Tanya apa sahaja dan cakap berapa nak. Simple. 

AS BEG, JENAMA BEG TEMPATAN PERTAMA DI MALAYSIA TAWARKAN KERETA KEPADA PEMBELI BERTUAH

 

Setelah berjaya mencatat rekod Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Menerusi Platform Penstriman Langsung dalam Malaysia Book of Records dan kolaborasi dengan Sally Whoo tahun lepas, jenama beg tangan AS sekali lagi bakal mencipta fenomena baharu dengan kolaborasi bersama Izara Aishah.
 
Menampilkan empat koleksi eksklusif iaitu Bolaia, Belta, Bucket & Moola, kesemua koleksi rekaan ini dipilih sendiri oleh Izara Aishah.
 

 

Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026

Prosperity Blossom AEON MALL menandakan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 yang diraikan dengan penuh makna. Ia menyatukan keluarga dan komuniti dalam suasana perayaan yang meriah.

 


Menerusi kempen khas ini, AEON MALL sekali lagi menampilkan pengalaman perayaan yang lengkap, selesa dan berbaloi untuk semua peringkat usia.

Bertemakan Prosperity Blossom, kempen ini diinspirasikan oleh kepercayaan bahawa kemakmuran akan berkembang apabila keluarga dan komuniti berkumpul bersama di bawah satu bumbung.

Sebagai destinasi gaya hidup sehenti yang berteraskan keluarga, AEON MALL terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk membeli-belah, berhibur dan mencipta kenangan indah sempena musim perayaan.

BRIYANI KAMBING, KAPITAN KOPITIAM SEKSYEN 7 SHAH ALAM

 Assalammualaikum semua

Minggu lepas kolin pergi Seksyen 7 untuk makan tengahari. Kawan lah ajak makan kat Restoran Kapitan Kopitiam.

Masa tu memang kolin tak bersarapan lagi, lapar betul terus order Nasi Briyani Kambing + air mineral!

Nampak tak berseri kambing tu hahaha. Kuah putih tu kolin minta tambah 2 kali tau, sedap la pulak. Cara makan tuang bekas tu atas pinggan baru makan. Kolin kan..makan dalam mangkuk tu hahahahahah. Pekerja dia tegur...kakak...tuang sana dalam pinggan makan (cer bayangkan).

SEMANGAT MENABUNG TAHUN 2026

 Assalammualaikum korang semua

Untuk makluman korang, kolin memang suka sangat menabung sejak 5 tahun kebelakangan ini. Dan paling suka menabung harian secara cash atau tunai. Tapi paling best sebelah tabung tu, letak lah tabung sedekah subuh juga tau. Selepas solat subuh, pagi hari masukkan seberapa yang korang suka dan niatlah apa-apa pun. Macam kolin dulu, contoh: kolin niat nak pergi haji ikut mama! Alhamdulillah Antara yang power pasal 'tabung sedekah subuh'

Untuk kolin yang sakan menabung, ada satu tabung di pejabat dan satu lagi tabung di rumah. Kalau tabung di pejabat kolin ada misi. 


tahun lepas kolin dapat template untuk simpan RM5050. Tapi tahun ini kolin dapatkan template untuk simpan RM10k. 

PELANCARAN NAFESA, INSPIRASI KASIH SAYANG SEORANG IBU - KOLEKSI THE ALHAMBRA MONOGRAM

 Assalammualaikum semua 

Tahniah buat Saudagar Asia Sdn. Bhd. yang melancarkan tudung jenama mereka "NAFESA" pada sabtu 15 November 2025 yang lalu. 

Untuk makluman semua jenama NAFESA ini di ilhamkan oleh ibu pengasas sendiri, Navesof. Ianya inspirasi kasih sayang seorang ibu, kekuatan, keberanian dan keanggunan seorang ibu. 



KASUT DARI CHRSTY NG

 Assalammualaikum korang

Kolin ni memang suka beli time sale atau jualan murah. Tak kisah lah kalau tak ikut 'season' atau 'trend. Janji merasa pakai sesatu jenama tu.  

Jenama Christy Ng ni kolin ada satu aje kasut dia yang beli kat Sogo masa tu. Handbag dia pun tak pernah lagi beli. Pada kolin harganya agak tinggi jugalah. Kalau beli tu biar time ada sale lah ek.

Baru-baru ini kolin buka website dia sebab kerap sangat terima emel sale, sekali tengok ada satu kasut harga murah dan berbaloi.

Harga dari RM199 now RM29 sahaja. Apa lagi tengok kasut yang kolin pakai saiz 37 terus order saiz sama lah.

 

MOTOR KAMI KENA CURI - BGD364

 Assalammualaikum 

Dugaan dan ujian kami :(

Kalau korang nak tahu 28 September 2025 yang lalu, motorsikal kami kena curi selepas lebih 20 tahun kami guna. Bukan motor baru pun, tapi iyelah motor 125z kan tengah panas sekarang. Tapi tau tak kami dah parking situ lebih 20 tahun, sebelum berkahwin motor tu dah ada.  

Nak dijadikan cerita, anak bujang kolin nak pakai dan habis restore balik, betulkan motor tu berhabis sampai RM4,000+. Sedih bukan kepalang la hati anak muda yang baru kenal motor. 

Motor tu parking di bawah rumah, biasalah rumah flat. Tapi again, motor tu dah lebih 20 tahun parking tempat yang sama. 

MOTOR KAMI KENA CURI - BGD364 

28 September 2025 dalam jam 5.00 pagi macam tu motor tu dicuri. Dalam 5.03 pagi di larikan dan kami memang sedar masa tu. Malangnya motor tu boleh dihidupkan dan laju di larikan oleh pencuri. 


 Video penuh ada di sosmed kolin 

THE PUTRA REGENCY HOTEL, PERLIS

 Assalammualaikum 

Jom kolin kongsi salah satu tempat penginapan di Perlis Indera Kayangan.  Menginap 2 hari 1 malam di Perlis di THE PUTRA REGENCY HOTEL, PERLIS

p/s: ini review jujur and free ya :)

Masa sampai tu ruang letak kereta nampak banyak, mungkin masa kami check in tu bukan high occupancy. Ruang lobi hotel yang simple dan dekorasi lama menyambut kami. 

Masa check in semua mudah dan kolin dapat tingkat 4.