Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Village Grocer Kini Mendarat di Utara: Cawangan Baharu Dibuka di Vangohh Eminent, Bukit Mertajam pada 16 April 2026

Village Grocer, rangkaian pasaraya terkemuka Malaysia, melebarkan
sayapnya ke bahagian utara negara pada hari ini dengan pembukaan cawangan terbaharunya di Vangohh
Eminent. Pelancaran ini merupakan satu pencapaian besar untuk jenama ini yang terkenal dengan memberikan
pengalaman membeli-belah dengan identiti tersendirinya iaitu “Passion to Delight” kepada komuniti yang semakin pesat berkembang di rantau Bukit Mertajam.


Cawangan terbaharu ini dibina untuk menjadi pusat tarikan utama di Vangohh Eminent, di mana ia menyediakan barangan segar yang dipilih secara teliti, baik dari hasil tempatan mahupun yang diimport daripada pasaran antarabangsa. 

 


Residen dan pengunjung di daerah Seberang Perai kini boleh menikmati akses kepada:


• Kesegaran yang Dijamin: Pelbagai jenis pilihan buah-buahan dan sayuran diterbangkan dari Australia,
Jepun, Korea, dan New Zealand, di samping hasil tanaman tempatan yang diperolehi dari Cameron
Highlands.


• Daging Premium & Makanan Laut: Potongan daging bermutu tinggi dan makanan laut - ‘hasil tangkapan
hari ini’ yang segar.


• Antarabangsa & Artisan: Produk jenama eksklusif dari Australia (Woolworths), termasuklah bahagian di
mana terdapat bermacam pilihan makanan organik dan sihat untuk mereka yang menjalani gaya hidup
vegan, keto, dan bebas-gluten.


• Sajian sedia untuk dimakan: Terdapat bahagian khusus deli untuk barangan bakeri artisan dan pilihan
hidangan yang mudah untuk disediakan.


“Kami amat mengalu-alukan kedatangan Village Grocer ke Vangohh Eminent. Dikenali kerana menawarkan produk berkualiti, segar, dan pilihan barangan keperluan yang premium, Village Grocer memberikan pengalaman
membeli-belah yang unik dan menyeronokkan kepada komuniti setempat serta memenuhi standard gaya hidup penduduk di sekitar kawasan kejiranan. Pembukaan ini juga menandakan suatu pencapaian dalam memperkukuhkan rangkaian jenama kami di samping menyediakan sebuah destinasi menarik untuk
menceriakan kehidupan pengunjung dan residen di sini,” kata Cik Ice Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Vangohh Eminent.


“Kehadiran kami di Vangohh Eminent merupakan langkah strategik dalam membekalkan barangan keperluan
rumah yang premium khususnya untuk pasaran Utara,” menurut kenyataan Encik Ivan Tan, Pengarah Eksekutif
Kumpulan The Food Purveyor. “Kami bina cawangan ini dengan reka bentuk moden, beserta sentuhan estetik yang sesuai dengan seni binanya yang ikonik. Matlamat kami adalah untuk menjadikan aktiviti membeli-belah barangan keperluan rumah lebih mudah dan menyeronokkan bagi semua pelanggan yang datang berkunjung,”tambah beliau lagi.

Majlis Pembukaan Gilang Gemilang & Promosi Bagi meraikan majlis pelancaran, Village Grocer Vangohh Eminent menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif sempena pembukaan dan untuk ahli tetap BITES dari 16 April hingga 17 Mei 2026:


• Bumper Bonanza – promosi istimewa empat (4) hari dengan tawaran terhebat semasa hari pembukaan!


• Ganjaran Mingguan: Pada 16, 23 April, dan 30 April. Hadiah percuma yang menarik untuk pelanggan
kami - siapa cepat, dia dapat.


• Istimewa sempena Hari Pembukaan (16 April):

o 200 pelanggan pertama yang berbelanja minimum RM150 boleh menebus satu (1) goodie bag eksklusif.


o 50 pelanggan pertama yang berbelanja sebanyak RM300 & ke atas, akan mendapat goodie bag eksklusif, serta beg Buah dan Sayuran secara percuma.

• Sertai BITES (keahlian PERCUMA)

o Belanja RM30 & ke atas untuk dapatkan beg beli-belah bukan-tenunan secara PERCUMA (Untuk ahli yang baru mendaftar sahaja)


o Belanja RM100 & ke atas untuk dapatkan satu pek Telur Ayam Kampung Savoir
(terhad kepada 350 penebusan pertama)

• Kumpul & Miliki: Daftar keahlian Bites untuk mengumpul mata ganjaran (RM2 = 1 mata), dapatkan ganjaran dan nikmati harga istimewa untuk ahli sahaja.


Sebagai sebahagian daripada komitmen Village Grocer dalam usaha menyokong kelestarian persekitaran,
Vangohh Eminent akan beroperasi sebagai kedai membeli-belah tanpa plastik, untuk menggalakkan pelanggan membawa beg guna semula mereka sendiri bagi membantu mengurangkan impak pencemaran terhadap alam sekitar.


Village Grocer di Vangohh Eminent terletak di Aras G dan dibuka setiap hari dari 10:00 PG hingga 10:00 MLM.


Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman www.villagegrocer.com.my atau ikuti Village Grocer di Facebook dan Instagram.

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you