SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC) kembali lagi meraikan tradisi bufet Ramadan dengan memperkenalkan tema 'Citarasa Orang Kita' yang berlangsung bermula 19 Februari sehingga 18 Mac 2026.
CITARASA ORANG KITA
Tema ini mengetengahkan kepelbagaian hidangan tradisional yang terhasil daripada perpaduan pelbagai kaum yang telah hidup bersama sejak sekian lama. Mengambil inspirasi daripada keharmonian budaya masyarakat majmuk di Malaysia. SACC menampilkan 'Citarasa Orang Kita' sebagai simbol penyatuan rasa dan warisan dalam satu pengalaman berbuka puasa yang istimewa.
Dipasak oleh barisan chef yang berpengalaman, di SACC lebih 100 pilihan juadah sajian tradisi pelbagai kaum menanti semua para pengunjung. Antara menu yang dijangka menjadi tarikan termasuk ikan masak lemak kacang buncis, paru tumis pedas, chong qing spicy chicken, thai beef green curry, creamy salted egg prawn, pajeri bombay serta jangan lupa dua menu signature tahunan iaitu Kambing Kebuli dan juga Nasi Ambeng SACC.
Bagi melengkapkan lagi hidangan berbuka puasa di SACC, pelbagai gerai sajian disediakan seperti mee kari nyonya, laksa utara, teppayanki, sup periuk, pad thai, pasta, kebab & shawarma dan pelbagai lagi hidangan yang pastinya menambat dan memenuhi semua pengunjung pelbagai peringkat umur dan bangsa ke sini.
HARGA BUFET RAMADAN
Bagi tahun ini SACC menawarkan pada kadar RM106nett dewasa dan kanak-kanak pada harga RM55 nett (6 hingga 12 tahun).
Tempahan awal amat di galakkan bagi memastikan pengalaman semua yang hadir berbuka puasa selesa bersama keluarga, rakan taulan dan juga kawan sekerja.
Untuk tempahan korang boleh hubungi 03-55118858 atau layari sahaja semua platform laman media sosial rasmi Shah Alam Convention Centre
@shahalamconventioncentre
'SELAMAT BERPUASA SEMUA'






No comments:
Post a Comment
loving me..loving you