Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR - TERIMA KASIH

 Assalammualaikum korang 

sebenarnya kolin hampir terlupa nak berkongsi dengan korang cerita yang ini. Ianya 2 tahun lepas, dan tiba-tiba teringat pula. 

Korang semua berzakat kan setiap bulan. Samada secara potongan gaji atau pun sukarela, tak kisah, janji berzakat. Seperti yang semua tahu ini adalah rukun islam so confirm semua berlumba-lumba berzakat.  

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Untuk kolin yang mencari rezeki di Selangor, memang Lembaga Zakat Selangor tempat kolin berzakat. Potongan gaji dan kadang-kadang kolin bayar sendiri mengunakan apps kat telefon bimbit. Mudah aje sekarang kita nak berzakat. 

REZEKI

Tapi bukan itu yang kolin nak share, tapi kolin nak cerita yang kolin bertuah memenangi peraduan Lembaga Zakat Selangor!Yahooooo...


Alhamdulillah, lagi manis berita kolin menang saguhati tu masa kolin kat Mekah pada tahun 2024 menunaikan haji. 

Manisnya rezeki, alhamdulilah

Dapat reload tngo RM200.00 menerusi Kempen Zakat Online: On x Onz 2023. Seingat kolin tak ada isi form apa pun untuk peraduan kempen tu, mungkin sebab kolin berzakat melalui apps telefon bimbit tu kut automatik menyertai peraduan Kempen Zakat Online tu. 

Terima emel tu pada 24 Mei 2024, sekarang dah tahun 2026 baru nak kongsi. 


Doakan saya murah rezeki, kaya raya supaya boleh banyak-banyak berzakat selepas ini. Amin

Terima kasih - Lembaga Zakat Selangor  

 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you